Diari Kurus

6 Rahsia Untuk Elak Makan Makanan Yang Tidak Sihat

elakmakan0

1

Keinginan untuk makan berlebihan dan makanan yang tidak sihat berlaku kepada semua orang dan kebanyakkannya tentu akan mengalah kepada godaan tersebut. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda keinginan tersebut antaranya tekanan di tempat kerja atau hormon yang tidak stabil. Bagi anda yang sukar untuk mengawal godaan anda tersebut, ianya masih belum terlambat untuk anda perbetulkan tabiat anda.

1. Kosongkan Peti Sejuk Anda

elakmakan1.1

Kosongkan peti sejuk dan almari makanan anda daripada makanan yang tidak sihat seperti air soda, makanan segera dan mentega. Makanan-makanan tersebut tidak sihat untuk anda kerana mempunyai kandungan kalori yang banyak. 1 botol air soda kebiasaannya mempunyai 140 kalori, cuba anda gantikan air soda di dalam peti sejuk anda dengan air kosong. Disitu anda telah menjimatkan pengambilan kalori seharian anda sebanyak 140 kalori. Matlamat anda untuk mengurangkan berat badan pasti menjadi lebih mudah jika cara ini anda amalkan.

2. Gantikan Keinginan Anda

elakmakan2

Semasa anda dalam proses untuk menguruskan berat badan anda, tidak digalakkan untuk anda membiarkan perut anda kosong kerana ia akan membuat anda untuk makan lebih banyak diwaktu lain. Jika anda berasa lapar, tidak mengapa untuk makan. Daripada makan kentang goreng atau keropok, gantikannya dengan makan makanan yang lebih sihat. Seperti buah-buahan, oat dan roti whole grain.

3. Masak Makanan Anda

elakmakan3

Makanan yang dimasak di restoran terutama makanan segera kebiasaannya mengandungi kuantiti garam dan minyak yang berlebihan. Memasak makanan yang lazat dan sihat dapat membantu anda untuk mengelak daripada godaan untuk makan di restoran.

4. Sorokkan Makanan Anda

elakmakan4

Sorokkan makanan yang tidak sihat di kawasan yang agak sukar untuk anda ambil dan sebaliknya letakkan makanan yang lebih sihat di kawasan yang mudah anda capai. Ini dapat menggalakkan anda untuk makan lebih sihat. Contohnya, letakkan buah-buahan di kawasan yang berhampiran dengan tempat anda menonton televisyen. Ini dapat membantu anda menjimatkan pengambilan kalori dalam sehari.

5. Elakkan Pencuci Mulut

elakmakan5

Selepas menikmati hidangan, kebiasaannya mulut anda inginkan sesuatu yang manis seperti kek atau aiskrim. Terutama sekali ketika musim panas. Setengah cawan atau satu hidangan aiskrim kebiasaannya mengandungi 137 kalori, yang anda hanya boleh habiskan dalam sekelip mata. Jadi tidak mustahil untuk anda menghabiskan 2 atau 3 hidangan aiskrim dalam satu masa. Sebaliknya anda boleh cuba untuk makan yogurt yang hanya mempunyai 77 kalori untuk setegah cawan sebagai pengganti aiskrim.

6. Kongsi Makanan Anda

elakmakan6

Jangan menolak jika rakan sekerja anda menghadiahkan atau membelanja anda dengan makanan yang tidak sihat seperti sekotak coklat atau 1 set hidangan KFC, sebaliknya bawa makanan tersebut pulang ke rumah dan berikannya kepada jiran atau rakan serumah. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x