Diari Kurus

7 Jenis Makanan Untuk Detox

Detox spelt using fruits and vegetables over white

1

Detox bukan sahaja dapat membantu anda dalam membuang toksin atau bahan-bahan yang tidak sihat keluar daripada badan anda, ianya juga dapat membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Tiada salahnya jika anda menambahkan detox kedalam rutin anda selain bersenam dan diet. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh anda selitkan kedalam menu diet anda dan secara tidak lansung dapat membantu anda membersih dan menurunkan berat badan anda tanpa perlu berlapar atau jus yang mahal.

1. Kubis

detox1

Kubis yang kurang dilihat sebagai makanan popular yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan anda, sebenarnya mempunyai banyak kebaikan. Selain untuk merawat sembelit, sakit kepala , obesiti, penyakit kulit, penyakit sendi , gout, penyakit mata , penyakit jantung , penuaan dan penyakit Alzheimer, kubis juga dapat membantu anda dalam membuang toksin dalam badan anda. Ianya banyak digunakan dalam masakan di Malaysia sama ada secara mentah atau dimasak. Kubis dapat membantu kesihatan hati anda dengan mengurangkan kadar kolesterol. Kubis yang kaya dengan kandungan sebatian sulfur dapat membantu hati anda memecahkan toksin untuk lebih mudah disingkirkan daripada tubuh badan anda. Selain itu, kubis juga kaya dengan vitamin K dan vitamin C serta mengandungai rendah kalori iaitu hanya 11 kalori untuk setengah cawan.

2. Buah Delima

detox2.1

Kebaikan buah delima telah diperakui sejak zaman terdahulu lagi. Dalam sehari, hati anda menggunakan sejumlah besar bahan anti-oksida untuk menyingkirkan dan meneutralkan toksin dan bahan kimia didalam tubuh badan anda jadi dengan pengambilan buah delima kedalam diet dapat membantu anda untuk mempunyai hati yang sihat. Buah delima yang kaya dengan anti-oksida juga dpat membantu tubuh badan anda untuk melawan penyakit dan meningkatkan sistem imunisasi anda serta membantu anda dalam melancarkan sistem penghadaman anda.

3. Bawang Putih

Close up of purple garlic bunch

Dengan penggunaan bawang putih kedalam masakan anda dapat membantu anda dalam proses membuang toksin keluar daripada tubuh badan anda. Bawang putih merupakan sumber yang bagus untuk membantu hati anda dalam menghasilkan glutathione iaitu salah satu bahan antioksidan yang penting dalam tubuh badan anda. Bawang putih juga yang kaya dengan vitamin C dapat membantu menguatkan sistem imunisasi dan kesihatan hati anda.

4. Teh Hijau

detox4.1

Bagi anda yang ingin menguruskan badan, sudah semestinya anda berusaha memastikan jumlah pengambilan air seharian anda mencukupi dan kadang kala sukar bagi anda untuk menghabiskan 3 liter air kosong dalam sehari. Mungkin anda boleh cuba selitkan air teh hijau untuk memudahkan anda menghabiskan sejumlah air yang banyak dalam sehari. Dengan meminum teh hijau secara kerap, ia dapat membantu anda untuk memastikan hati anda berfungsi dengan baik dan sihat. Teh hijau yang kaya dengan bahan antioksidan yang dikenali sebagai Epigallocatechin gallate (EGCG) dapat menghalang sel-sel sihat didalam tubuh badan anda rosak atau mati .

5. Lemon

detox5

Salah satu kebaikan yang boleh diperoleh daripada pengambilan lemon adalah ia dapat membantu anda untuk menyingkirkan toksin didalam tubuh badan anda. Lemon mengandungi bahan antioksidan yang dikenali sebagai d-limonene, yang dibuktikan dapat mengaktifkan enzim didalam hati yang merupakan sebahagian daripada proses detox. Selain itu, lemon juga dapat membekalkan anda dengan vitamin C untuk menguatkan tahap imunisasi dan juga meningkatkan tahap metabolisme anda. Dengan meminum lemon, ianya juga dapat membantu melancarkan sistem penghadaman anda.

6. Serai

detox6

Serai yang banyak digunakan didalam masakan terutama di Malaysia dapat membantu anda dalam membersihkan toksin yang berbahaya keluar daripada tubuh badan anda. Ianya bukan sahaja meningkatkan kesihatan hati, tetapi ianya juga dapat membantu anda dalam memastikan kesihatan buah pinggang dan pundi kencing. Selain itu, ianya juga membantu melancarkan pengaliran darah dan penghadaman anda serta mengurangkan tekanan dan juga menjadikan kulit muka anda bertambah cantik.

7. Brokoli

detox7

Anda mungkin sudah berulang kali membaca tentang kebaikan yang anda boleh peroleh dengan pengambilan brokoli didalam hidangan anda. Antara kebaikannya adalah ianya dapat mencegah pertumbuhan kanser. Selain itu, kajian yang dilakukan juga menunjukkan brokoli dapat membantu anda dalam menyingkirkan toksin keluar daripada tubuh badan anda. Kajian telah dilakukan keatas penduduk China yang tinggal dikawasan udara tercemar dengan memberi makan brokoli dan hasilnya menunjukkan mereka yang memakan brokoli dapat membuang jumlah toksin yang banyak berbanding mereka yang tidak memakan brokoli.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x