Diari Kurus

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Epal Setiap Hari

epal0Terdapat lebih 7,500 jenis buah epal, yang mempunyai pelbagai jenis warna termasuk merah, kuning dan juga hijau. Rasanya yang manis dan rangup membuatkan ramai memilih buah epal untuk dijadikan makanan harian mereka. Buah epal boleh dimakan mentah atau dimasak didalam pelbagai jenis masakan termasuk pencuci mulut atau salad. Selain dijadikan jus untuk diminum, buah epal juga boleh dijadikan sebagai snek. Kulit dan isi buah epal yang mengandungi banyak khasiat mampu memberi kebaikan kepada tubuh badan anda untuk kekal sihat.

1

1. Mengurangkan Berat Badan

epal1

Untuk mempunyai berat badan yang ideal dan memastikan kesihatan anda dalam keadaan baik, pakar nutrisi akan menasihati anda supaya untuk memakan lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Makanan seperti buah epal yang tinggi kandungan serat akan membantu anda untuk berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama tanpa kandungan kalori yang banyak. Kajian menunjukkan, buah epal dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme anda dan membantu anda untuk membakar lebih banyak kalori. Selain mengawal berat badan anda, buah epal juga dapat mengurangkan tahap kolestrol didalam tubuh badan anda.

2. Memutihkan Dan Menguatkan Gigi

epal2

Dengan pemakanan buah epal, ia dapat membantu membersihkan gigi dan gusi anda. Selain itu, buah epal juga dapat mengelak gigi anda daripada risiko kaviti. Serat yang terkandung didalam buah epal dapat membersihkan gigi anda dan bahan anti-bakteria yang terkandung didalam buah epal menghalang tubuh badan anda daripada jangkitan kuman dan virus. Hal ini terjadi apabila anda mengunyah buah epal, ia dapat meningkatkan pengeluaran air liur didalam mulut anda yang dapat mengurangkan jumlah bacteria didalam mulut anda dan seterusnya mengurangkan risiko kerosakkan gigi.

3. Jantung Yang Sihat

epal3

Kajian yang dilakukan oleh Woman’s Health Study mendapati wanita yang bersaiz besar akan kurang untuk menghidapi risiko sakit jantung dan penyakit kardiovaskular. Ini disebabkan oleh, dengan memakan buah epal, ia akan mengurangkan tahap kolestrol yang terkandung didalam badan anda dan seterusnya menjadikan ia sebagai mekanisme untuk menghalang anda daripada penyakit kardiovaskular. Kajian yang juga dijalankan di Universiti California, menunjukkan buah dan jus epal dapat melambatkan proses pengoksidaan yang akan menyumbang kepada pembentukkan plak yang akan membawa kepada penyakit jantung. Dengan memakan 2 biji epal atau 300ml jus epal selama 6 minggu, badan anda akan terasa lebih sihat.

4. Memperbaiki Penglihatan

jambu2

Kajian yang dijalankan, membuktikan seseorang yang memakan makanan yang kaya dengan bahan antioksidan seperti buah epal akan mendapat risiko untuk pembentukkan katarak 10% sehingga 15% lebih rendah berbanding mereka yang tidak memakan buah epal. Selain itu, buah epal juga dipercayai dapat menguatkan dan memperbaiki penglihatan anda.

5. Menghalang Daripada Kanser

epal5

Kajian yang telah dilakukan mendapati dengan memasukkan buah epal kedalam pelan diet anda, ia dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko kanser terutama kanser usus dan kanser payudara. Kajian mendapati bahan antioksidan yang tinggi terkandung didalam buah epal menyebabkan hal ini berlaku.

6. Kulit Yang Cantik

epal6

Dengan memakan buah epal, ia dapat membantu anda untuk memiliki kulit yang cantik. Hal ini terjadi disebabkan oleh bahan antioksidan yang terkandung di kulit dan isi buah epal tersebut. Ia dapat membantu anda untuk mengurangkan kedutan dan bintik hitam dimuka anda. Jika anda puas dengan hanya memakannya sahaja, anda boleh cuba menghancurkan buah epal dan campurkannya dengan madu. Hasilnya mungkin akan mengejutkan anda!

• Meet the Author ➞ diarikurus



2 comments… add one
  • saya telah baca resepi utk buat smoothies, saya nak tanya ‘flaks’ yg terkandung dlm resepi tersebut tu apa ya? Adakah ianya sama dgn cornflakes..? Harap dapat beri penjelasan..terima kasih.

    Reply
  • Sy kurang mkn epal, lepas ni perlu mkn selalu bnyk khasiatnya untuk tubuh
    Tq untuk info ni

    Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih 🙂

    https://cuckoodrink.blogspot.my/

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x