Diari Kurus

15 Risiko Dan Komplikasi Kehamilan Jika Ibu Hamil Obesiti

pregnant

1

Kebanyakan wanita hamil ingin mengekalkan bentuk badannya agar sentiasa nampak cantik, namun hal ini agak mustahil kerana wanita hamil akan mengalami perubahan bentuk fizikalnya termasuklah pertambahan berat badan.

Walau bagaimanapun, agak membimbangkan jika pertambahan berat badan berlaku secara mendadak dan tidak terkawal. Ia bukan sahaja memberikan risiko buruk kepada ibu malah bayi dalam kandungan. Apakah risikonya saiz badan yang semakin membesar semasa hamil? Apakah risikonya kepada ibu dan bayi? Bolehkah risiko tersebut diubah?

Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu perkara itu supaya boleh berhati-hati.

trends-of-maternal-obesity-570x425

Risiko Kegemukan dan Kehamilan

Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Terdapat beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu. Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).

Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.

Risiko Ketika Hamil
1. Diabetes gestasi.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi.
4. Sleep Apnoea iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur.
5. Risiko bayi praeklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).

Obesity research, Department of Nutrition, Endocrinology unit, Piti

 Risiko Ketika Melahirkan
6. Sukar untuk melahirkan.
7. Shoulder Dystocia – Bahu bayi boleh tersangkut sewaktu melalui proses kelahiran.
8. Kesukaran untuk memantau denyutan jantung bayi.
9. Kesukaran untuk menyediakan ubatan bersesuaian bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melalui proses kelahiran.
10. Meningkatkan risiko untuk kelahiran normal selepas kelahiran menerusi pembedahan dijalankan sewaktu kelahiran bayi yang sebelumnya.
11. Kemungkinan mengalami kelahiran dibantu, iaitu menggunakan forseps atau vakum, pembedahan caesarean dan distosia bahu (iaitu bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Ini akan meningkatkan risiko komplikasi selepas pembedahan.
12. Kecacatan tiub neural dan masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen.

 Risiko Selepas Melahirkan
13. Meningkatkan risiko jangkitan pada luka.
14. Meningkatkan risiko darah beku (lazim berlaku selepas kelahiran menerusi pembedahan).
15. Mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Jadi, amat penting bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis?

Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.

Cara Tangani Obesiti

1. Berdiet
Cara mudah yang boleh anda lakukan ialah kawal pemakanan dengan berdiet. Berdiet bukanlah bermaksud menahan lapar semata-mata untuk menguruskan badan semasa hamil dan ia bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.

1422669514814

Memang agak sukar untuk mengawal nafsu makan kerana tuntutan ibu hamil yang ‘mengidam’. Untuk mengawal agar tidak berlebihan dalam mengambil makanan bergula dan berminyak, lebihkan minum air kosong dan buah-buahan. Untuk kudapan cubalah pelbagaikan hidangan salad. Lebihkan juga pengambilan sumber vitamin, protein, zink dan zat besi termasuklah produk tenusu. Kekurangan nutrisi juga akan memudaratkan anda dan bayi yang dikandung. Seelok-eloknya dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan agar anda dan bayi kekal sihat dan cergas tanpa mengalami masalah pertambahan berat badan berlebihan (kegemukan).

2. Senaman

Dalam pada itu, senaman ialah satu idea yang bagus. Senaman yang kerap merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Malah, senaman juga digalakkan semasa hamil. Ia boleh membantu menghadapi masalah biasa yang berkaitan dengan kehamilan seperti sakit belakang dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tidak biasa bersenam sebelum hamil, maka ini bukanlah masa yang sesuai untuk memulakan senaman yang berat.

248670360-29114427

Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.

Berjalan selama 40 minit, tiga kali seminggu ialah matlamat yang munasabah bagi seseorang yang tidak biasa bersenam. Kebanyakan wanita yang bersaiz besar boleh melalui tempoh kehamilan yang sihat. Berat badan mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang mungkin boleh menimbulkan beberapa masalah kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk memulakan satu rejim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat kebenaran doktor, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.

Kesimpulan

Kebanyakan masalah dan situasi kesihatan semasa hamil boleh diuruskan dan dalam kes-kes tertentu, boleh dielakkan. Sesetengah wanita hamil mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah. Kebanyakan wanita bersaiz besar juga menjalani kehamilan yang normal dan melahirkan bayi yang normal.

Namun secara idealnya, wanita hamil patut berusaha mengurangkan berat badan sebelum hamil. Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko ialah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.

 

Sumber
anizyn  utusan  majalahpama

 

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x