Diari Kurus

5 Alasan Mengapa Wanita Susah untuk Turunkan Berat Badan

1

 

Kadang-kadang ramai wanita yang merasakan sukar bagi mereka untuk turunkan berat badan berbanding dengan lelaki. Kenyataan itu ternyata ada betulnya dan ia bukan sekadar mainan perasaan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkanwanita susah untuk membakar lemak berbanding lelaki.

Antara alasan mengapa wanita susah untuk turnkan berat badan ialah:

1. Wanita memiliki lebih banyak lemak berbanding otot.

Mengikut kajian, wanita memiliki lemak lebih banyak berbanding otot dalam tubuh. Berbanding lelaki, jumlah lemak yang ada dalam tubuh wanita hampir mencapai dua kali ganda. 

2. Faktor Emosi

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita lebih cenderung untuk makan mengikut emosi berbanding lelaki. 

Dalam usaha ‘mengawal’ emosi untuk jadi lebih baik,ceria dan bahagia, wanita biasanya akan cenderung untuk mengambil makanan yang manis dan berlemak. Berbanding lelaki, mereka sukakan aktiviti sosial dan lasak untuk emosi yang lebih ‘bahagia’.

Lebih menarik, menurut Cynthis Sass, pakar diet berdaftar daripada “S.A.S.S Yourself Slim” berkata, wanita mula menambah berat badan sebaik sahaja mereka mula menjalinkan hubungan/berkahwin dengan lelaki. Pada ketika ini, wanita mula makan sekerap dan sebanyak pasangan lelaki mereka. 

3. Proses Kehamilan

Wanita menyimpan lemak badan untuk proses kehamilan yang lebih baik. Sewaktu kehamilan, sel-sel lemak berkembang untuk membantu proses perkembangan bayi dalam kandungan seperti proses pembentukan otot dan badan

4. Lelaki Lebih Aktif

Secara logik, lelaki adalah lebih aktif secara fizikal daripada perempuan. Sejak dari kecil, kanak-kanak perempuan suka bermain dengan anak patung ‘Barbie’, dan lelaki suka bermain kejar-kejar 🙂

5. Lebih Mudah Mengaku Kalah

Beberapa kajian menunjukkan, untuk wanita berjaya mengurangkan berat badan, mereka memerlukan sistem sokongan luar, contohnya kata-kata semangat dari pasangan dan ahli keluarga untuk membolehkan mereka teruskan sesi diet. Mereka tidak boleh ‘bersendirian’ untuk berjuang menurunkan berat badan.

Berlainan dengan lelaki, apa yang mereka perlukan hanyalah diri mereka sendiri!

Apa kata anda sebagai wanita atau jika anda seorang lelaki, apa yang anda boleh lakukan untuk membantu wanita kurus lebih cepat?

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x