Diari Kurus

12 Jenis Suplemen Diet Terbaik Untuk Kesihatan Yang Optimum

dietary-supplements

1

Badan kita terbina atas apa yang kita makan. Bagi mencukupkan kalori dan zat dalam tubuh, seseorang itu akan mengambil suplemen sebagai makanan tambahan dalam diet hariannya. Malahan, para atlet atau ahli sukan turut menitikberatkan pengambilan suplemen untuk memaksimakan pertumbuhan otot-otot mereka. Tetapi, tahukah anda apakah 12 jenis suplemen terbaik untuk tubuh anda itu bagi kelangsungan kesihatan yang optimum?

Jom kita semak!!!

1. Minyak Ikan

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud, kolitis ulseratif dan pelbagai lagi.

Namun, jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudaratan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

Jika anda jenis yang tidak suka memakan ikan atau tidak tahan dengan bau hanyirnya, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi atau kedai-kedai yang menjual produk kesihatan.

2. Vitamin D

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang memainkan peranan penting dalam tubuh manusia, misalnya untuk pembentukkan struktur tulang dan gigi yang baik, pemeliharaan kesihatan tulang dan menjaga fungsi organ tubuh lainnya. Ada lima jenis vitamin D, iaitu vitamin D1, D2, D3, D4, D5. Namun begitu, terdapat juga dua bentuk Vitamin D yang tidak kurang pentingnya kepada manusia seperti vitamin D2 (ergocalciferol) dan D3 (cholecalciferol).

Vitamin D sangat penting dalam membantu mempercepatkan kadar penyerapan kalsium magnesium untuk pembentukan, pertumbuhan serta pemulihan tulang yang sihat di samping membantu meningkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah. Tanpa vitamin D, kalsium tidak akan diserap ke dalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika tubuh kekurangan vitamin D ia akan menjadi penyebab utama kepada osteoporosis.

3. Whey Protein

Whey protein merupakan bahan yang kaya dengan protein dan rangkaian amino asid yang lebih baik daripada putih telur. Diasaskan daripada product low fat diary dan sememangnya popular dalam kalangan yang selalu workouts bagi menaikkan kadar metabolisme, sistem imun, pemulihan otot-otot dan banyak lagi dan tidak semestinya untuk weight training sahaja.

…saya sendiri menggunakan whey protein dalam diet harian kerana ia ekonomi, kurang kalori dan sumber protein yang baik …

4. Lecithin
Lecithin yang bertindak seperti ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier) tak kurang popularnya. Ramai yang menggunakan untuk membantu proses metabolisme, kolesterol dan lemak darah,juga untuk suplemen Malaysia dalam pengurangan berat badan.

5. Acai Berry
Menurut beberapa kajian bebas, Acai berry terbukti memiliki kandungan tertinggi antioksidan berbanding jenis makanan dan suplemen lain. Acai berry memainkan peranan dalam meningkatkan sistem penghadaman, proses penuaan, kawalan berat badan dan sistem pertahanan. Ia adalah sumber fiber atau serat yang hebat. Selain melawan radikal bebas, antioksida juga akan membuat tubuh terasa lebih fit dan bertenaga.


6. Produk Hijau (sayuran)

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran hijau mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit. Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

7.Probiotik

Probiotik adalah istilah yang digunakan untuk menamakan ‘bakteria baik’ yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang ditemui dalam usus manusia. Probiotik biasanya terdapat dalam dadih (yogurt)  dan minuman kultur. Terdapat juga probiotik yang dijual sebagai suplemen dalam bentuk kapsul atau serbuk yang dibancuh. Terdapat dua jenis probiotik yang utama iaitu dari lactobacillus dan bifidobacterium.

Selain daripada susu kultur dan dadih, susu ibu dan makanan yang diperam seperti budu, belacan, cencalok, tempe juga mengandungi probiotik. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda sebenarnya membekalkan makanan kepada probiotik dengan kandungan prebiotik yang tinggi dalam susu ibu.

Probiotik juga boleh membantu menurunkan berat badan berdasarkan satu kajian yang dilaporkan dalam Journal Clinical Microbiology and Infection (edisi April 2013). Kajian ini menunjukkan suplemen probiotik menyebabkan penurunan berat badan dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam haiwan dan manusia.

Yang lebih menarik lagi adalah, kajian yang menunjukkan probiotik boleh menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL. Disamping itu kajian terbaru menunjukkan probiotik mengurangkan penyerapan kolesterol melalui usus dan mengurangkan keradangan atau ‘inflamasi’ dalam tubuh dan mencegah pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah. Berdasarkan faktor ini, maka saintis berpendapat probiotik juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Disamping itu kajian lain menunjukkan probiotik boleh mencegah kerosakan DNA kepada sel-sel di dinding usus, oleh itu ia boleh mencegah kanser usus. Kajian ini juga merumuskan  pengambilan probiotik secara kerap akan meningkatkan paras anti oksidan dan membantu proses detoksifikasi didalam usus yang akan mencegah kesan bahaya bahan karsinogen dalam makanan yang menyebabkan kanser.

turmeric18. Kunyit

Tidak ramai yang mengetahui tentang khasiat kunyit dari sudut kesihatan. Jika dulu kunyit hanya dianggap sebagai herba untuk merawat wanita bersalin, kini kunyit diketahui mampu menandingi ubat-ubatan moden kerana ia mempunyai bahan penyembuh yang tidak mengandungi kesan sampingan.

Kunyit berupaya menjadi penawar kepada masalah kesihatan seperti kanser, masalah bengkak pada tangan kaki, penyakit jantung, diabetes, meningkatkan kecerdasan otak dan memori, menstabilkan paras gula, mengurangkan keradangan, masalah kemurungan dan sebagainya.

Cinnamon9. Kayu Manis

Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

Selain itu, dalam bidang rawatan kecantikan, kayu manis bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan. Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.

10.Psyillium

Psyillium adalah serat larut yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dan mengawal gula dalam darah pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis. Jika anda memilih untuk mengambil suplemen ini, mulakan dengan dos yang kecil dan sederhana dari masa ke semasa. Hati-hati! Mengambil serat ini secara berlebihan juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang memudaratkan tubuh anda sendiri.

11.Creatine

Creatine terbuat dari tiga asam amino: arginin, glisin dan metionin. Laporan anekdotal dan studi ilmiah sama menemukan bahwa orang-orang yang memakai creatine dapat menaikan berat badan 5 kilogram atau lebih dan dapat meningkatkan kekuatan dengan cepat.

Creatine penting dalam membantu meningkatkan jumlah energi dengan cepat dalam otot untuk melakukan lebih banyak aktiviti atau senaman berat. Creatine juga menarik lebih banyak air ke dalam sel-sel otot untuk mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan pertumbuhan sel dengan pantas. Malahan Creatine juga dapat meningkatkan kadar insulin seperti IGF-1 yang sangat penting untuk merangsang pertumbuhan otot.

12. Beta Alanin/Carnosine

Di dalam tubuh, asid amino Beta-Alanin dikombinasikan dengan amino lain seperti histidin untuk membentuk Carnosine. Penelitian menunjukkan bahawa, ketika otot mengandungi Carnosine dalam kadar yang lebih tinggi, mereka akan memiliki lebih banyak kekuatan dan daya tahan. Carnosine meningkatkan kemampuan otot-otot untuk bertindak balas dengan lebih kekuatan,  daya tahan yang lebih lama tanpa keletihan.

Beberapa penelitian menunjukan adanya peningkatan terhadap kekuatan otot dan daya tahan pada atlet yang menggunakan Beta-Alanin. Suplemen ini bukan sahaja menguatkan otot-otot malahan bagi anda yang berhasrat untuk kurus, suplemen ini boleh membantu mengawal berat badan.

 Sumber : albaraqah.info irondumbbell.comkevinzahri.com, Dr Norman 

• Meet the Author ➞ diarikurus1



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x