Diari Kurus

5 Tips Mudah Untuk Cepat Kurus 2017

Time to start that diet

1

Apabila menyebut tentang penurunan berat badan, satu-satunya cara untuk ia hilang adalah dengan anda percaya dan usaha, walaupun perubahan itu slow and steady!

Anda akan berdepan dengan konflik, bila mana anda perlu untuk menurunkan berat badan dengan SEGERA. Contohnya seperti ketika anda perlu menghadiri peristiwa penting seperti majlis perkahwinan atau reunion sekolah.

Jika anda perasan, para atlet dan selebriti mampu mengurangkan berat badan dengan cepat. Sebagai contoh, peninju MMA secara strategik mampu mengurangkan dan menambah berat badan dalam masa beberapa hari sebelum pertandingan malah Beyonce juga pernah turunkan berat 9kg dalam 2 minggu untuk satu watak filem.

Bagaimana mereka melakukan ini?

Cara yang mereka lakukan untuk menurunkan berat badan ini datang bersama kos yang tinggi. Untuk kurangkan berat badan dengan cepat seperti yang anda inginkan (5kg seminggu!), anda akan berisiko untuk mendapat penyakit lain.

Kehilangan berat badan dengan cepat boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, kekurangan zat makanan, mengurangkan kekuatan otot, buah pinggang lemah, kerosakan kulit, rambut gugur dan stretch mark – tidak berbaloi untuk anda dapat semua penyakit ini semata-mata untuk kurus!

Jadi, anda boleh lihat, mengapa penurunan berat badan secara mendadak tidak digalakkan. Pernah tak anda terfikir, dalam proses penurunan berat badan secara sihat (untuk jangka masa panjang), berapa banyak yang patut dikurangkan sebulan?

Dalam 30 hari, cukup masuk akal jika anda berjaya turunkan berat badan sehingga 4-5 kilogram dengan mengawal kalori. Turun 0-5 kilogram lemak tubuh bersamaan dengan 3.500 kalori. Jadi untuk turun 1 kilogram dalam seminggu, maka anda harus mengurangi 1000 kalori sehari.

Antara 5 cara cepat untuk kurus tanpa ubat-ubatan dan selamat:

1) Pantau Pengambilan Air

minum air

Kajian telah menunjukkan bahawa minum 500 ml air boleh meningkatkan metabolisma sehingga 30%. Mereka yang minum air dengan jumlah tersebut sebelum makan juga telah didapati mampu menurunkan lebih 44% berat berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa.

Pastikan anda membawa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari untuk mengisi perut anda sebelum makan dan sebagai langkah untuk badan anda mengelakkan cecair berlebihan, yang mana boleh menyebabkan perut kembung. Selain itu, elakkan minum ais kerana badan anda akan dipaksa menggunakan lebih banyak kalori untuk memanaskan ais tersebut yang masuk ke dalam badan anda.

Kurangkan minum air manis seperti jus buah-buahan. Bila anda menambah pengambilan air putih, badan anda tidak akan mempunyai ruang bagi menyimpan gula yang terkandung dalam minuman tersebut. Anda perlu amalkan banyak minum air putih bukan minuman manis ya!

Bosan dengan air putih sepanjang hari?

Teh hijau adalah bantuan menghilangkan berat yang power jadi nikmati secawan atau dua setiap hari, dan anda akan rasa perubahannya.

2) Jangan Berlapar

no-food

Masalah berat badan seolah-olah igauan ngeri bagi mereka yang mengalaminya. Ramai yang sudah give up untuk menurunkan berat badan, kerana segala usaha macam tidak berhasil bukan? Kalau berjaya kurang pun hanya beberapa kilo sahaja. Sedangkan berbulan-bulan anda diet. Memang SEDIH!

“Nak kurus, jangan makan nasi”

Pernah dengar kata-kata seperti ini atau anda sendiri sedang amalkannya?

Tahukah anda, ia adalah salah satu penyebab kenapa usaha anda sia-sia. Ramai yang beranggapan dengan mengelak nasi, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK, ini bukan caranya.

Malah doktor sendiri melarang amalan ini kerana tahap metabolisma anda akan turun mendadak. Apabila metabolisma rendah, ini menyebabkan pembakaran kalori anda perlahan. Sebab itulah usaha anda untuk kurus dengan cepat tidak berbaloi.

3) Keluarkan Peluh

gym

  • Sauna

Jadikan bersauna sebagai amalan kerana ia amalan yang bagus untuk kesihatan. Selain itu, ia dapat juga menghilangkan tekanan dan menenangkan fikiran anda. Menurut Kevin Zahri, seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori. Haba dalam sauna menyebabkan badan anda untuk meningkatkan kadar metabolisma kira-kira sebanyak 25%. Cuma pastikan anda menghadkan penggunaannya untuk 20 minit setiap sesi supaya boleh hidrat dengan betul.

  • Senaman

Walaupun sauna mungkin bukan keajaiban yang anda cari, ada satu cara yang terbukti untuk mengeluarkan peluh, dan itu adalah dengan bersenam secara teratur. Angkat berat akan membantu otot-otot yang baru muncul dan menyemarakkan metabolisma anda. Jika anda rasa anda memerlukan rangsangan tambahan, cuba secawan kopi sejam sebelum melakukan aktiviti. Anda akan mempunyai lebih banyak tenaga dan mampu untuk bersenam lebih lama. Satu percubaan menunjukkan peserta boleh berbasikal selama lebih 90 minit selepas satu cawan kopi, berbanding tanpa kafein hanya 75 minit.

  • Biasakan berjalan

Kalau tidak mampu berlari, berjalan juga salah satu cara untuk turunkan berat badan. Ini kerana kebiasaan berjalan selepas makan akan membantu membakar sebahagian kalori makanan tersebut. Untuk setiap 25 langkah anda berjalan, anda telah menggunakan satu kalori lebih-lebih lagi ketika anda menaiki tangga. Contohnya, anda boleh parking kereta jauh dari pejabat dan jalan laju-laju. Atau boleh pilih untuk menggunakan tangga daripada berebut-rebut untuk naik lif.

4) Kurangkan Mengambil Garam

kurangkan garam

Apabila kita makan sesuatu yang masin, badan kita mengekalkan sodium dari makanan itu. Kita juga akan mengekalkan air dalam badan sehingga tahap sodium dan paras air kembali seimbang. Jadi dengan kerap mengambil garam, akan menggalakkan penakungan air dalam badan kita sekaligus menyebabkan berat air.

Walaupun garam merupakan nutrien penting, Persatuan Jantung Amerika menyatakan bahawa kebanyakan orang mengambil dua kali pengambilan harian garam yang disyorkan.

Antara mengurangkan pengambilan garam dan minum air yang banyak, anda akan melihat kesan dalam masa beberapa hari. Berat air yang terkandung dalam badan anda kesan daripada pengambilan garam berlebihan akan mula berkurang.

Memandangkan garam adalah penting untuk saraf dan fungsi otot, jadi menyekat pengambilan garam sebagai strategi jangka panjang adalah tidak digalakkan.

5) Jaga Pemakanan Anda

diet seimbang

Diet yang seimbang adalah kunci kepada penurunan berat badan, sesuatu yang agak keterlaluan bagi menurunkan berat badan yang mana para atlet juga bersetuju dengan fakta ini.

  • Ambil sarapan pagi

Jika anda sedang berusaha untuk kurus dengan cepat, jangan pernah skip sarapan pagi anda. Malah berdasarkan satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi akan lebih cenderung untuk menambah berat badan.  Antara sebab kenapa sarapan penting adalah ia menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah, meningkatkan metabolisma badan bagi mempercepat pembakaran lemak, memberi tenaga untuk aktiviti seharian anda dan menguatkan sistem imun badan anda untuk elak penyakit.

  • Makan secara perlahan

Jangan gopoh ketika makan, nikmatilah makanan anda secara perlahan-lahan. Ini kerana tubuh anda memerlukan masa untuk menghantar isyarat kepuasan dan rasa kenyang. Untuk kurus dengan cepat, pastikan juga anda kunyah makanan dengan lumat kerana cebisan kecil lebih mudah untuk dihadam.

  • Buah-buahan dan sayuran

Seperti yang ramai orang tahu, ia adalah sumber nutrisi terbaik seperti vitamin, mineral, serat dengan kandungan lemak yang rendah. Anda boleh juga menggunakannya untuk dijadikan air detox yang sedap untuk buang toksin dalam badan sekaligus cepatkan proses penurunan berat badan anda.

  • Kekerapan makan

Untuk cepat kurus, anda perlu juga amalkan makan dengan kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Atau bahasa mudah “kejap-kejap makan, kejap-kejap makan”. Makan kerap dengan kuantiti sedikit lebih elok berbanding makan sekali dua dengan kuantiti yang banyak.

  • Jangan makan selepas 7 malam

Anda biasa lakukan ini? Kalau boleh jangan makan 4 jam sebelum tidur walaupun sekadar snek ringan. Ini kerana pada malam hari badan anda tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi elakkan makan selepas 7 malam ya. Ramai sudah mengetahui bahawa makan malam boleh menyebabkan gemuk sebabnya metabolisma lebih aktif di pagi hari.

love

Kesimpulannya, anda boleh kurus dengan selamat dan cepat tanpa ubatan walaupun dengan cara paling malas. Anda perlu terus konsisten dan fokus dengan apa yang sudah anda mulakan. Ramai orang akan lebih berjaya kurangkan berat badan dalam jangka masa panjang bila anda fokus untuk lebih sihat berbanding untuk kurus.

Selain itu, kami cadangkan anda simpan satu jurnal atau diari. Rekodkan dalam bentuk harian, catat berapa kali anda makan beserta kuantitinya. Diari boleh membuatkan anda peka terhadap keinginan makan anda, dan bila ada catatan anda boleh perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.

Jom jadikan azam untuk kurus 2017 anda sebagai kenyataan. Semoga berjaya!

 

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x