Diari Kurus

11 Makanan Rahsia: Untuk Anda Yang Suka Makan Dan Kekal Kurus

makanan sihat

1

Membakar kalori dan membuang lemak pada masa yang sama masih menikmati makanan yang lazat? Ia kedengaran terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan bukan?

Tetapi sebenarnya, ia berkesan!

Malah, jika anda makan secara bijak, ‘Kajian menunjukkan anda boleh membakar sehingga 300 kalori tambahan sehari’, kata Dr Pamela Peeke, pengarang ‘The Hunger Fix’.

300 kalori tambahan sehari bukan lah sesuatu yang susah, apabila digabungkan dengan perubahan diet dan senaman yang kerap, anda akan menurunkan berat badan yang berlebihan dalam hanya beberapa minggu.

Sebelum kita masuk kepada makanan untuk meningkatkan metabolisme, mari kita ketahui serba sedikit mengenai metabolisme kita.

timbang berat

Apakah Metabolisme?

Setiap satu buku pemakanan, laman web dan juga blog makanan bercerita tentang metabolisme. Tetapi apakah ia sebenarnya?

Mayo Clinic mentakrifkan metabolisme sebagai “proses di mana badan anda menukar apa yang anda makan dan minum kepada tenaga”.

Malah, apabila kita berada dalam keadaan rehat, kita juga memerlukan tenaga untuk bernafas, membaiki sel-sel dan mengepam darah ke seluruh badan kita. Jumlah kalori yang kita bakar ketika melakukan semua perkara ini dipanggil metabolisme.

Dan ia bertanggungjawab kepada 70% daripada kalori yang kita bakar setiap hari!

Walaupun saiz badan, jantina, genetik dan umur merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar metabolisma kita, sama juga dengan tahap aktiviti fizikal yang kita lakukan. Sedikit sebanyak, makanan tertentu juga boleh meningkatkan kadar metabolisme kita.

Jika anda makan diet yang seimbang dan bersenam secara tetap, tetapi masih tidak berkurangan berat badan secepat yang anda mahu, cuba tingkatkan kadar metabolisme anda dengan menggabungkan makanan berikut (dan minuman!) ke dalam diet anda.

minum air

Air

Pencetus utama kadar metabolisme yang kami maksudkan adalah H2O iaitu air putih. Serius, bukan sahaja ia mengisi perut anda tetapi ia juga membantu anda untuk membakar kalori.

Kajian telah menunjukkan bahawa dengan hanya minum 500ml air boleh meningkatkan metabolisme dalam kadar sebanyak 24% dan 30% sehingga 90 minit selepas mengambilnya!

Cuba minum air dengan kuantiti tersebut setiap kali sebelum waktu makan kerana kajian lain menunjukkan bahawa orang-orang yang mengamalkannya, boleh kehilangan 44% berat badan dalam tempoh 12 minggu berbanding orang yang tidak amalkan meminum air putih.

Selain meningkatkan metabolisme anda, air juga boleh membuat anda kenyang supaya anda tidak makan secara berlebihan. Air bukan sahaja baik untuk menurunkan berat badan malah lebih lagi manfaatnya.

green tea

Teh Hijau

Salah satu minuman kegemaran ramai, dan bahan utama untuk mencairkan lemak dalam dua minit, teh hijau adalah bantuan penurunan berat badan yang menakjubkan.

Dalam satu kajian kecil yang disenaraikan di Web MD, teh hijau wujud untuk menaikkan kadar metabolisme dan mempercepatkan pengoksidaan lemak dalam konteks kesihatan.

Walau bagaimanapun, kalori yang dibakar akan menjadi agak kecil. Sebagai contoh, jika anda makan 1500 kalori, anda hanya membakar 60 kalori tambahan. Walaupun ia jumlah yang kecil, setiap yang sedikit itu sangat membantu.

Teh hijau juga boleh melawan kanser, memberi manfaat kepada jantung dan banyak lagi.

kopi

Kopi

Peminat kopi pasti gembira untuk mengetahui yang minuman kegemaran mereka adalah bantuan untuk meningkatkan metabolisme mereka, terima kasih kepada kandungan kafein yang terdapat dalam kopi.

Satu kajian dipaparkan dalam American Journal of Clinical Nutrition telah menunjukkan bahawa kafein dalam kopi meningkatkan metabolisme mereka yang gemuk dan mereka yang mempunyai berat badan yang normal. Walau bagaimanapun, hanya mereka yang mempunyai berat badan yang sihat mendapat manfaat daripada pembakaran lemak pada tahap yang lebih tinggi.

Kesan kopi terhadap kadar metabolisme adalah lebih besar pada orang muda, menurut satu kajian pada tahun 1995 yang mana melihat kesan kafein pada golongan lelaki yang berbeza-beza tahap umur.

Secara semula jadi, kopi tanpa kafein tidak mempunyai kesan yang sama dan cara anda mengambil kopi juga turut memberi perbezaan. Minum kopi yang berwarna pekat dan hitam tanpa gula adalah cara terbaik untuk mendapat kesan yang efektif.

peppers

Makanan Pedas

Makanan  berempah seperti cili merah dan serbuk cili, adalah penting untuk bantu anda memulakan peningkatan kadar metabolisme anda. Satu sebatian yang tidak berwarna dipanggil capsaicin memainkan peranan untuk kedua-dua fungsi iaitu kepedasan dan kesan metabolik bagi makanan pedas.

Capsaicin dipercayai boleh meningkatkan kadar metabolik dengan menaikkan suhu badan dan aliran darah. Menurut New York Times, kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang pedas boleh meningkatkan metabolisme kira-kira sebanyak 8%.

Walaupun ini hanya memberi kesan yang kecil, makanan pedas juga boleh membuat anda mudah rasa kenyang, di mana ia menghalang anda daripada makan berlebihan.

Cuba amalkan tauhu dan chickpea curry atau stew kekacang yang pedas untuk peningkatan kadar metabolisme anda.

brokoli

Brokoli

Brokoli adalah padat dengan nutrien dan mempunyai manfaat kesihatan yang tidak terkira banyaknya. Walaupun anda tidak berniat untuk menurunkan berat badan, kami amat mengesyorkan anda menambah brokoli ke dalam diet harian anda secara tetap.

Ia mengandungi komponen yang dipanggil glucoraphanin yang mana badan kita menukarkannya ke dalam sulphoraphane, sebatian yang mempunyai anti-kanser dan anti-bakteria. Ia juga membantu untuk mengimbangi semula sistem metabolisme dan membuang beberapa kesan yang berpotensi membuat metabolisme tidak seimbang.

Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan sayur-sayuran yang tinggi glucoraphanin boleh meningkatkan metabolisme dan merendahkan tahap lemak dalam darah. Anda juga boleh mendapat glucoraphanin dalam sayur-sayuran lain seperti bunga kubis dan kangkung, walaupun brokoli setakat ini merupakan sumber paling kaya dengan nutrisi.

minyak kelapa

Minyak Kelapa

Walaupun terdapat banyak lemak yang sihat dan minyak masak di luar sana, salah satu lemak yang terbaik untuk dipilih adalah minyak kelapa. Menurut Dr John Dempster, jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan metabolisme, utamakan memilih minyak kelapa yang bukan dihidrogenasi berbanding pilihan lain.

Pengambilan satu hingga dua sudu besar minyak kelapa sehari telah terbukti untuk meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 5%, atau sekitar 120 kalori sehari.

Satu lagi kajian terhadap 31 peserta selama 16 minggu menunjukkan bahawa hanya menukar minyak zaitun dengan minyak kelapa memberi jaminan lebih besar untuk menghilangkan lemak di bahagian perut.

avocado

Avocado

Minyak kelapa bukan satu-satunya bantuan untuk meningkatkan metabolisme. Avocado seharusnya juga patut mendapat tempat dalam senarai diet dan amalan harian anda.

Buah-buahan berkrim ini adalah sumber yang kaya dengan l-carnitine, sejenis asid amino yang terdapat di dalam hati kita, yang membantu metabolisme dan kehilangan lemak.

Kami tidak tahu tentang anda, tetapi kami mencadangkan avocado kerana ia membuat anda berasa lebih kenyang selepas menambah avocado sebagai makanan anda.

walnut

Kacang Walnut

Kacang ini mengandungi sekitar 7 gram protein yang mana menjadikannya makanan yang sesuai untuk meningkatkan metabolisme. Kacang walnut juga tinggi omega 3, yang telah terbukti berkesan meningkatkan metabolisme.

Nikmati walnut dalam campuran makanan lain atau tambahkan ke dalam oatmeal atau salad.

lemon

Lemon

Lemon juga adalah cara yang baik untuk meningkatkan metabolisme anda. Fungsi lain lemon: untuk meningkatkan daya tahan badan anda, menghentikan rasa loya atau mual dan mengurangkan kembung atau perut buncit.

Anda bolehMenambah beberapa jus lemon ke dalam segelas air suam pada waktu pagi, memerah sedikit lemon dalam salad anda, menggunakannya sebagai perapan atau gaul jus lemon dan parutan kulitnya dengan beras perang untuk dijadikan sebagai hidangan sampingan yang mudah.

sayur

Sayuran Hijau

Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung, lobak hijau dan sayur-sayuran kailan adalah superfoods yang padat dengan nutrien yang rendah kalori – sesuai untuk mereka yang sedang fokus dalam penurunan berat badan.

Sayur-sayuran berdaun gelap juga mengandungi banyak zat besi, dan sayuran yang disebut sebagai contoh tadi adalah penting supaya metabolisme anda berfungsi dengan baik.

 

Dan, ia biasanya kaya dengan magnesium (terutamanya bayam) – mineral yang dikenali untuk mempercepatkan metabolisme yang dalam mood “berehat”.

oatmeal

Oatmeal

Makan semangkuk oatmeal sebagai pengisian pada waktu pagi akan membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sekaligus mempercepat tahap metabolisme anda. Menurut Livestrong, saiz hidangan yang sesuai untuk meningkatkan metabolisme adalah setengah cawan oat kering dicampur dengan satu cawan air.

Pemilihan oat segera amat tidak digalakkan kerana ia makanan yang diproses dan boleh mengandungi sehingga 17g gula untuk setiap hidangan. Dan lebih teruk lagi adalah hidangan oatmeal di McDonald, yang mana satu hidangan mengandungi 32g gula!

Jadi anda sudah tahu caranya bukan?

Ini adalah 11 makanan terbaik untuk meningkatkan metabolisme anda dan anda boleh amalkan untuk kekal kurus walaupun anda seorang yang suka makan.

Walaupun kami mengesyorkan anda menggabungkan makanan sihat ini ke dalam makanan anda, anda tidak boleh bergantung kepada makanan ini sahaja apabila ia melibatkan penurunan berat badan.

Diet yang seimbang, senaman setiap hari, tidur malam yang cukup dan gaya hidup yang kurang tekanan adalah bantuan untuk anda mendapat kehidupan yang lebih baik.

 

 

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one
  • Saye harap saye blh jadi kurus dlm masa yg terdekat
    #DairiKurusTerbaik..?

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x