Diari Kurus

6 Rahsia Kebaikan Yogurt

yogurt-with-berries-for-web

1

Yogurt atau juga dikenali sebagai dadih adalah merupakan satu bentuk susu, yang diperolehi dari lembu, kambing dan juga kerbau. Ianya berbentuk pekat menjadikan ia berkrim dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Yogurt biasanya didatangi tanpa lemak atau rendah lemak, dan ia didatangi dalam pelbagai jenis rasa dan tekstur. Pengambilan yogurt membuktikan bahawa anda sedang mempunyai diet yang seimbang dan sihat. Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘Nutrition Research’ mendapati bahawa orang yang makan yogurt setiap minggu mempunyai diet dan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan.

berryme-original-plain-tart-frozen-yogurt-flavour-1423367091

  1. Kaya Dengan Vitamin Dan Nutrien

Yogurt sememangnya telah lama dikenali sebagai makanan ringan yang sihat dan baik. Satu hidangan yang bersamaan 226g yogurt sememangnya kaya dengan vitamin dan nutrien yang sihat. Setiap sudu yogurt mengandungi vitamin A, vitamin D, pelbagai vitamin B kompleks termasuk ‘thiamin’, ‘riboflavin’, ‘pyridoxine’, ‘pantothenic acid’, B12, ‘folate’, dan ‘choline’. Dalam yogurt, badan anda mendapat bekalan nutrien yang berguna seperti kalsium, fosforus, zink, magnesium, kalium, dan selenium. Yogurt juga penuh dengan protein. Satu hidangan 226g yogurt rendah lemak mengandungi kira-kira 9g protein.

Young woman in pain lying on bed

  1. Baik Untuk Perut

Bakteria baik yang berada di dalam perut anda bertujuan untuk membantu dalam pencernaan, selain menghasilkan dan memproses vitamin secukupnya, dan juga melindungi kita daripada patogen berbahaya. Yogurt dikenali sebagai makanan “hidup” kerana terdapat bakteria mikroskopik aktif di dalamnya. Bakteria tersebut merupakan bakteria yang baik untuk kesihatan, ia dipanggil probiotik. Terdapat lebih daripada seribu spesis bakteria di dalam usus anda, yang mana semuanya bertarung untuk keluar dan ia akan menentukan sama ada anda berada dalam kesihatan yang baik atau buruk. Bakteria tersebut tidak hanya mengawal sistem penghadaman anda, namun ia juga boleh membantu badan anda bertindak balas lebih baik terhadap sebarang alahan, melawan penyakit, serta mengawal berat badan.

woman-allergy-jpg-1

  1. Meningkatkan Daya Ketahanan

Menurut pendapat daripada seorang pakar di ‘Continuum Center for Health and Healing’, beliau yakin probiotik bermanfaat untuk sistem imunisasi atau ketahanan manusia. Selain itu, satu kajian dari University of Vienna di Austria mendapati bahawa hidangan harian yogurt adalah sama berkesan dalam meningkatkan sistem ketahanan anda. Jika umur anda kian meningkat dan anda bimbang tentang kesihatan serta daya ketahanan anda, yogurt mungkin jawapannya. Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ mendapati keberkesanan yogurt yang boleh menjadi makanan tambahan probiotik untuk meningkatkan beberapa aspek ketahanan dalam kalangan orang tua. Kanak-kanak juga akan mendapat manfaat daripada probiotik yang terdapat dalam yogurt kerana ia telah mengurangkan potensi untuk menghidapi gejala pernafasan serta gastrik.

Happy-young-woman-eating-yogurt-in-kitchen

  1. Menurunkan Berat Badan

Yogurt bukan sahaja lazat, namun ia juga penuh dengan nutrien, yang boleh mengenyangkan perut anda serta membuatkan anda kurang lapar sepanjang hari. Penyelidik di Sepanyol melaporkan bahawa mereka telah membuat satu penemuan iaitu yogurt mampu membantu dalam menurunkan berat badan. Ini adalah disebabkan oleh yogurt mengandungi protein yang tinggi, selain mampu memberi kekenyangan terhadap seseorang individu. Probiotik dalam yogurt juga membantu untuk mewujudkan persekitaran di dalam usus anda yang boleh mendatangkan faedah kepada penurunan berat badan.

youg-woman-eating-yogurt

  1. Menguatkan Tulang

Menurut Yayasan Osteoporosis Kebangsaan, nutrien yang paling penting untuk mengurangkan peluang anda untuk mendapat osteoporosis iaitu penyakit tulang rapuh, ialah dengan  mengambil kalsium dan vitamin D secukupnya. Setiap hidangan yogurt mengandungi 415 miligram kalsium yang bersamaan 42% setiap hari., manakala satu hidangan susu hanya mempunyai 293 miligram kalsium. Ini membuktikan bahawa yogurt adalah sumber yang lebih baik jika dibandingkan dengan susu. Vitamin D adalah penting supaya tubuh badan anda mampu mengendalikan dan menggunakan kalsium, yang terkenal untuk membina tulang yang kuat.

muller-yogurt-topping-ideas6

  1. Menyihatkan Jantung

Menurut kajian, setiap individu akan mengambil lebih garam daripada yang disyorkan untuk diet mereka pada setiap hari. Purata harian natrium yang diambil oleh setiap individu adalah sebanyak 3,592 miligram, manakala jumlah natrium yang disyorkan oleh ‘U.S. Department of Health and Human Services’ (HHS) hanya sebanyak 2,300 miligram setiap hari. Kalium dalam yogurt boleh membantu mengepam beberapa natrium yang berlebihan dari badan. Menurut kajian, probiotik dalam yogurt juga boleh memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah dan menggalakkan kesihatan jantung. Para penyelidik telah mendapati bahawa terdapat mikroorganisma di dalam yogurt yang dapat membantu untuk mengurangkan kolesterol yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit darah tinggi. Ia juga mampu mengawal gula dalam darah kerana enzim dan protein bertanggungjawab untuk pengaliran darah yang baik. Dalam erti kata lain, pengambilan yogurt mampu memberi manfaat untuk kesihatan jantung anda.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x