Diari Kurus

4 Cara Untuk Hindari Perut Buncit Dalam Masa Yang Singkat

Belly-Fat

1

Masalah perut buncit sememangnya menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah individu. Bukan saja individu yang gemuk berdepan dengan masalah ini, malahan yang kurus pun turut menghadapi masalah perut buncit. Jadi bagaimana caranya untuk anda kembalikan perut anda kepada bentuk asal yang kempis? Mungkin anda patut mencuba 4 perkara di bawah dan anda sedang dalam perjalanan anda ke arah perut yang mendatar dalam bila-bila masa!

Sleeping-Woman
1. Tidur

Jika anda berniat untuk melakukan kerja lebih masa pada waktu malam, sila fikirkan perkara tersebut banyak kali. Ini kerana apabila kitaran jam anda berubah, ia akan membuatkan anda berasa lapar dan ingin makan lebih banyak dari biasa. Apabila anda berasa letih, ia akan membuatkan badan anda menginginkan makan makanan yang manis. Selain itu, waktu tidur yang tidak cukup juga akan mengubah pengeluaran kadar hormon yang akan menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut anda. Oleh yang demikian, anda perlu dapatkan tidur yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 7jam pada waktu malam kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk mengembalikan bentuk badan anda seperti yang diidamkan.

 

sugar

2. Gula Adalah Musuh Anda
Untuk pengetahuan anda, melawan lemak  di bahagian perut adalah merangkumi 80% diet yang sihat. Diet yang sihat bermakna anda perlu mengurangkan kalori dengan memperbanyakkan makanan yang mengandungi protein, sayur-sayuran, bijirin penuh. Selain itu, anda juga disarankan untuk menggantikan makanan ringan kerana ia merupakan tabiat buruk dalam mengembalikan bentuk badan yang anda inginkan. Selain itu, anda juga boleh mencuba satu rahsia ini, iaitu dengan menabur serbuk kayu manis dalam kopi pada setiap pagi atau campurkan ke dalam bijiran anda. Campuran rempah telah terbukti untuk membantu menstabilkan gula dalam darah. Selain itu, ia juga mampu melambatkan kadar penyikiran makanan keluar dari perut, yang mana ia akan membantu anda berasa lebih kenyang lebih lama. Jadi, bermula pada hari ini, kurangkan manis di dalam makanan dan minuman anda untuk mengurangkan lemak di bahagian perut yang membuatkan anda kelihatan buncit itu.

 

FreeGreatPicture.com-30043-kiwi

3. Vitamin C
Apabila anda berada berasa sangat tertekan dengan keadaan sekeliling anda, hormon ‘kortisol’ juga akan turut meningkat. Dalam keadaan ini, vitamin C akan membantu mengimbangi kadar hormon ‘kortisol’ yang berlaku kepada anda disebabkan tekanan yang anda alami. Selain daripada itu, vitamin C merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah selesema. Vitamin C juga penting untuk membuat ‘carnitine’, iaitu sejenis sebatian yang digunakan oleh badan untuk membakar lemak anda. Jika sedang mengalami masalah emosi, tekanan dari kerja, atau berbelanja besar untuk makan makanan yang tidak sihat, anda perlu meningkatkan vitamin C anda kerana ia akan membantu untuk mengatasi kesan-kesan sampingan yang negatif. Selain buah oren yang terkenal dengan vitamin C, anda mungkin boleh mencuba lada benggala, sayur-sayuran hijau atau buah kiwi kerana ia mempunyai lebih banyak vitamin.

 

low-carb-diet-for-theatkinsdiet1low-cap

4. Makan Makanan Yang Berlemak
Ye, anda tidak bermimpi, berita ini merupakan suatu kenyataan! Anda perlu mengambil lemak untuk membakar lemak yang berlebihan. Menurut kajian, gula yang akan menjadi lemak, bukanlah lemak yang mejadi lemak. Lemak baik boleh diperolehi daripada makanan yang kaya dengan Omega 3, seperti salmon, avokado & kacang walnut. Makanan ini penuh dengan nutrient yang membantu membuat anda kenyang sepanjang hari. jadi, anda tidak lagi perlu rasa bersalah untuk mengambil makanan berlemak ketika anda sedang diet, tapi anda perlu pastikan lemak-lemak tersebut adalah lemak yang baik!

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x