Diari Kurus

6 Jenis Buah Bantu Diet Anda Berjaya

tips-diet-sehat-buah-buahan

1

Buah menggantikan makanan berkalori tinggi , sehingga dapat membantu mengendalikan sistem kalori. Selain itu, makan buah yang kaya dengan serat dan protein juga dapat membuat Anda merasa kenyang lebih lama, serta meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari ketika anda mengamalkan diet.Antara buah-buah tersebut adalah 🙂

The treasure of summer

1) EPAL – Epal adalah antara buah terbaik yang boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Makan epal setiap hari pun bagus kerana epal sangat tinggi dengan serat tetapi rendah kalori.Epal juga kaya dengan vitamin dan mineral.  Selain itu, epal turut mengandungi anti-oksida  iaitu flavanoid dan folifenel.

2) PISANG – Pisang juga merupakan buah yang tinggi dengan fiber dan kalsium. Lagipun pisang ni senang nak dibawa ke mana-mana, sedap, menyihatkan serta mengeyangkan.Pisang ni adalah satu-satunya buah yang tinggi kandungan Vitamin B6.Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ianya sangat bagus untuk kesihatan saraf, peredaran darah, kulit, selaput lendir serta mempengaruhi mood anda. B6 ni anda boleh perolehi daripada B Complex. Satu hidangan pisang ni dah memberikan lebih daripada 30% keperluan harian vitamin B6. Vitamin B6 juga bantu meningkatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan risiko sakit jantung

3) PEAR – Pear merupakan buah yang utama  dalam bantu menurunkan berat badan kerana pear juga sangat kaya dengan kandungan serat. Di samping itu, pear turut bantu mengurangkan kadar kolestrol dan menyokong kesihatan jantung anda kerana mengandungi potassium.

4) KIWI – Kiwi pun bagus untuk bantu anda kurus kerana kandungan seratnya yang tinggi dan biji kecil yang terdapaqt dalam buah kiwi sebenarnya adalah gabungan serat larut. Ianya sangat bagus untuk pencernaan. Malah ianya turut memberikan rasa kenyang

 5) STRAWBERi – Strawberi sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Ini kerana strawberi menggalakkan penghasilan hormon adiponectin dan leptin. Kedua-duanya adalah hormon pembakar lemak dan peningkat metabolisma. Strawberi juga mengandungi enzim anti-radang. Enzim ni berfungsi untuk menyembuhkan luka serta kerosakan tisu dalaman. Jadi mengambil strawberi ni bukan sahaja dapat meningkatkanmetabolisma, malah bagus untuk kesihatan.

6) BLUBERI – Bluberi merupakan buah yang sangat tinggi kandungan anti-oksidan.  Blueberi ni menghalang faktor-faktor penyebab sindrom metabolik. Bluberi menghalang berlakunya rintangan insulin (insulin resistance), tekanan darah tinggiobesiti dan kolestrol. Kalau anda nak tahu, menurut kajian daripada Taxes Women’s University (TWU), didapati bahawa bluberi mampu mencegah sel-sel lemak. Jadi ini berita baik untuk kurus! Segenggam bluberi sehari boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

Perkara yang anda perlu tahu bila ingin KURUS !!

 

  • JANGAN BERLAPAR
    Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
  • AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
    Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  • MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
    Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  • ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
    Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  • KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
    Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  • MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  • KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
    Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam  dan biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  • AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
    Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Hidup sihat sebenarnya datang dari mindset yang  benar. Bukan hasilnya yang penting, tapi prosesnya, bagaimana mereka mengubah gaya hidup anda.  Program diet yang sukses adalah, diet yang menjadi gaya hidup yang menetap, bukan cuma 25 hari. Perilaku mereka tidak akan kembali ke perilaku yang lama. Sebetulnya tubuh yang langsing dan menawan, refleksi dari tubuh yang sihat, bukan refleksi dari treatment luar. Jadi jom kita amalkan cara diet yang betul untuk langsing dan menawan . 🙂

 

• Meet the Author ➞ uji



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x