Diari Kurus

5 Kebaikan Jambu Batu Yang Belum Anda Ketahui

jambu0

1

Jambu batu adalah buah tropika dan mudah didapati dimana-mana sahaja terutama sekali pada musim panas. Selain mempunyai bau dan rasa yang unik, jambu batu juga kaya dengan nutrisi-nutrisi yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan anda. Jambu batu telah digunakan dalam pelbagai masakan diseluruh negara. Ia dijadikan sebagai sos, snek, pencuci mulut, jem dan minuman. Buah jambu batu mengandungi tinggi kandungan vitamin A dan C yang dimana memenuhi 3 kali lebih keperluan anda seharian. Fakta menunjukkan, 1 jambu batu mengandungi 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren dan 10 kali lebih banyak vitamin A berbanding lemon. Tambahan, jambu batu juga merupakan antara salah satu buah-buahan yang kurang terdedah dengan penjagaan bahan kimia

1. Kurangkan Berat Badan

Closeup of midsection of female showing weightloss

Jambu batu amat membantu anda yang menguruskan badan tanpa mengganggu pengambilan protein, vitamin dan serat anda seharian. Jambu batu yang kaya dengan mineral dan vitamin, juga amat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan kerana ianya tidak mengandungi kolestrol dan rendah kandungan karbohidrat. Selain itu, jambu batu juga mengandungi kurang kandungan gula berbanding buah epal, oren dan anggur. Dengan memakan jambu batu, ia dapat membantu anda untuk berasa lebih kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan mengurangkan lemak tepu didalam tubuh badan anda.

2. Memperbaiki Penglihatan

Dream

Vitamin A amatlah penting untuk mempunyai penglihatan yang baik dan jambu batu antara salah satu buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin tersebut. Vitamin A yang terkandung didalam jambu batu dapat memperlahankan pembentukan katarak dan menghalang penglihatan anda menjadi kabur. Bagi anda yang mengalami simptom rabun ayam iaitu tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam, disarankan untuk anda mengamalkan pemakanan yang mempunyai Vitamin A seperti jambu batu atau lobak merah.

3. Meningkatkan Sistem Imunisasi

BFWRDJ Pretty happy woman smiling

Dengan memakan 1 buah jambu batu yang bersaiz sederhana dapat membekalkan anda vitamin C 2 kali lebih banyak daripada keperluan tubuh badan anda seharian. Vitamin C amat penting untuk tubuh badan anda kerana ianya bertindak sebagai bahan antioksida dan meningkatkan tahap ketahanan badan anda untuk melindungi anda daripada jangkitan kuman.

4. Mengawal Tekanan Darah

jambu4

Jambu batu yang kaya dengan vitamin A dan kalium (potassium) dapat membantu anda dalam mengurangkan tahap kolestrol didalam darah anda dan menghalang darah anda daripada menjadi pekat dan seterusnya dapat mengawal tekanan darah anda. Kalium (potassium) yang banyak terkandung didalam jambu batu adalah kunci untuk mengekalkan fungsi semua otot-otot didalam tubuh badan termasuk jantung anda. Selain itu, vitamin C yang terkandung didalam jambu batu juga membantu anda dalam membaiki dan pertumbuhan tisu-tisu badan. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan vitamin E, K, dan B6 yang penting untuk pembentukkan darah.

5. Kulit Yang Cantik

jambu5

Kaya dengan vitamin C dan bahan antioksida, jambu batu memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki tekstur kulit anda dan menghalang anda daripada mengalami masalah kulit. Bahan antioksida yang terkandung didalam jambu batu dapat membantu anda untuk menghalang kulit anda daripada proses penuaan. Ia membuatkan kulit anda bersinar-sinar dan menghalang kedutan dikulit anda. Bagi anda yang mempunyai masalah bintik hitam diwajah, anda boleh cuba tumbuk sehingga hancur daun daripada pokok jambu batu dan sapukan diwajah anda. Dengan mengamalkannya setiap hari, bukan sahaja merawat bintik hitam tetapi ianya juga merawat jerawat diwajah anda.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x