Diari Kurus

5 Kebaikan Badam yang anda Tidak tahu.

badamBadam membantu pembakaran lemak anda.

1

Menurut kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Obesity, pengambilan satu genggam badan sehari bersama menu diet sihat boleh membantu membakar 18 peratus lebih banyak  lemak  daripada kategori diet yang tidak makan badam.

Dalam satu kajian lain pula dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat) sehingga 12 peratus. Jadi badam bagus untuk jantung selain membakar lemak.

Selain itu, khasiat badan turut membantu beberapa jenis penyakit iaitu:

Meredakan diabetes

  • Ðalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2. Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan. Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Membantu menghalang batu karang

  • Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Membantu menghalang osteoporosis

  • Badam juga dikatakan dapat membantu menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Mengurangkan risiko berbagai penyakit

  • Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain. Ðalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ‘statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ‘statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan arteri.

Baik untuk kesihatan kulit

  • Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit. Ðikatakan juga minyak badam yang digosok pada kulit mampu memperbaiki kecerahan kulit, menambah wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap. Walaupun badam memiliki pelbagai khasiat dan zat, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x