Diari Kurus

6 Jenis Makanan Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme

Metabolismo.1

1

Mempunyai tahap metabolisme yang tinggi dapat membantu anda untuk membakar kalori yang banyak dalam masa yang singkat dan seterusnya dapat membantu anda dalam menguruskan badan. Terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada tahap metabolisme anda seperti jantina dan umur. Lelaki kebiasaannya membakar lebih banyak kalori berbanding wanita biarpun mereka dalam keadaan rehat dan kebiasaannya tahap metabolisme seseorang akan menjadi lebih perlahan apabila seseorang mencapai umur 40 tahun keatas. Walaupun anda tidak dapat mengawal umur, jantina dan genetik anda, terdapat pelbagai makanan yang dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme anda.

1. Teh Hijau

tinggimetabolisme

Ramai yang tidak mengetahui bahawa teh hijau yang kaya dengan antioksida adalah salah satu minuman yang dapat meningkatkan tahap metabolisme anda. Sesetengah jenis teh lebih berkesan dalam membantu badan anda untuk membakar lemak sebanyak 90% berbanding kopi. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan meminum 2 sehingga 4 cawan teh hijau sehari dapat meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih kalori sebanyak 17% semasa melakukan senaman. Teh hijau bukan sahaja meningkatkan tahap metabolisme anda, tetapi juga dapat menghindari anda daripada kerosakkan gigi dan kanser.

2. Bawang Putih

tinggimetabolisme2

Seseorang yang mempunyai lemak yang banyak berbanding otot dalam tubuh badan mereka kebiasaannya mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Dengan memperbanyakkan bawang putih dalam permakanan anda seharian, ianya dapat membantu anda dalam memecahkan atau menguraikan lemak dalam tubuh badan anda. Dengan menambah bawang putih kedalam diet anda, ianya dapat membantu anda untuk mengawal tekanan darah, menghindari anda daripada jangkitan dan kanser.

3. Kekacang

Mixture of dry beans isolated on white background

Kekacang kaya dengan sumber serat yang dimana dapat membantu anda dalam mempertingkatkan tahap metabolisme. Kekacang sangat bagus dihidang sebagai hidangan sampingan dan ianya juga boleh ditambah kedalam masakan anda sebagai penambah perisa. Jika anda mempunyai alahan kacang, anda boleh cuba gantikannya dengan makanan yang lain seperti buah prun.

4. Brokoli

tinggimetabolisme5

Brokoli yang kaya dengan vitamin B mampu meningkatkan kadar metabolisme anda. Selain teh hijau, brokoli juga mengandungi antioksida yang dapat membantu anda dalam menyingkirkan toksin dalam badan anda. Sayur molek dimakan mentah. Mungkin diantara anda berasa sukar untuk memakan sayur mentah begitu sahaja, tetapi ianya bukan alasan untuk anda tidak memakan sayur. Ini kerana terdapat banyak resepi-resepi di internet yang dapat membantu anda menghasilakn hidangan sayur yang lazat.

5. Halia

Fresh, dried and powdered ginger

Halia ialah makanan yang mempunyai kualiti thermogenik, yang bermaksud suhu badan anda akan meningkat apabila memakannya. Agak mustahil untuk anda memakan halia begitu sahaja tetapi ianya bukan sahaja dapat menambah perasa dalam hidangan, ianya juga dapat meningkatkan tahap metabolisme anda. Untung bagi kita kerana halia banyak digunakan dalam masakan di Malaysia terutama sekali masakn melayu, seperti Ayam Masak Kicap dan Kari Ayam.

6. Daging Tanpa Lemak (Lean Meat)

Grilled Chicken Breast with Vegetables

Jika anda ingin membeli daging, pastikan anda memilih daging yang mempunyai lemak yang sedikit seperti dada ayam. Daging tanpa lemak adalah protein yang amat baik kepada tubuh badan anda untuk meningkatkan tahap metabolisme anda. Jika anda gabungkan senaman dan diet daging tanpa lemak, ia dapat membantu anda dalam membina otot dengan lebih mudah.

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x