Diari Kurus

6 Punca Berat Badan Naik Yang Anda Tidak Jangkakan

1

Apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan, faktor yang selalu dikaitkan adalah pengambilan kalori, gula dan lemak yang banyak serta anda tidak melakukan aktiviti senaman yang secukupnya. Tetapi itu bukan sahaja faktor yang menyebabkan berat badan anda naik. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berat badan anda bertambah tanpa anda sangkakan. Ramai yang sangkakan pilihan gaya hidup kita yang menyebabkan kenaikan berat badan anda tetapi sebenarnya badan anda bertindak balas kepada banyak faktor anda tidak dapat kawal.

1. Anda Tertekan

berat1

Apabila kehidupan seharian anda menjadi semakin penuh dengan cabaran, badan anda akan mengeluarkan kortisol dan insulin yang akan menyebabkan selera makan anda bertambah dan akan lebih tertarik untuk memakan makanan yang tinggi kalori, gula dan lemak. Kajian yang dijalankan oleh American Journal of Public Health menunjukkan mereka yang berasa sedih dan sunyi akan mengalami kenaikan berat badan dengan cepat berbanding mereka yang kurang mengalami tekanan. Bagi anda yang mengamalkan ubat penenang atau anti-depresan, anda akan mengalami kenaikan berat badan 2kg sehingga 5kg dalam masa setahun. Cuba anda elakkan daripada makan untuk mengurang tekanan, sebaliknya cuba anda lakukan senaman yang dimana dapat meningkatkan pengeluaran endorfin yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan anda.

2. Penghadaman

Woman with a stomach pain

Masalah penghadaman juga akan menyebabkan anda mengalami kenaikan berat badan. Antara masalah biasa yang berkaitan dengan penghadaman adalah masalah ulu hati dan antara symptom-simptom yang menunjukkan anda mengalami masalah penghadaman adalah cirit-birit dan sakit perut. Jika anda mengalami masalah berikut, anda boleh rujuk kepada doktor pakar dan mengamalkan pemakanan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor. Ataupun bagi anda yang kurang gemar dengan ubat, anda boleh cuba untuk meminum lebih banyak air dan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan sumber serat.

3. Semakin Berusia

beratnaik3

Ianya merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan. Dengan umur yang semakin meningkat, penghasilan hormon didalam tubuh badan anda yang membantu mengekalkan otot akan mula berkurang. Tambahan, kebanyakkan diantara anda menjadi kurang aktif apabila seiiring dengan umur anda yang semakin meningkat. Dengan otot yang semakin berkurang, kebanyakkan berat badan anda akan bertukar menjadi lemak. Dengan usia yang meningkat, anda tidak akan membakar jumlah kalori yang sama banyak seperti sebelum ini. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mengamalkan senaman yang dapat membantu membina otot seperti lunges dan mengawal pengambilan kalori seharian.

4. Kurang Tidur

A tired sleepless woman with the pillow over her head . Isolated over white.

Apabila tubuh badan anda tidak mendapat rehat selama 7 sehingga 9 jam setiap malam untuk menjadi lebih segar, tubuh badan anda akan mencari cara untuk menggantikan masa rehat tersebut dengan menggalakkan anda untuk memakan makanan yang tinggi kandungan gula. Kajian juga menunjukkan, mereka yang tidur hanya 5 jam semalaman akan menyebabkan risiko berat badan mereka bertambah adalah meningkat sebanyak 32% berbanding mereka yang tidur selama 7 jam atau lebih. Pastikan anda tidur dengan cukup untuk kuruskan badan anda.

5. Lebih Sel Lemak

berat6

Sesetengah daripada anda mempunyai 2 kali lebih banyak sel-sel lemak berbanding yang lain, menurut pakar. Penambahan atau penurunan berat badan tidak akan memberi kesan kepada jumlah sel-sel lemak anda. Ini kerana sel-sel lemak terbentuk didalam tubuh badan anda sejak anda didalam kandungan ibu anda lagi. Ini merupakan salah satu faktor yang anda tidak dapat kawal untuk kurangkan berat badan.

6. Berhenti Merokok

Stop Smoking

Kajian yang dijalankan pada tahun 2012, mendapati mereka yang berhenti menghisap rokok akan mengalami penambahan berat badan kira-kira 4kg sehingga 5kg. Ini kerana, badan anda tanpa pengambilan nakotin, akan menyebabkan selera badan anda meningkat dan boleh menyebabkan anda terlebih makan. Selain itu, tubuh badan anda yang sebelum ini biasa dengan pengambilan nikotin, akan mengalami tahap metabolisme yang semakin berkurang berbanding sebelum ini.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x