Diari Kurus

5 Makanan Untuk Perhebatkan ‘Workout’ Anda

 

f947bca8290bf848_460254419.xxxlarge_2x

1

Pernahkah anda pergi ke gymnasium dan selepas beberapa ‘workout’ atau latihan senaman, anda mula berasa pening dan loya? Berdasarkan pemerhatian saya, hal ini banyak terjadi terutamanya kepada seseorang yang hanya sekali sekala ke gymnasium atau seseorang yang bekerjasama dengan jurulatih peribadi. Hal ini terjadi akibat mereka didorong untuk melakukan latihan senaman tersebut, di mana mereka akan memaksa tubuh badan mereka untuk melakukan latihan senaman melebihi tahap yang mereka mampu lakukan sehingga ia mengakibatkan mereka pengsan. Selain itu, hal ini juga terjadi berpunca dari ‘hypoglycemia’, di mana tahap gula dalam darah berada di bawah tahap normal. Cara yang paling mudah untuk menanganinya dengan meminum jus oren. Tetapi bagaimana kita boleh memastikan kita makan makanan yang berkualiti menjelang latihan senaman supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan dan juga mendapat manfaat hasil daripada kerja keras di gym? Berikut merupakan 5 makanan yang mampu memperhebatkan latihan senaman anda di gymnasium.

whole-grain-bread

  1. Bijirin

Untuk latihan senaman, karbohidrat adalah paling penting. Walaupun ramai yang takut untuk mengambil makanan berkarbohidrat, namun karbohidrat merupakan sumber terpenting untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Karbohidrat menyediakan ‘glycogen’, sumber utama tenaga semasa aktiviti. ‘Glycogen’ digunakan untuk senaman dalam masa yang singkat dan ia cepat bertindak. Tanpa karbohidrat yang mencukupi, anda mungkin akan kehabisan glukosa dan ‘glycogen’ yang akan menyebabkan anda pening, loya, dan pengsan. Jadi, kunci utama sebelum memulakan latihan, anda perlu mengambil karbohidrat terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat bahawa terdapat karbohidrat yang baik dan karbohidrat tidak baik. Karbohidrat yang sederhana adalah penting sekiranya berlaku ‘hypoglycemia’, namun, sebelum memulakan latihan, anda perlu mengambil karbohidrat yang lebih kompleks untuk membekalkan tenaga kepada anda sepanjang latihan senaman. Bijirin penuh bertindak untuk menyediakan tenaga berkekalan dan bertindak dalam mengekalkan berat badan yang lebih baik. Kandungan serat yang lebih tinggi akan meningkatkan kekenyangan dan melawan pelbagai penyakit. Anda juga perlu mengelakkan ‘refined carbs’ iaitu karbohidrat halus seperti roti putih dan gula-gula boleh meningkatkan risiko penyakit, kencing manis, dan menjadi pembunuh dalam diam.

httpsqueakygourmetcom

  1. Salmon

Salmon penuh dengan protein yang berkualiti tinggi. Walapun salmon tidak membekalkan tenaga semasa latihan senaman anda, namun ia dapat membantu menyokong serta menambahbaik pertumbuhan otot. Salmon juga dilengkapi omega-3 asid lemak, yang mempunyai kesan ke atas metabolisme dan membantu menggalakkan penurunan berat badan. Ini adalah disebabkan oleh hormon leptin. Leptin mengawal metabolisme anda dan jumlah lemak yang anda bakar. Oleh itu, sambil menambah Omega-3 untuk diet, anda boleh meningkatkan metabolisme anda melalui peringkat peningkatan leptin. Walaupun sumber utama tenaga semasa latihan senaman adalah karbohidrat, tetapi anda akan memerlukan protein untuk membantu membaiki dan mengembangkan tisu yang telah rosak semasa senaman. Jadi ia membantu untuk mengambil protein sebelum dan selepas latihan senaman untuk memastikan penggunaan yang mencukupi dari masa ke masa. Walaubagaimanapun, pengambilan protein selepas senaman adalah tidak baik kerana badan anda hanya boleh menyerap begitu banyak protein sekali gus.

banana milkshake with a piece of banana a spoon and bananas aside on white background

  1. Pisang

Sebelum memulakan latihan senaman, seseorang digalakkan untuk memakan pisang. Menurut kajian yang dijalankan oleh Appalachian State University, ia membandingkan kesan-kesan memakan pisang berbanding minuman  sebelum memulakan senaman semasa pertandingan berbasikal 75 kilometer. Pengambilan pisang terbukti dapat mengurangkan keradangan, tekanan oksidatif, dan meningkatkan fungsi imun selepas bersenam. Jika anda sedang menginginkan satu latihan pra-senaman yang sihat, murah, serta lazat, pisang adalah cara untuk terbaik untuk memberi anda banyak tenaga di samping membekalkan serat, kalium, dan vitamin. Sebagai contoh, anda boleh mencampurkan pisang ke dalam minuman smoothie anda, ia pasti sungguh lazat! Selain itu, anda boleh campurkan jus oren bersama pisang smoothie, yang mana mengambil masa hanya beberapa saat untuk menyediakannya.

PD4163076

  1. Teh Hijau

Teh hijau merupakan pembakar lemak dan pembekal tenaga, disebabkan itu ia dianggap sebagai salah satu minuman sihat yang anda boleh minum. Ianya terbukti bahawa kafein dapat meningkatkan kadar metabolisme dan prestasi senaman. Sebagai contoh, salah satu daripada kajian yang dilakukan mengenai perkara ini, ‘The Journal of Strength and Conditioning Research’ mendapati bahawa kafein adalah berkesan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet. Teh hijau terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisme dan pengoksidaan lemak, yang mana tidak terdapat di dalam kafein biasa. Teh hijau juga merupakan agen anti-radang yang kuat, serta menjadi pelindung kepada sakit sendi. Jangan takut untuk mencuba teh hijau kerana menganggap ia tidak sedap. Ini kerana teh hijau tidak semestinya dihidangkan secara panas, tetapi anda boleh campurkan beberapa ketul ais bersama teh hijau untuk jadikan ia lebih lazat.

stories-oatheart

  1. Oat

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, karbohidrat sebelum latihan senaman adalah satu keperluan. Tetapi sekali lagi, anda perlu mendapatkan karbohidrat berkualiti tinggi. Oat merupakan suatu idea sarapan yang boleh menjimatkan masa anda. Oatmeal dicerna perlahan-lahan dan memberikan tenaga yang berterusan sepanjang tempoh yang lebih lama daripada karbohidrat ditapis. Satu kajian yang disiarkan dalam ‘Journal of the International Society of Sports Nutrition’ menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan oat dapat menaikkan tahap tenaga di dalam badan dalam bentuk ‘glycogen’. Pemilihan oat adalah penting untuk memastikan ia mengandungi lebih nutrien selain mampu mengekalkan tenaga untuk lebih lama.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x