Diari Kurus

11 Punca Berat Badan Naik Dan Sukar Turun

image

1

Setiap orang sentiasa mendambakan tubuh yang kurus langsing dan potongan badan yang menarik. Ramai yang berpendapat bahawa ia akan membantu meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang apabila berhadapan dengan masyarakat. Maka tidak hairanlah jika ada di antara mereka sanggup berbelanja besar dan mencuba pelbagai produk pelangsingan badan untuk merealisasikan hasrat bagi memiliki bentuk tubuh yang menarik dan berat badan ideal.

Namun, oleh kerana keghairahan untuk kurus maka ia mengundang pelbagai keluhan kerana sudah berputus asa  atas usaha yang dilakukan selama ini tidak membuahkan hasil. Sebenarnya punca berat badan naik dan sukar turun adalah disebabkan oleh kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar.

Apa perkara dan punca-puncanya masalah ini terus membelenggu diri? Jom kita semak 11 punca tersebut.

image

1. Pengambilan air bikarbonat

Air bikarbonat, air bergas mahupun air soda merupakan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman bikarbonat ini sahaja telah terkandung sebanyak 65 kalori. Walaupun jumlah kalorinya tinggi, namun ia tidak menjadikan perut anda berasa kenyang. Jadi walaupun anda mengambil air ini dengan jumlah yang banyak untuk mengelakkan diri dari makan, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Berhati-hati jika anda mengambil 2 hingga 3 gelas sehari, kemungkinan besar berat badan anda bertambah hingga 30% dari berat badan yang sedia ada.

2. Tidur yang tidak teratur

Tabiat tidur yang tidak teratur atau kurang tidur 5 jam sehari berulaya mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan lewat malam. Jadi semakin kurang masa tidur anda, semakin banyak jumlah kalori yang anda ambil.

3. Tidak mengambil sarapan

Seseorang yang sengaja melambatkan atau mengelak dari mengambil sarapan pagi, ia akan menghadapi risiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk berhadapan dengan masalah obesiti atau kegemukan. Kenapa hal ini boleh terjadi sedangkan kita skip makan? Dengan membiarkan perut anda kosong pada waktu pagi, ia akan melambatkan tahap metabolisme badan dari menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan dengan lebih banyak pada waktu tengahari.

4. Kunyah dengan cepat

Mengunyah makanan dengan cepat atau bahasa kasarnya, ‘gelojoh’ akan membuatkan makanan tidak dapat dihadam dengan baik dan anda akan berasa ingin terus makan selagi perut tidak senak. Sekiranya anda dapat mengunyah makanan secara perlahan-lahan, ia akan membantu anda untuk mengambil sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya 20 minit akan diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang dan berhenti dari terus mengunyah.

5. Kurang pengambilan air kosong

Seseirang yang sedang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya berkurangan sebanyak 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum sebelum makan. Amalan minum air sebelum makan dapat membantu perut anda berasa lebih kenyang dan anda pasti akan mengambil makan dengan jumlah yang sedikit.

image

6. Faktor rakan sebaya

Kajian New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yangmenghadapi masalah kegemukan juga. Namun, ia tidak bermakna anda tidak boleh berkawan langsung dengan mereka yang berbadan besar. Perkara ini penting kerana gaya hidup dan pola pemakanan kawan yang gemuk sangat mempengaruhi pola pemakanan dan gaya hidup anda. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terus berlarutan, lakukan perubahan dengan mengajak kawan pergi bersenam serta amalkan pola pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

image

7. Tabiat makan ketika tertekan

Ketika berada dalam keadaan tertekan atau stress, tentu ada di antara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu melupakan stress. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika anda berada dalam keadaan tertekan, cuba alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman secara teratur amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda dapat berfikir dan bertindak dengan lebih baik.

8. Pengambilan karbohidrat

Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti roti, mi, nasi putih dan seumpamanya dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan secara berlebihan. Oleh itu, cuba gantikan ia dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.

9. Porsi makanan yang tidak terkawal

Seseorang yang makan dengan porsi (portion) potongan yang besar berupaya untuk menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah makanan secara perlahan-lahan. Perkara penting yang anda perlu ambil tahu ialah berapa banyak jumlah kalori yang telah anda ambil setiap hari. Ini merupakan antara perkara yang jarang orang kita ambil peduli.

image

10. Malas bersenam

Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi mungkin ia tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang, perut, pinggul, peha, lengan dan bawah dagu anda yang berlemak sekiranya tidak workout atau senaman. Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam.

Perlu diingatkan bahawa untuk kurus, faktor pemakanan yang diambil adalah 80% manakala 20% lagi anda perlu workout. Jadi bawa-bawalah bersenam ya. Mulakan dahulu dengan latihan kardio, intervel atau jogging. Namun, sekiranya anda rasa masih belum mampu untuk meluangkan masa yang lebih terhadap senaman- senaman seperti itu, anda boleh cuba amalkan berjalan sejauh 3 km atau lebih pada setiap hari. Ini membantu menurunkan berat statik anda.

11. Makan lewat malam

Menurut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat mengambil atau menyimpan dengan lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu meluap-luap, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula, karbohidrat dan lemak yang rendah, misalnya susu rendah lemak, air masak, salad sayuran dan buah-buahan atau roti gandum penuh.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x