Diari Kurus

5 Alasan Untuk Bersenam Selain Daripada Untuk Menguruskan Badan

senam

1

Jika anda perasan, ramai yang ingin menurunkan berat badan dan ianya sudah menjadi trend di Malaysia. Tempat seperti taman rekreasi dan gimnasium sudah dipenuhi oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur. Ini menunjukkan sudah ramai ketahui pentingnya mempunyai berat badan yang sihat. Menurunkan berat badan walaupun dalam jumlah sedikit sudah cukup untuk membantu anda dalam mengurangkan atau menghindari anda daripada risiko masalah kesihatan.

  1. Mengurangkan Tekanan

sebabsenam1

Apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan, keseluruhan sistem dalam badan anda tidak akan seimbang dan hormon yang akan memberi kesan kepada mood anda. Dengan melakukan aktiviti yang membuat anda mengeluarkan peluh, bukan sahaja ia dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan tetapi juga dpat membantu anda untuk berasa lebih gembira. Ini kerana, dengan bersenam, ia dapat meningkatkan pengeluaran endorfin dalam badan anda dan dapat membantu anda dalam melawan tekanan. Senaman juga dapat mengatasi masalah kemurungan bagi anda yang mengalami Premenstrual syndrome (PMS). Ramai diantara anda memilih untuk makan aiskrim atau kek untuk menghilangkan tekanan. Cuba anda gantikan tabiat tersebut dengan bersenam, mungkin anda akan terkejut dengan hasilnya.

  1. Tidur Nyenyak

sebabsenam2

Dengan menurunkan berat badan, ia dapat membantu anda dalam untuk tidur lebih nyenyak dan lama. Menurut kajian yang dilakukan, seseorang yang kehilangan berat badan sebanyak 5% atau lebih daripada berat badan, menunjukkan mereka dapat tidur 22 minit lebih lama dan mempunyai tidur yang berkualiti. Mendapat tidur yang berkualiti amat penting untuk kesihatan anda kerana ia dapat membantu anda dalam memulih dan memperbaiki badan dan tenaga anda semula, dan juga dapat membantu anda untuk berfikir dengan lebih tenang.

  1. Menjimatkan Kos

sebabsenam3.1

Umum ketahui kos untuk menjadi ahli gimnasium bukannya murah. Secara purata bayaran bulanan untuk menjadi ahli gimnasium adalah RM 150. Begitu juga peralatan sukan seperti kasut dan baju yang boleh menyebabkan seseorang berbelanja sehingga ratusan ringgit. Tetapi tanpa anda sedari dengan melabur dalam kesihatan, anda sebenarnya dapat menjimatkan wang anda dalam jangka masa yang panjang. Seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan terpaksa berbelanja puluhan ribu untuk merawat penyakit kronik yang dihidapi seperti sakit jantung dan kencing manis.

  1. Menguatkan Ingatan

sebabsenam4.1

Ramai yang tidak ketahui bahawa apabila anda membina otot, secara tidak lansung ianya juga dapat membantu anda dalam membina sel-sel otak. Bersenam dapat mempertingkatkan memori, dan membantu anda untuk lebih fokus. Terdapat satu kajian yang menunjukkan apabila seseorang bersenam ia dapat memperbaiki penglihatan dan mengurangkan risiko seseorang untuk menghidapi penyakot Alzheimer.

  1. Mengurangkan Alahan Dan Asma

sebabsenam5

Mempunyai berat badan yang berlebihan menghalang seseornag daripada mempunyai saluran penafasan yang baik dan seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami penyakit asma. Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan seseorang yang berlari selama 30 minit dapat mengurangkan kegatalan dan kesesakan nafas sehingga 90%.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x