Diari Kurus

21 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Pisang

Rakyat Malaysia paling gemar makan pisang goreng, apatah lagi dihidang panas-panas jika dibandingkan jika makan buah pisang itu mentah-mentah. Terdapat pelbagai jenis dan saiz pisang di dunia ini dan biasanya paling banyak ditemui adalah pisang berwarna kuning. Dari jenis yang berwarna hijau, kuning sehinggalah kepada pisang yang berwarna merah jambu. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning kerana semakin merah buahnya, semakin tinggi kandungan karotenanya.

1

Kenapa perlu makan pisang? Buah pisang dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Antara khasiat dan kebaikannya itu adalah sebagai sumber tenaga, merawat kemurungan, anemia, melegakan sembelit, PMS, melegakan ‘morning sickness’ dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih banyak khasiat di sebalik buah pisang, jom baca artikel ini sampai habis.

1. Sumber Tenaga

Pisang mengandungi gula seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisang amat ideal sebagai sumber tenaga. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

2. Kemurungan 

Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana zat ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia juga membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.

3. Anemia

Buah pisang juga amat tinggi kandungan zat besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Bagi mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah zat besi dalam tubuh.

4. Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang, ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

5. Menguatkan tulang

Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

6. Mengurangkan risiko pembentukan penyakit

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

7. Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.

8. Penyembuhan Bagi Perokok

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

9. PMS

Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah. Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik, ianya mengurangkan perasaan moody anda.

10. Tekanan Darah 

Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.

11. Mencerdaskan Otak

Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

12. Penghadaman

Kandungan fiber yang tinggi di dalam pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.

13. Mabuk disebabkan minuman keras

Salah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah banana milkshake. Caranya adalah dengan mengisar buah pisang bersama dengan susu dan madu, kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alkohol.

14. Heartburn

Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan pengambilan pisang secara harian.

15. Gigitan Nyamuk dan Selar matahari (sunburn)

Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk.

Untuk selar matahari di muka, kaedah yang paling mujarab adalah dengan menggunakan kulit pisang (sebelah dalam), iaitu dengan menggosok-gosokannya ke tempat sunburn secara perlahan-lahan.

16. Saraf

Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

17. Ulser

Pisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.

 18. Mengawal Suhu Badan

Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk “cooling” fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.

19. Masalah perokok 

Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.

20. Strokes 

Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa, Amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.

21. Ketuat

Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.

Sungguhpun terdapat pelbagai khasiat dalam buah pisang dan dikatakan mampu merawat sesetengah penyakit, namun bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, pengambilan buah pisang sangat tidak digalakkan kerana mengandungi pottasium, gula dan karbohidrat yang tinggi. Jika perlu, berjumpa dan dapatkan nasihat pakar pemakanan atau pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x