Diari Kurus

4 Manfaat Cendawan Wajib Ada Dalam Diet Anda

1

Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya. Selain daripada tumbuh semula jadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakkan. Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.

Cendawan membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan dan dikatakan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai dan permintaan yang amat tinggi di pasaran. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah seperti Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalon. Cendawan Enokim Cendawan Ganoderma Lucidum, Cendawan Butang, Shitake, Kulat Kukur dan banyak lagi.

KENAPA CENDAWAN PENTING?

Kenapa cendawan perlu ada dalam menu diet anda? Jom semak 4 manfaat yang anda perolehi dengan pengambilan cendawan secara konsisten.

1. Kaya dengan Vitamin D

Fenomena jerebu yang melanda negara kita mencatatkan penurunan paras vitamin D yang penting untuk sistem tubuh. Jadi, sekiranya tiada makanan tambahan (suplemen) atau cahaya matahari yang suram, pengambilan cendawan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap vitamin D. Hal ini kerana, cendawan merupakan satu-satunya sumber makanan berunsurkan sayuran yang lazat dan kaya dengan vitamin D (tindak balas yang terjadi dalam cendawan mampu menukarkan ergosterols kepada vitamin D apabila terdedah kepada cahaya).

2. Membaiki sistem imun badan

Selain itu, cendawan juga merupakan sumber vitamin B yang baik dan memainkan peranan penting dalam sistem saraf serta dapat membantu memberikan tenaga dengan memecahkan protein, lemak dan karbohidrat. Betaglucans yang hadir dalam cendawan juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imunisasi seseorang terutamanya bagi mereka yang alergi terhadap sesuatu makanan. Manakala zat selenium dan ergothioneine pula membantu dalam melindungi sel-sel kita daripada rosak yang disebabkan oleh penyakit kronik.

3. Katakan tidak pada obesiti

Siapa yang tidak mahu badan kurus, ramping, cergas dan sihat, bukan? Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia. Mungkin ada di kalangan kita yang telah cuba bersenam dan kawal nafsu makan, tetapi berat tidak juga turun-turun.

Nah, ini ada berita baik! Mungkin dengan pengambilan cendawan boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Menurut kajian, ekstrak cendawan boleh membantu melawan obesiti. Sebenarnya ekstrak ini telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Asia lebih 2,000 tahun dahulu. Ianya dikatakan mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada peningkatan berat badan yang melampau, di samping mengelakkan radang yang disebabkan oleh obesiti dan sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan baik (metabolisme yang sangat rendah). Kajian yang dilakukan ke atas tikus gemuk ini memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan.

Cendawan juga mempunyai rasa yang seakan-akan daging ayam. Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses  menurunkan berat badan amat digalakkan untuk menggantikan daging ayam dengan cendawan.

Bagi penggemar cendawan, tumbuhan spora ini enak jika dicampur bersama ke dalam masakan bergoreng, pai mahupun yang berkuah seperti sup. Kalau sukakan kelainan, dengan mencampurkan cendawan ke dalam kerabu atau salad juga nampak lebih menarik, bukan?

4. Kulit lebih anjal

Cendawan mengandungi pelembap yang dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Pengambilan secawan cendawan dikatakan mengandungi 25 peratus daripada zat mineral dan menjadi agen antioksida yang mampu membantu menyelamatkan kulit anda dari selaran matahari (sunburn), mengekalkan keanjalan kulit, di samping membantu mencegah dari mendapat kanser kulit.

Kesimpulan

Justeru, jangan pandang ringan pada tumbuhan kulat ini. Walaupun ia nampak kecil tapi khasiatnya sangat berguna kepada sistem tubuh terutamanya bagi anda yang dalam proses menguruskan berat badan. Jadikan cendawan sebahagian daripada makanan diet anda dan jika bosan dengan cara penyediaan yang sama, belajar-belajar google resepi kerana rasa cendawan yang enak sesuai dalam apa jua cara masakan.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



4 comments… add one
  • Wow..info yg berguna, blh cuba amalkan utk kurangkan berat badan.

    Reply
    • boleh cuba dlm menu diet..jom kurus!!!

      Reply
      • May 8, 2012 She is turning into quite a little photographer!!!Do I know the bangs story? I feel like I do, but can’t recall it. I’m making panini’s for dinner toa8rht&#i230;Cnpgese Paninis

        Reply
    • And to add Joydeep da! I was expecting views on IIT kanpur move to go it’s own way on entrance exam or government stand on CET on utilitarian lines. but you mentioned in beginning itself “post is pure notg8lsia&#a221; so fare enough.

      Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x