Diari Kurus

5 tips kawal nafsu makan

kids craving icecream

1

 

Proses menurunkan berat badan merupakan suatu proses yang penuh mencabar. Turun berat bukan perkara yang boleh dicapai tanpa perancangan yang bersungguh. Baik dari segi persiapan fizikal mahupun  persiapan mental dan emosi. Proses ini merupakan proses yang memerlukan kita melakukan anjakan paradigma didalam rutin seharian. Senang cerita, ubah cara dan gaya hidup kita kearah yang lebih baik dan sihat. Oleh yang demikian, kita perlu melakukan yang terbaik bagi memastikan impian ini terlaksana dan menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Berjaya turun berat merupakan salah satu kejayaan yang patut kita hargai dan banggakan.

Salah satu cabaran terbesar dalam proses turunkan berat badan adalah mengawal nafsu makan. Nafsu makan yang membuak-buak merupakan musuh utama bagi mereka yang berazam untuk dapatkan berat badan ideal. Siapa pernah hadapi situasi baru je sudah makan sarapan tapi sejam kemudian rasa nak makan lagi? Haish, takpun baru sudah makan tengahari pukul 4 rasa nak makan lagi? Ini semua nafsu makan, kena kawal kalau ada impian nak turun beratTahukah anda, nafsu makan boleh dikawal dengan pelbagai  cara, meskipun sukar namun ia boleh dilakukan.

 

Kita panggil nafsu makan sebagai ‘craving’  rasa nak makan manis, rasa nak makan yang ranggup, nak makan coklat atau sekadar nak minum teh tarik. Saya kongsikan antara sebab kenapa kita ada nafsu makan atau ‘food craving’ walaupun kita sudah kenyang.

Cara kawal nafsu makan. Ihsan google

Cara kawal nafsu makan. Ihsan google

 

Nampak tak, sebenarnya faktor nafsu makan membuak adalah disebabkan kekurangan vitamin atau nutrient yang tertentu. Kalau ikutkan gambar diatas sekiranya kita terasa nak makan coklat kita sebenarnya memerlukan magnesium, alternatifnya makanan yang sewajarnya kita ambil untuk mengawal nafsu makan ini adalah makanan yang tinggi magnesium.

 

Disini saya kongsikan 5 tips utama untuk mengawal nafsu makan

 

Minum air secukupnya 2-3 liter sehari.

drinking-water

Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air  minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda!  Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan, minum air ya!.

Nutrisi Seimbang

Seperti dalam gambar diatas, jelas menunjukkan antara faktor craving/ nafsu makan ini adalah disebabkan kekurangan nutrisi. Maka, lebih mudah jika kita dapat memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.

Puasa

Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.

Sediakan kudapan/snek yang berkhasiat.

Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya. Anda juga boleh mengamalkan snek buah seperti dalam post saya yang sebelum ini 5 Jenis Buah Ini Boleh Bantu Turun Berat Badan

Sediakan jurnal

Tips ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.

Selama mencuba!

 

• Meet the Author ➞ asyraf



2 comments… add one
  • good info, lapar tu sebenarnya sel2 badan kekurangan nutrisi!

    Reply
  • smua tu x berjaya gak tanpa minda yg kuat. hai laaa selalu kalah dgn nafsu. stress!

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x