Diari Kurus

7 Kesalahan Besar Semasa Anda Berdiet

dietsalah0

1

Anda sedang berdiet tetapi berat badan anda tidak menunjukkan sebarang penurunan? Ini mungkin disebabkan oleh kesilapan yang mungkin anda lakukan semasa berdiet tanpa anda sedari. Pakar mendapati apabila seseorang sedang berdiet, dia berkemungkinan mengambil lebih kalori tanpa disedari. Bagi anda yang baru ingin berdiet, amatlah disarankan untuk anda tidak fikir yang anda sedang berdiet tetapi cuba anda fokus kepada tabiat harian anda yang menyebabkan berat badan anda bertambah. Jika anda terlalu memikirkan yang anda sedang berdiet, ia akan menyebabkan anda menjadi lebih obsesi dan kempunan kepada makanan. Anda mungkin tidak perasan bahawa tabiat harian anda seperti makan sambil memasak dan meminum segelas atau lebih minuman ringan akan menyebabkan matlamat anda untuk menguruskan berat badan musnah.


1. Kalori Yang Terlalu Sedikit

dietsalah1.1

Bagi anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam tempoh masa yang singkat, mungkin anda pastikan pangambilkan kalori seharian anda adalah dalam jumlah seminimum yang mungkin iaitu hanya dengan memakan sup sayur atau telur rebus. Dengan kaedah ini, sudah semestinya ia dapat mereliasasikan impian anda tetapi dengan pengambilan kalori yang terlalu sedikit akan menyebabkan tahap metabolisme anda menjadi rendah. Apabila anda berhenti mengamalkan diet ini, badan akan membakar kalori lebih perlahan daripada sebelumnya dan akan menyebabkan berat badan anda bertambah semula.

2. Hilang Kawalan Semasa “Cheat Day”

dietsalah2

Istilah “cheat day” sering kali digunakan bagi anda yang sedang berdiet. “Cheat day” merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan kerana ianya merupakan hari untuk anda “bercuti” daripada mengamalkan pelan diet anda. Kaedah ini dapat mambantu memenuhi keinginan anda dan jika ia dilakukan dengan betul ia akan membantu anda untuk meningkatkan tahap metabolisme dan membakar kalori dengan lebih efisien. Masalah akan timbul apabila anda seakan-akan berpesta makanan dihari tersebut. Ramai diantara anda mengambil makanan yang tinggi kalori dalam jumlah yang banyak dan ini akan menyebabkan segala usaha anda selama berhari-hari musnah dalam sekelip mata sahaja. Masalah ini boleh diatasi jika anda gantikan “cheat day” dengan “cheat meal” untuk setiap minggu. Dimana anda makan hidangan pizza atau KFC hanya sekali dihari tersebut dan bukannya untuk sepanjang hari.

3. Tidak Bersarapan

dietsalah3

Mungkin anda fikir dengan tidak bersarapan dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori seharian anda tetapi kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang tidak bersarapan akan cepat berasa lapar dan akhirnya mereka akan makan lebih banyak berbanding mereka yang bersarapan. Makanan yang beasaskan protein seperti telur rebus amatlah disarankan untuk sarapan pagi kerana ianya dapat membantu anda untuk berasa lebih kenyang sepanjang hari.

4. Minuman Berkalori

Multi-color cool soft drink with straw on isolated white background

Dalam pengiraan kalori, ramai yang terlepas pandang untuk mengira jumlah kalori didalam air. Kalori yang datang daripada kopi berkrim, jus buah-buahan dan soda juga boleh menyumbang kepada penambahan berat badan anda. Semua minuman mempunyai kalori kecuali air kosong atau air yang tidak mengandungi gula. Lebih teruk, dengan meminum semua minuman yang mempunyai kalori tinggi, ianya tidak dapat membantu untuk menghilangkan rasa lapar. Adalah lebih baik jika anda gantikan minuman berkalori dengan air kosong. Bukan sahaja dapat menjimatkan jumlah pengambilan kalori, tetapi air kosong juga dapat memberi kebaikan dari segi kecantikan kepada anda seperti kulit yang berseri-seri dan rambut yang sihat.

5. Kurang Makan Hasil Tenusu

Uzes (Gard, Languedoc-Roussillon, France) - Old typical grocery store: shelf with boxes, bottles and cans

Pengambilan keju dan susu penuh lemak amatlah tidak disarankan jika anda ingin mengurangkan berat badan tetapi tidak perlulah sehingga tidak memakan lansung hasil tenusu. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan, seseorang akan membakar lemak lebih banyak apabila tubuh badan mereka mempunyai jumlah kalsium yang mencukupi dan menghasilkan lemak lebih banyak jika kekurangan kalsium didalam tubuh badan mereka. Dipasaran terdapat banyak hasil tenusu yang mengandungi jumlah kalori yang sedikit seperti yogurt dan susu rendah lemak, jadi sudah tidak menjadi alasan untuk anda tidak makan hasil tenusu.

6. Matlamat Yang Tidak Munasabah

common mistakes in setting goals (too many, too big, not specific, not written) - concept presented with sticky notes and white chalk handwriting on blackboard

Disebabkan majlis istimewa seperti majlis pernikahan dalam masa terdekat, ramai dikalangan anda menetap matlamat untuk mengurangkan berat badan dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat seperti menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 1 bulan. Untuk mendapatkan hasil sebegitu akan memerlukan anda untuk bersenam dengan lebih banyak dan mengamalkan diet yang ketat dan akhirnya akan membuat badan anda mudah berasa letih. Jika anda mengamalkan diet dengan matlamat seperti tersebut dan hanya hilang 3kg dalam masa 1 bulan, anda mungkin akan berasa sedih dan kemungkinan besar akan kembali kepada tabiat pemakanan sebelum ini. Adalah disarankan untuk anda tetapkan matlamat yang anda boleh kecapi seperti 1kg dalam tempoh seminggu.

7. Tidak Memakan Snek

dietsalah7

Untuk meningkatkan tahap metabolisme, anda perlu makan setiap kali dalam tempoh 3 ke 4 jam. Kajian menunjukkan seseorang yang memakan beberapa hidangan kecil dan snek dapat mengawal rasa lapar dan dapat mengurangkan berat badan. Disarankan untuk anda memakan snek yang sihat seperti kacang badam atau buah-buahan diantara waktu sarapan dan tengah hari jika tempoh masa kedua-dua waktu tersebut lebih daripada 4 jam.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x