Diari Kurus

4 Jenis Buah Yang Baik Untuk Kesihatan

Fruits-Wallpaper-91

1

Buah-buahan eksotik seperti jambu batu, dan manggis, sememangnya amat terkenal dalam kesihatan kerana ia mempunyai tahap antioksidan dan vitamin yang tinggi, tetapi menurut beberapa penyelidikan yang dilakukan secara besar-besaran baru-baru ini telah menunjukkan bahawa buah-buahan biasa seperti epal, anggur, dan buah-buahan lain mengandungi beberapa faedah kesihatan yang mengagumkan.

habitrx_blueberry_breeze_image__97217.1424542188.1280.1280

  1. Blueberry: Menghancurkan Lemak

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh journal ‘Molecular Nutrition and Food Research’, para penyelidik mendapati bahawa blueberry boleh membantu menjaga kesihatan anda. Para penyelidik mendapati bahawa sebatian yang dipanggil ‘pterostilbene’ bekerja dengan vitamin D akan bertindakbalas dalam tubuh badan untuk meningkatkan sistem imunisasi anda dan melawan jangkitan. Selain itu, blueberry juga boleh membantu anda langsing dengan memenuhi tahap manis yang diperlukan oleh tubuh anda dengan hanya melibatkan beberapa 44 kalori. Blueberry juga dikatakan boleh menajamkan fikiran manusia selain mampu meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran.

Large_Red_Apples_PNG_Clipart

  1. Epal: Menyingkirkan Kolesterol

Menurut kajian yang dijalankan oleh Florida State University, apabila seorang wanita berumur 45 hingga 65 makan sekitar secawan epal kering setiap hari selama setahun, mereka mengalami purata penurunan 23 peratus pada tahap kolestrol yang teruk iaitu ‘Low-Density Lipoprotein’ (LDL) manakala kolestrol yang baik iaitu ‘high-density lipoprotein’ (HDL) akan meningkat kira-kira 4 peratus. Selain itu, jantung anda akan turut mendapat manfaat untuk lebih sihat kerana ia berpunca daripada khasiat epal iaitu ‘pectin’ (sejenis serat) dan polifenol (sejenis antioksidan). Penyelidikan yang lain telah mendapati bahawa epal juga melindungi daripada asma dan penyakit kronik pulmonari obstruktif atau ‘chronic obstructive pulmonary disease’ (COPD).

7002669-strawberry-hd

  1. Strawberi: Melawan Penyakit Kanser

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Kanser Komprehensif di Ohio State University, Columbus, mereka menyarankan setiap individu untuk mencuba memasukkan hirisan strawberi ke dalam menu bijiran sebagai sarapan pagi atau yogurt kerana ia boleh mengurangkan risiko kanser esophageal. Menurut kajian yang dibuat, 80 peratus dari individu yang mencuba tips tersebut menyaksikan penurunan potensi untuk mendapat kanser.  Selain itu, satu kajian dari University of California, Davis, mendapati bahawa penggunaan strawberi biasa boleh mengatasi radang dan pembekuan darah akibat dari kesan lemak yang tinggi, karbohidrat makanan yang tinggi selain berpotensi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Prunes1a

  1. Prune kering: Menguatkan Tulang

Buah prune atau juga dikenali sebagai buat plum boleh membantu mengekalkan tulang yang kuat. Menurut satu kajian dari Oklahoma State University, Stillwater, apabila seorang wanita yang telah putus haid mengamalkan makan buah prune secara tiga bulan, ia akan meningkatkan tahap hormon yang dikaitkan dengan pembentukan tulang. Dan dalam satu kajian oleh Journal of Nutrition pada tahun 2010, beberapa tikus dewasa yang diberi makanan diet yang terkandung prune bukan sahaja telah mengalami penurunan dalam kehilangan kepadatan tulang, malah mereka sebenarnya telah menguatkan lagi tulang. Penyelidik berkata prune mungkin mempunyai kesan ke atas hormon yang mengelakkan kerosakan tulang memandangkan penurunan dalam tahap estrogen. Selain itu, prune amat terkenal dengan manfaat kesihatan untuk system penghadaman manusia, selain baik untuk tekanan darah, yang mengelakkan anda dari menghidapi penyakit jantung.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x