Diari Kurus

6 Rahsia Lemon Yang Belum Anda Ketahui

lemon

1

Bagaimana anda memulakan hari anda amatlah penting. Samaada anda seorang surirumah, seorang usahawan, atau seorang cikgu, apa perkara pertama yang anda lakukan dipagi hari amatlah penting. Ramai yang memilih secawan kopi untuk untuk sarapan pagi. Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui minum secawan jus lemon yang suam adalh lebih baik berbanding kopi. Kenapa?

1. Penghadaman

lemon1

Jika anda didalam proses menguruskan badan, perkara pertama yang anda perlu mulakan adalah memastikan proses pencernaan anda dalam keadaan yang baik, ianya penting untuk memastikan badan anda membuang bahan buangan yang berlebihan. Asid yang terkandung didalam lemon dapat membantu dalam pencernaan makanan. Itu sebabnya kita memerlukan banyak asid dalam perut kita. Asid dalam perut anda yang akan semakin berkurang apabila umur anda meningkat dan dengan meminum secawan jus lemon setiap hari masalah ini dapat diatasi.

2. Kuruskan badan

diet concept - healthy food

Lemon kaya dengan serat pektin (pectin fibre), sejenis serat yang larut dimana dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar. Terdapat juga kajian yang menunjukkan seseorang yang mengekalkan diet alkali seperti lemon dapat mengurangkan berat dengan lebih cepat. Segelas jus lemon setiap hari dapat meransang pengurangan lemak dalam badan dan juga dapat membantu menghilangkan selulit yang degil di badan anda.

3. Menyegarkan Nafas

lemon3.1

Biarpun lemon bukannya bahan pengganti untuk membersihkan gigi anda, tetapi ianya amat dikenali sebagai bahan untuk menyegarkan nafas anda. Agak sukar untuk mengekalkan nafas yang segar di pagi hari, tetapi dengan meminum jus lemon, ianya dapat membantu anda untuk melawan bacteria yang terdapat di dalam mulut.

4. Merawat Wajah

lemon4

Lemon adalah bahan yang terbaik dalam menghalang penuaan kulit. Seperti buah-buahan lain, lemon penuh dengan vitamin dan antioksida. Vitamin C yang terkandung dalam lemon, membantu anda dalam memperbaharui sel kulit dan membaiki kerosakan kulit kesan daripada kehidupan seharian seperti bekerja di bawah cahaya matahari.

5. Melindungi Kesihatan Badan

lemon6

Lemon yang kaya dengan potasium dapat membantu otak dan saraf berfungsi dan mengawal tekanan darah. Jus lemon juga dapat mengurangkan tekanan dan kemurungan yang berkait rapat dengan kadar potasium yang rendah dalam tubuh badan anda.

6. Mengawal Sistem Imunisasi

lemon5

Vitamin C yang terkandung dalam jus lemon dapat membantu anda membina sistem imunisasi dan seterusnya menghalang anda daripada demam dan selesema. Pakar mengatakan lemon dapat meningkatkan keupayaan badan untuk meresap nutrisi-nutrisi yang penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x