Diari Kurus

6 Kaedah Mudah Untuk Meningkatkan Metabolisme

metabolisme0

1

Kadang-kala kehidupan tidak seadil yang anda sangkakan. Rakan-rakan disekeliling anda makan makanan dengan kuantiti yang banyak tetapi berat mereka tidak naik walaupun 1 gram. Sementara anda yang berusaha mencatu makanan tetapi berat badan anda masih tidak berkurang. Disini mungkin disebabkan oleh kadar metabolisme anda berbeza dengan rakan anda. Metabolisme adalah proses kimia yang menukar kalori kepada tenaga. Ianya melibatkan apa sahaja tubuh badan anda lakukan daripada bernafas, berjalan sehingga berfikir. Saiz tubuh badan, jantina, dan umur adalah faktor-faktor yang memberi kesan kepada kadar maetabolisme anda. Tetapi anda tidak perlu runsing kerana terdapat kaedah yang boleh membantu anda untuk mengawal kadar metabolisme anda.

  1. Bina Otot

metabolisme1

Otot tanpa lemak (lean muscle) membakar lebih kalori berbanding lemak, biarpun ketika sewaktu anda berehat. Dengan membina otot, ia dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme anda dan seterusnya dapat membantu anda membakar kalori lebih banyak dengan cepat. Membina otot amatlah penting kerana umur anda yang semakin meningkat akan menyebabkan kadar metabolisme anda berkurang. Dengan memperbanyakkan senaman mengangkat berat akan membantu anda mengatasi masalah berikut.

  1. Ketawa

young woman portrait with a toothy smile

Buat sementara waktu, lupakan kerja anda yang bertingkat-tingkat. Ambil masa berehat untuk membuat sesuatu yang mampu anda tersenyum atau ketawa contohnya menonton video lawak di Youtube. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa dengan ketawa, ia dapat membantu anda membakar 10% ke 20% lebih kalori berbanding anda menunjukkan muka masam anda. Ini bermakna, tubuh badan anda mampu membakar 10 hingga 40 kalori dalam tempoh 10 sehingga 15 minit ketawa. Satu lagi alasan untuk membuat anda tersenyum selalu.

  1. Tidur

metabolisme3

Tidur yang tidak cukup atau rutin tidur yang tidak tetap akan menyumbang kepada penurunan kadar metabolisme anda. Orang dewasa yang tidur 9 jam sehari akan mempunyai kadar metabolisme yang sihat, kurang memakan makanan yang manis atau masin dan kurang berasa lapar berbanding mereka yang hanya tidur selam 4 jam sehari. Kurang tidur juga akan mendedahkan anda kepada risiko untuk mengidapi sakit jantung dan strok.

  1. Jangan Berlapar

metabolisme4

Bukan sorang tetapi ramai dikalangan anda yang kadang-kala perut anda akan berasa lapar pada pukul 11 pagi. Ianya normal. Jika anda tunggu sehingga waktu tengah hari untuk makan, anda mungkin akan makan secara berlebihan. Memakan snek sihat semasa menunggu waktu tengah hari dapat membantu anda dan ianya juga dapat meningkatkan tahap metabolisme anda. Mengamalkan diet kalori yang sangat rendah atau berlapar hanya akan mendatang masalah kepada anda. Tubuh badan akan berasa tidak bertenaga dan akan menurunkan tahap metabolisme anda.

  1. Ubah Cara Permakanan

metabolisme5.2

Mengubah cara permakanan dapat membantu anda dalam pengurusan penurunan berat badan dengan lebih baik. Kerana ia membantu anda untuk berjimat dalam pengambilan kalori setiap hari. Sebagai contoh, jika anda sediakan sandwich telur dan yogurt untuk sarapan pagi, cuba anda simpan yogurt tersebut untuk dijadikan sebagai makanan sampingan sebelum anda menjamu makanan tengah hari. Dengan cara ini ia dapat memberi kesan positif kepada kadar metabolisme dan gula dalam darah.

  1. Pilih Makanan

metabolisme6

Siapa yang sangka, dengan makan juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme anda. Makanan seperti teh hijau, cili dan kekacang dapat membantu anda dalam meningkatkan kadar metabolisme anda. Selain itu, makanan yang berasaskan protein juga dapat membantu anda dalam mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Apa kata anda cuba gantikan sarapan bijiran anda dengan telur hancur. Mungkin anda akan berasa lebih tenaga untuk sepanjang hari berikut.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x