Diari Kurus

4 Tips Bakar Kalori Dengan Cara Yang Paling Malas

724753c0-f7d4-4514-82f9-f47b27762060

1

Anda sudah penat melakukan pelbagai senaman dalam usaha menurunkan berat badan anda? Anda tidak sempat untuk melakukan senaman kerana anda seorang individu yang berkerjaya? Jangan risau, walaupun anda seorang individu yang selalu sibuk dengan tugasan harian, anda masih boleh menurunkan kalori dengan cara yang paling malas dan santai, namun berkesan ini.

6a852d79_shutterstock_131588957.xxxlarge_2x

  1. Pengambilan Minuman Berkafein

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Vanderbilt University, kafein terbukti dapat membakar kalori dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan oleh kafein dapat mempertingkatkan kadar metabolism dan membantu badan anda menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, pengambilan kafein untuk menurunkan berat badan adalah bergantung pada berat badan anda. Anda tidak digalakkan mengambil kafein secara berlebihan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda. Kesimpulannya, walaupun anda sedang menonton televisyen, anda sedang membakar kalori anda, dengan hanya menikmati secawan minuman berkafein!

adriacomputerball

  1. Gunakan Bola Senaman Sebagai Tempat Duduk

Menurut kajian yang dilakukan oleh European Journal of Applied Physiology, seseorang individu dapat membakar 4 kalori per jam atau 30 kalori setiap hari, hanya dengan duduk di atas bola senaman. Oleh yang demikian, daripada anda melakukan kerja dengan hanya duduk di kerusi biasa, ianya lebih baik sekiranya anda menggunakan bola senaman sebagai tempat duduk kerana ia terbukti anda mampu membakar kalori dalam masa yang singkat, walaunpun ketika itu anda sedang melakukan kerja anda!

Healthy-Eating-Eat-Clean

  1. Kurangkan Makanan Berkarbohidrat

Jika sebelum ini, anda mengambil makanan berkarbohidrat pada setiap hari, apa kata kali ini anda kurangkan ia sebanyak dua hari. Hasilnya, anda akan lihat sedikit perubahan dalam masa seminggu! Jika bulan pertama anda kurangkan makan makanan berkarbohidrat kepada lima hari, apa kata pada bulan kedua anda kurangkan ia kepada empat hari. Anda akan lihat perubahan yang ketara dalam masa yang singkat, berat badan anda akan turun secara mendadak kerana banyak kalori yang telah dibakar!

Young Woman Standing with Arms Stretched Out --- Image by © Royalty-Free/Corbis

  1. Jadi Seorang Yang Tenang

Jika anda sedang stress atau tertekan dengan berat badan anda yang kini tidak lagi seperti dulu, ini adalah alasan yang baik untuk anda bertenang. Ini adalah kerana, menurut kajian, individu yang sering stress berpotensi mengalami kenaikan badan yang mendadak. Individu yang stress akan lebih cenderung kepada makanan yang tidak sihat dan secara tidak langsung melupakan misi diet yang sedang mereka lakukan. Oleh yang demikian, berhenti runsing mengenai berat badan anda kerana jika anda bertenang, ia mampu membakar sebanyak 104 kalori berbanding jika anda berada dalam situasi tertekan.

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x