Diari Kurus

5 Rahsia Untuk Minum Lebih Banyak Air

Semestinya anda sudah ketahui kebaikan meminum air dalam membantu anda untuk kuruskan badan. Selain itu air juga dapat membantu anda dalam proses penghadaman dan membantu kulit anda kelihatan lebih sihat.
Tetapi ramai dikalangan anda yang mempunyai masalah dalam memastikan keperluan air yang cukup dalam kehidupan seharian. Kemungkinan anda tidak suka dengan rasa air atau anda jenis yang jarang bangun daripada meja anda untuk mendapatkan air.
Disini terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu anda dalam mendorong tabiat yang sihat untuk meminum air yang banyak setiap hari.

1

1. Tambahkan Perasa

minumair1

Minum air kosong sahaja mungkin akan membuatkan anda berasa bosan. Menambah perasa ke dalam air minuman pasti akan mendorong anda untuk minum lebih banyak. Daripada menggunakan bahan perasa tiruan, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan-bahan yang segar seperti lemon atau limau kasturi sebagai perasa. Lemon bukan sahaja dapat menambahkan perasa dalam air minuman anda tetapi ianya juga dapat membantu anda dalam membuang toksin yang ada dalam badan anda. Jika anda ingin air minuman anda lebih menarik, anda boleh tambah bahan-bahan yang segar ke dalam minuman anda seperti kiwi atau daun pudina. Ianya dapat memberi anda sedikit tekstur dan memberi anda dorongan untuk menghabiskan minuman anda.

2. Makan Air Anda

minumair2

Ya! Makanan juga mengandungi air. Bagi anda mungkin sukar untuk anda meminum air dalam kauntiti yang banyak dalam sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber air yang baik yang dapat menangani masalah anda. Antaranya ialah timun, tomato dan sebagainya. Bukan sahaja dapat membantu anda untuk minum lebih banyak tetapi kaedah ini juga dapat membekalkan anda nutrisi dan khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Amatlah penting, jika anda memasak bahan-bahan tersebut, kebanyakkan air yang terkandung dalam makanan tersebut akan hilang. Jadi bahan-bahan tersebut elok dimakan mentah.

3. Botol Air Yang Menarik

minumair3.2

Botol air adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan air seharian anda. Tidak salah jika anda melaburkan sedikit wang anda untuk membeli botol air yang cantik dan berkualiti tinggi. Jika anda memiliki botol air yang cantik, anda akan lebih bersemangat untuk menggunakannya dan secara tidak lansung dapat membantu anda untuk minum dengan lebih banyak. Adalah lebih baik jika anda membeli botol air yang mempunyai penanda aras supaya dapat membantu anda untuk melihat perkembangan anda.

4. Makan Makanan Pedas

minumair4

Berlaukkan sambal lada, sambal belacan mahupun kepingan lada dalam hidangan dapat membantu anda untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak. Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan makanan pedas dapat meningkatkan tahap metabolism anda. Tetapi pastikan tahap kepedasan setiap hidangan yang anda ambil bersesuaian dengan anda untuk mengelak daripada sakit.

5. Jadikan Satu Cabaran

minumair5

Semua perkara akan menjadi lebih menarik jika dibuat sebagai satu pertandingan atau cabaran. Jika anda mengaplikasikan konsep yang sama dalam pengambilan air dalam sehari, anda secara tidak lansung akan berasa untuk berlumba-lumba untuk menghabiskan air dalam sehari. Keadaan akan lebih menarik jika anda mengajak rakan-rakan anda untuk turut sertai anda. Tetapkan satu target yang anda dan rakan anda perlu capai contohnya 3 liter air dalam masa sehari dan kongsikan perkembangan masing-masing untuk pastikan anda semua dalam landasan yang betul.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x