Diari Kurus

6 Rahsia Yang Dapat Galakkan Anda Bangun Awal Untuk Bersenam

Pernahkah anda perasan selepas anda bersenam anda akan berasa lebih bertenaga dan produktif sepanjang hari? Ini bukanlah hanya kebetulan. Bersenam di waktu pagi memberi banyak kelebihan terhadap badan dan minda anda. Antaranya adalah, meningkatkan tahap metabolisme dan membantu anda membakar kalori pada kadar yang tinggi sepanjang hari. Terdapat kajian yang menunjukkan bersenam sebelum sarapan pagi boleh menangani kesan daripada makan berlebihan. Kajian menunjukkan seseorang yang berlari atau berbasikal sebelum sarapan pagi akan mangalami pertambahan berat badan hanya sedikit atau tiada berbanding seseorang yang bersenam selepas bersarapan. Jika anda berasa susah untuk bangun dan bersenam dipagi hari, jom cuba kaedah berikut.

1

1. Persediaan Dimalam Hari

trick1

Untuk memastikan anda mengikuti rutin bersenam dipagi hari, persediaan peralatan sukan, baju dan air secukupnya pada malam sebelumnya amatlah diperlukan kerana anda hanya mempunyai masa yang sangat sedikit untuk bersenam dipagi hari. Dengan membuat persiapan awal, anda tidak akan membuang masa dengan mencari baju dan kasut sukan anda.

2. Jauhkan Jam Loceng

trick2.1

Daripada tidur berdekatan dengan jam loceng, cuba anda letakkan jam loceng jauh daripada anda yang boleh memaksa anda bangun daripada katil untuk tutup jam loceng tersebut. Sesudah anda bangun daripada katil, ianya akan lebih senang untuk anda menyarung baju sukan dan terus melakukan rutin senaman pagi. Jika anda menggunakan penggera yang memainkan musik, cuba anda tetapkan lagu yang bertenaga yang sering digunakan sewaktu bersenam, ianya dapat menaikkan semangat untuk anda bersenam dipagi hari.

3. Berteman

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mempunyai rakan ketika bersenam dapat membantu anda lebih bersemangat. Cuba anda membuat temu janji dengan rakan anda dipagi hari. Seperti aerobik di taman atau gym pada pukul 8 pagi. Ini dapat mengelakkan diri anda daripada mencari alasan daripada untuk tidak bersenam.

4. Rakan Baru

Fit women looking at digital table with friends chatting in background in bright exercise room

Bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam dipagi hari jika anda tidak mempunyai rakan untuk meneman anda. Cuba anda pergi ke gym setiap pagi sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, anda akan terbiasa dengan ahli-ahli gym yang lain. Ia akan membuat anda lebih bersemangat kerana anda tahu bahawa mereka akan berada disana dan mungkin akan ada ahli gym yang sedang menanti kehadiran anda.

5. Berikan Badan Anda Masa

trick5

Pada awalnya, amatlah payah untuk bangun awal daripada tidur anda yang penuh nikmat semata-mata untuk bersenam selama 30 minit di gym. Tetapi selepas satu atau dua minggu tubuh badan anda akan terbiasa dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih mudah untuk bangun awal dipagi hari.

6. Ganjaran

Fruit salad and tortilla wraps for a healthy lunch

Bagi anda yang perlukan tenaga sebelum bersenam dipagi hari, amatlah disarankan supaya anda mengambil makanan yang dapat meransang tenaga anda seperti pisang atau sedikit kekacang. Untuk sarapan, buatlah sesuatu yang istimewa sebagai ganjaran terhadap diri anda setelah penat dan untuk segala usaha yang dilakukan semata-mata untuk bersenam. Tetapi, ingat! Jaga pengambilan kalori anda. Ganjaran bukanlah bermaksud anda boleh makan untuk memuaskan nafsu makan anda semata-mata.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x