Diari Kurus

5 Rahsia Turunkan Berat Badan Secara Berterusan

The word diet spelt out in vegetables on a wooden board.

1

Rasa takut kepada kegagalan akan menyebabkan kita untuk tidak mengambil risiko atau mencuba sesuatu yang baru. Tetapi meraka yang gagal berusaha untuk mencuba sebenarnya akan menempuhi kegagalan yang lebih besar berbanding mereka yang gagal setelah mencuba. Untuk mengurangkan berat badan, ianya memerlukan anda untuk mencuba pelbagai jenis diet dan senaman yang sesuai dengan anda. Proses tersebut kadang kala mengambil masa yang lama untuk anda mengenal pasti jenis diet dan senaman yang sesuai dengan tubuh badan anda. Di sini terdapat beberapa jenis diet yang anda perlu jauhi untuk mengelak anda daripada gagal dalam mengurangkan berat badan.

1. Karbohidrat Tidak Bersalah

gagalkurus1.2

Bagi mareka yang mempunyai majlis istimewa seperti majlis perkahwinan atau majlis graduasi dalam masa terdekat, kebanyakkan ramai dikalangan mereka akan memilih untuk mengelak diri mereka daripada pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti dan spageti dengan tujuan untuk mengurangkan berat badan dalam jangka masa singkat. Mereka akan cuba makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak tetapi mereka akan elak memakan sayur-sayuran yang berkanji seperti kentang. Jika anda mengamalkan diet ini, didalam tempoh kurang daripada seminggu anda akan mendapati berat badan anda akan berkurang. Tetapi hasil tersebut hanya akan akan bertahan buat sementara waktu sahaja. Kerana apabila anda kembali memakan karbohidrat, berat badan anda akan kembali kepada asal. Selain daripada itu, tenaga anda akan berkurang dengan mengamalkan diet tersebut. Anda tidak dapat menghabiskan senaman yang selalu anda lakukan dan anda kemungkinan membakar jumlah kalori yang sedikit berbanding sebelum ini.

2. Jus Bukan Pengganti Hidangan

Fresh vegetable juices on wooden table, on green background

Sesetengah daripada anda ada mengamalkan diet meminum jus buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menggantikan hidangan utama. Cara mengamalkan diet jus adalah dengan meminum jus buah-buahan dan sayur-sayuran secara mentah dengan tujuan untuk mendapatkan jumlah nutrisi dan vitamin sebanyak mungkin. Untuk hari pertama mungkin mudah bagi anda untuk mengamalkan diet tersebut. Tetapi lama-kelamaan, badan anda akan berasa kurang sihat. Ini kerana, apabila anda mengamalkan diet ini anda akan hanya mengambil sedikit atau tiada protein dalam hidangan anda. tambahan, dengan mengamalkan diet ini, sukar bagi tubuh badan anda untuk membina otot apabila anda bersenam.

3. Elakkan Rutin Senaman Yang Sama

gagalkurus3

Setiap kali anda pergi besenam, pastikan anda mengamalkan rutin senaman yang berlainan. Ini untuk mengelakkan anda berasa bosan dengan rutin senaman anda dan juga dapat menggalakkan anda untuk membakar lebih kalori. Selain itu, jika anda mengamalkan rutin senaman yang sama dalam jangka masa yang panjang, tahap kecergasan anda akan berada pada tahap yang sama.

4. Banyakkan Protein

gagalkurus4

Jika sukar bagi anda untuk mengurangkan berat badan, ini mungkin disebabkan oleh anda terlalu fokus kepada pengiraan kalori dan tidak mengambil keperluan protein yang secukupnya. Kajian menunjukkan, makanan yang tinggi protein akan mengambil masa untuk dihadam. Ini akan membantu anda untuk membakar lebih kalori. Pengambilan protein yang secukupnya juga dapat membantu anda dalam membina otot yang sihat.

5. Mengangkat Berat

gagalkurus5

Jika anda ingin menguruskan badan, kebanyakkan pakar kesihatan akan menasihatkan anda untuk melakukan senaman angkat berat. Ini kerana jika anda mengamalkan senaman tersebut, ia akan membantu tubuh badan anda untuk membakar lemak selama 24 jam selepas anda bersenam.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x