Diari Kurus

13 Jenis Pelan Diet Yang Popular Di Malaysia

which-diet-plan-with-skinny-fiber-challenge

1

Adakah anda sedang berdiet sekarang? Apakah jenis pelan diet yang anda sedang amalkan sekarang? Diet ada bermacam-macam jeniskah? Ya, betul. Memang terdapat banyak jenis diet yang diamalkan oleh pendiet sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Untuk topik kali ini kami akan kongsikan kepada anda 13 jenis pelan diet yang popular dan biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Jadi, selepas ini bolehlah anda pilih dan tentukan mana satu jenis diet yang sesuai untuk anda ikuti. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama.

1. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.

Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

2. Diet seimbang

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain

Tapi, berhati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan.

hqdefault

 3. No rice diet

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

4. Diet Dukan

Diet dukan adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein. Tiada had berapa banyak yang anda boleh makan semasa plan empat fasa asalkan berpegang kepada kaedah-kaedah rancangan itu. Semasa fasa pertama, anda berada pada diet protein tanpa lemak yang ketat. Ini adalah berdasarkan kepada senarai 72 makanan yang agak rendah lemak dan kaya dengan protein seperti ayam, telur, ikan dan susu bebas lemak.

Perkara ini adalah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat iaitu purata dalam masa lima hari. Karbohidrat adalah dilarang kecuali sedikit “oat bran”. Diet Dukan tidak seperti Diet Atkins. Pada fasa pertama Diet Dukan mengharamkan sayur-sayuran dan amat serius untuk menyekat lemak. Seterusnya pada tiga fasa yang lain mula beransur-ansur kepada beberapa buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan akhirnya semua makanan.

Tujuannya Diet Dukan secara beransur-ansur adalah untuk menghilangkan berat badan sehingga 1 kg seminggu dan untuk menggalakkan penurunan berat badan pada jangka masa panjang. Tiada had masa untuk fasa terakhir, di mana cuma melibatkan protein seminggu sekali dan mengambil senaman.

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia. Selain itu, seseorang akan mengalami kekurangan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran pada peringkat awal diet di samping berkemungkinan besar boleh menyebabkan si pendiet itu sembelit.

Atkins-Diet

5. Diet Atkins

Diet Atkins adalah rendah-karbohidrat dan tinggi protein bagi menurunakan berat badan. Anda bermula dengan diet rendah-karbohidrat yang direka untuk “rapid weight loss”. Program ini harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu dan bergantung kepada berapa berat idaman anda. Semasa fasa ini, anda berada pada diet protein, diet lemak dan sangat rendah karbohidrat termasuk daging, makanan laut, telur, keju dan beberapa sayur-sayuran, mentega dan minyak.

Diet Atkins berbeza dengan Diet Dukan. Diet Atkins membolehkan lemak yang tidak terhad dan beberapa sayur-sayuran, seperti lada, timun dan salad semasa fasa pertama. Dalam tempoh tiga fasa seterusnya, penurunan berat badan itu mungkin menjadi lebih beransur-ansur dan senaman yang kerap adalah digalakkan.

Lebih banyak karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperkenalkan ke dalam diet anda dengan tujuan pengambilan karbohidrat yang ideal dengan anda bagi mengekalkan berat badan yang sihat untuk hidup. Fasa satu direka untuk membantu anda kehilangan sehingga 6 kg dalam masa 2 minggu, mengurangkan kepada 1 kg kepada 3 kg dalam fasa kedua.

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia. Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, manakala pengambilan protein yang tinggi pula boleh menjejaskan kesihatan tulang dalam jangka masa panjang.

diets-type

6. Diet Cambridge

Pelan Diet Cambridge adalah berasaskan kepada membeli dan makan pelbagai produk makanan tambahan dengan janji berat badan akan turun dengan cepat. Terdapat enam rancangan diet yang fleksibel dari 415kalori kepada 1500 kalori atau lebih dalam masa sehari, ini bergantung kepada matlamat berat badan idaman anda. Terdapat juga program pengurusan berat badan jangka panjang. Sup, bubur dan shake yang boleh digunakan sebagai sumber utama pemakanan anda atau bersama makanan biasa iaitu rendah kalori. Pada program ini, anda menerima nasihat dan sokongan mengenai pemakanan sihat dan senaman daripada Cambridge

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia, daya tumpuan akan terganggu malah ia melibatkan kos yang tinggi.

7. Diet Slim-Fast

Diet Slim Fast adalah diet rendah kalori dengan rancangan makanan gantian untuk orang yang mempunyai BMI 25 dan ke atas. Ia menggunakan pelbagai produk Slim-Fast. Pelan ini mencadangkan tiga hari makanan ringan dari senarai yang banyak, termasuk kerepek dan coklat. Dua makanan gantian shake atau bar dan satu hidangan tetap yang perlu diambil dari senarai laman web Slim-Fast. Anda boleh kekal pada diet selagi anda mahu bergantung kepada matlamat berat badan idaman. Setelah sampai, anda dinasihatkan untuk mempunyai satu makanan gantian iaitu shake pada setiap sehinga dua makanan ringan rendah lemak dan dua makanan yang sihat. Pelan ini direka untuk membantu anda kehilangan kira-kira 500 gram sehingga 1 kg dalam masa 2 minggu dan anda boleh mengikuti diet selagi anda mahu.

8. Diet Detox

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.

Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan di sini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Kerana badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. Ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

chicken-salad-rh-negative-diet

9. The South Beach Diet

Berdiet dengan cara ini akan mempengaruhi pola makan yang tinggi kandungan proteinnya, mengawal pengambilan lemak serta bebas daripada mengambil karbohidrat kompleks. Uniknya, diet ini dapat membantu melangsingkan tubuh tanpa rasa lapar, menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, mengawal paras gula dalam darah di samping dapat mencegah daripada mendapat penyakit jantung. Namun, biasanya menu ini tidak banyak pilihan kerana ia hadir dalam bentuk produk tenusu termasuk daging.

10. Zone Diet

Diet ini yang menggabungkan pengambilan nutrisi yang terdiri dari 40% karbohidrat, 30% protein, dan 30% lemak dari jumlah kalori secara menyeluruh. Ia dapat membantu menurunkan berat badan secara efektif antara 2 hingga 5 kilogram seminggu dan menjadikan kadar insulin dalam darah tetap terkawal. Walau bagaimanapun, selain jumlah komposisi menunya yang agak rumit, jumlah karbohidrat yang hanya 40% sebenarnya tidak cukup jika anda melakukan rutin harian atau aktiviti yang padat, maka ini akan menyebabkan anda lebih cepat berasa letih.

11. Rawfood Diet

Diet ini pula kaya dengan buah dan sayuran dan biasanya makanan ini diambil secara  mentah atau setengah masak. Sayuran dan buahan diambil secara mentah adalah agar vitamin dan zat besinya kekal dalam memberi bermanfaat kepada tubuh. Kaedah diet cara ini bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malahan dapat memperbaiki struktur kulit lebih cantik dan sihat kerana banyak vitamin yang diperolehi daripada sumber ini.

12. The Cabbage Soup Diet

Kaedah diet ini adalah dengan hanya mengambil sup sayur seperti kubis selama tujuh hari berturut-turut di samping beberapa makanan lain yang rendah karbohidrat kompleks, protein, dan lemak. Berdiet dengan sup sayur sangat cepat hasilnya dalam menurunkan berat badan berbanding diet lainnya. Namun begitu,diet cara ini akan membuatkan pendiet cepat berasa lapar. Tambahan pula ia termasuk dalam kalori yang rendah sehingga memberi kesan kepada pengurangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Akhirnya ia akan mendatangkan kesan sampingan seperti kembung perut, kurang bermaya, sering sakit kepala dan kadar konsentrasi yang kian menurun.  Jika anda masih ingin mencuba diet ini, disarankan agar mengambil suplemen tambahan seperti multivitamin dan mineral bagi menampung zat mineral badan yang hilang.

13. The Sugar Buster Diet

Diet cara ini adalah dengan mengambil karbohidrat kompleks dan makanan seperti ini akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Diet ini mampu menurunkan berat badan dengan cepat namun ia sebenarnya diet rendah kalori yang tidak seimbang. Jika melakukannya dalam waktu yang lama, tubuh akan menjadi kurang bertenaga dan mudah lesu.

Berdasarkan kupasan topik ini, rasanya tiada masalah sekiranya anda berhasrat untuk mencuba mana-mana diet asalkan ia mengikut kemampuan dan kehendak anda. Perkara penting ialah anda perlu faham asas-asas nutrisi terhadap mana-mana diet yang ingin diamalkan di samping ia bersesuaian dengan kehidupan anda yang lebih sihat. Perlu diingat sekiranya kalori diambil berlebihan, maka berat badan akan tetap naik dan tiada penurunan. Oleh itu, jadilah pengamal diet yang bijak dan berilmu daripada menjadi pendiet ikut-ikutan tapi hasil yang diperolehi akhirnya mengecewakan.

Sumber 

herworld  profhariz  kevin zahri

• Meet the Author ➞ diarikurus1



4 comments… add one
  • Good info…saya akan try apply

    Anyway kalau korang nak rangka pelan makan kalori secara simple gunakan jer pelan auto kat sini…

    http://www.muslimmenu.com/menu-diet-xtra.html

    enjoy!

    Reply
    • Superb inotmrafion here, ol’e chap; keep burning the midnight oil.

      Reply
    • Thank you for coming to the show great review. But dude you should catch our whole show next time, its fun! I think you only caught our last song that was a 90´s influenced tribute to my dear friend Biogen. but Im not complaining….except for one thing…Gwen Stefani? did you really have to go there? hehehe check us out…www.tanya-marlon.com peace out!

      Reply
  • Food Combining juga menjadi pola makan yang diikuti oleh banyak orang saat ini. Prinsip dari pola makan food combining adalah Anda tidak boleh mengonsumsi karbohidrat dan protein dalam waktu yang bersamaan. Sebab kedua hal tersebut sulit untuk dicerna secara bersamaan. Dan jika tidak tercerna dengan baik, maka sisa makanan ini akan menumpuk dan menimbulkan penyakit. masih banyak lagi jenis diet kalau di Indonesia.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x