Diari Kurus

5 Rahsia Kecantikkan Peroleh Daripada Bersenam

cantiksenam0

1

Sesiapa sahaja yang menyertai senaman aerobik atau pergi ke gymnasium sebagai satu jadual harian pasti pergi dengan tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan dan sihat. Umum ketahui, bersenam dapat memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda secara keseluruhan tetapi senaman juga dapat menjadikan anda lebih cantik.

1. Muka Bersinar

cantiksenam1

Lupakan semua bedak asas, krim muka atau alat solek. Utamakan dahulu senaman seperti berjalan atau berlari untuk menyuburkan sel-sel kulit anda. Apabila anda bersenam dan kadar degupan jantung meningkat, ianya dapat membantu meningkatkan aliran darah. Aliran darah kemudiannya membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel-sel di seluruh badan anda berfungsi termasuk kulit anda. Jadi untuk mencapai kulit muka yang bersinar dan muda anda perlu pastikan kadar degupan jantung anda dan aliran darah anda lancar.

2. Menjadikan Anda Muda

cantiksenam3

Bersenam selama 30 minit dapat membantu mengekalkan hormon yang berkaitan dengan tekanan di tahap yang sihat. Pakar ada mengatakan bahawa dengan melakukan senaman dapat menyokong pertumbuhan kologen yang dimana dapat memastikan kulit anda kekal tegang dan lembut. Terdapat kajian menunjukkan wanita yang bersenam secara purata selama 45 minit dalam tempoh 3 hari menunjukkan kurang tanda-tanda penuaan berbanding wanita yang tidak aktif.

3. Merawat Jerawat
cantiksenam2.1

Selain aliran darah yang lancar, bersenam juga dapat menyegarkan kullit anda dan memastikan oksigen mengalir dengan lancar dalam tubuh anda. Ini dapat membantu menyingkirkan toksin keluar daripada badan. Tambahan, berpeluh juga dapat membersih pori-pori kulit yang tersumbat. Jika boleh, elakkan bersenam dengan muka yang penuh dengan bahan solekkan.

4. Rambut Yang Sihat

cantiksenam4

Perkara terakhir yang anda harapkan berlaku apabila anda pergi ke gimnasium adalah memiliki rambut yang lebih sihat. Kitaran dan aliran darah yang baik hasil daripada bersenam membantu rambut anda lebih sihat dan kuat. Senaman juga dapat mengurangkan tahap tekanan anda. Jika tahap tekanan anda tinggi, ia akan mengakibatkan rambut anda rapuh, lebih teruk lagi, gugur. Cuba anda luangkan masa anda selama 30 minit untuk lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melihat rambut dan kulit anda kembali sihat.

5. Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

cantiksenam5.2

Mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata? Anda tidak keseorangan. Kerana ramai diantara anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Dengan bersenam, ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika anda bersenam di waktu petang, ia dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan lebih cepat membawa anda ke alam mimpi yang indah. Semasa tidur anda yang lena, tubuh anda akan meransangkan pertumbuhan horman yang membantu dalam membaiki dan membina semula tisu-tisu badan.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x