Diari Kurus

5 Cara Cepat Kurus Secara Selamat

Tampil langsing memang memberikan banyak manfaat kepada kehidupan seharian. Sebahagian besar daripada kita terutamanya kaum wanita, akan berusaha sedaya upaya agar tubuh kelihatan kurus, langsing, cantik dan sihat. Jadi, tidak hairanlah jika golongan hawa ini sanggup berhabis duit untuk membeli pelbagai jenis produk pelangsingan badan. Ini kerana mereka percaya, tubuh yang langsing akan mebuatkan tahap keyakinan diri juga turut meningkat.

1

Dengan tubuh yang kurus dan langsing, seseorang itu sudah tentu boleh mengenakan apa sahaja pakaian yang disukainya. Selain itu, dengan tubuh langsing juga dapat mengurangi risiko pelbagai penyakit berbahaya yang mungkin akan bersarang dalam tubuh. Ingat ya, punca terjadinya pelbagai penyakit adalah berpunca dari perut, iaitu dari makanan yang kita ambil.

Mendapatkan tubuh langsing dan sihat memang bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Banyak Ramai yang sudah melakukan pelbagai cara, tetapi tetap sahaja gagal mendapatkan tubuh langsing. Kesalahan terbesar mereka adalah berhenti di tengah jalan dengan program yang dijalankan. Jadi, jika nak impian jadi kenyataan, kita perlulah konsisten dalam melakukan sesuatu.

Oleh itu kami akan berkongsi mengenai tip atau cara mudah untuk kurus dengan cepat secara selamat.

Nak Kurus Cepat? Ikut 5 Cara Ini

Berikut ini merupakan beberapa cara agar cepat kurus secara selamat yang mungkin boleh anda praktikkan. Antara cara-cara berikut ialah;

1. Hindari Makanan Ringan

Mungkin anda berfikir bahawa jika mengambil memakan ringan walaupun dalam kuantiti sedikit ia tidak akan memberi pengaruh yang besar terhadap diet yang sedang anda lalui. Pernah dengar tak ‘sedikit-sedikit lama-lama perut membuncit’. Ia nampak lucu tetapi tabiat yang tidak sihat yang sedang anda amalkan itu lama-kelamaan akan mengundang masalah lain bagi tubuh anda. Jadi, ubahlah mindset itu sekarang.

2. Kawal Nafsu Makan

Perasan atau tidak, anda akan jadi ‘kuat makan’ atau nafsu makan anda bertambah ketika anda sedang mengalami stres, beremosi atau ketika di ambang ‘datang bulan’. Perkara ini kerap terjadi lebih-lebih lagi jika anda melihat atau mendengar suara penjual makanan lewat sehingga anda ingin membeli dan makan makanan tersebut. Tambahan pula KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Domino’s Pizza dan seumpamanya menawarkan penghantaran makanan terus ke rumah-rumah. Anda sepatutnya lebih kuat melawan nafsu makan supaya program diet yang sedang anda lakukan berhasil.

3. Lebihkan Pengambilan Buah dan Sayuran

Cara cepat kurus secara semula jadi yang berikutnya adalah memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat dan vitamin yang memang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, buah-buahan dan sayur-ssayuran juga dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan ini akan membantu anda menjadi langsing lebih cepat.

4. Olahraga

Cara cepat kurus yang paling penting dan efektif adalah dengan berolahraga. Dengan berolahraga secara teratur, tubuh anda akan membakar lemak yang ada di tubuh anda. Anda boleh melakukan latihan kardio seperti lari, jogging, berbasikal atau berenang yang akan membakar lemak-lemak anda dengan lebih cepat. Selain itu, latihan pembentukan otot seperti angkat beban di gym juga mampu memecahkan lemak sekaligus membuat otot-otot anda akan lebih terbentuk dan pejal.

5. Lakukan Analisis Diet

Jika anda sudah melakukan pelbagai cara seperti diet, olahraga, pengamalan minuman detox dan diet sihat, alangkah baiknya jika anda catat semua perubahan yang terjadi pada tubuh anda dan tetapkan sasaran berat yang diingini dalam satu jangka masa tertentu. Misalnya, turun berat 10kg dalam masa 3 bulan. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda bersungguh untuk melakukannya. Jika tidak ada perubahan yang terjadi pada tubuh anda, kemungkinan besar cara cepat kurus yang anda lakukan itu salah atau tidak konsisten.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x