//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

7 Makanan Yang Memberi Kesan Menakjubkan Untuk Mengempiskan Perut

Ramai yang tidak tahu, untuk menjaga perut, seseorang haruslah menjaga makan dengan memilih makanan yang sihat serta mempunyai serat dan protein yang tinggi. Selain itu, anda juga harus memastikan makanan tersebut mengandungi kandungan lemak yang rendah.
Menurut seorang ahli diet dan diabetes di Blue Cross Blue Shield of Michigan, Rahmat Derocha, selain bersukan, kunci utama untuk memperoleh bentuk tubuh yang diinginkan terletak pada makanan yang kita ambil.

1.1

Dengan pengambilan serat, anda akan merasa kenyang dengan masa yang lebih lama. Maka dengan memperbanyakan pengambilan makanan yang mengandungi serat, ia dapat membantu melancarkan pencernaan sekaligus memperkecilkan perut dan pinggang anda.
Ini adalah beberapa makanan yang mengandungi serat yang harus anda ambil setiap hari.
1. Rasberry

2.1
Pernahkah anda mencuba sirup frambozen? Sirup frambozen merupakan sari dari buah raspberry. Buah ini mengandungi sejumlah besar antioksidan dan vitamin C yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Tapi tahukah anda, meskipun ukurannya kecil, ternyata buah ini menjadi salah satu makanan yang mempunyai kadungan serat paling tinggi. Sekitar 20% serat per berat total buah. Dengan memakan buah ini, ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

 
2. Paprika
Mengambil paprika sebelum makan dapat mempercepatkan metabolisme dan membantu membakar banyak kalori secara lebih cepat. Seorang pelatih kesehatan, Dr Lori L. Shemek, menyarankan anda untuk mengambil paprika kurang lebih 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan metabolisme tubuh anda.
3. Kacang-Kacangan

4.1
Kekacang merupakan makanan yang kaya akan serat dan memiliki kandungan serat cukup tinggi. Jenis kekacang yang mempunyai serat yang tinggi adalah walnut, almond dan kacang gajus. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil kacang-kacangan secara teratur akan lebih berpeluang menurunkan berat badannya. Makanan ini sangat sesuai dijadikan snek bagi anda yang sedang diet.
4. Gandum5.1
Gandum adalah makanan pilihan bagi mereka yang serius dalam menjalankan program diet. Makanan kaya serat ini dapat anda peroleh pada roti gandum dan oatmeal. Dengan pengambilan gandum setiap hari, anda akan mengurangi kadar lemak pada bahagian perut. Gandum ini juga berkhasiat dalam menjaga kadar gula darah dalam tubuh, kerana anda tidak akan merasakan lapar secara tiba-tiba.
5. Avacado/Alpukat

6.1
Buah yang manis ini juga boleh membantu mengecilkan perut anda. Sekalipun buah ini sangat manis, ia hanya mengandungi sedikit gula dan banyak kandungan serat. Terdapat sekitar 1,40 gram serat per 100 gram buah avocado. Lemak yang terkandung dalam avocao sangat mudah dicerna oleh tubuh,dan mampu mengurangi kadar lemak tepu/kolesterol. Buah ini sangat disarankan untuk digunakan dalam menu masakan anda.

 

6. Yogurt

7.1
Yogurt adalah makanan yang sangat bermanfaat bagi sistem pencernaan. Anda juga boleh menjadikan yogurt sebagai alternative untuk diet. Ini kerana , yogurt mengandung gizi yang sangat tinggi sedangkan kandungan lemaknya rendah. Selain itu, bakteri Lactobacillus bulgaricus yang terkandung di dalamnya juga mampu merangsang gerakan usus dan memperbaiki pencernaan.
7. Minyak Zaitun

8.1
Jika anda termasuk orang yang mudah lapar, maka ada baiknya anda mengambil 2 sudu makan minyak zaitun 2 jam sebelum makan. Hal ini dapat meningkatkan hormon Leptin dalam darah sehingga dapat menghilangkan rasa lapar dan membakar kalori dalam tubuh. Anda juga boleh mencampurkan sedikit minyak zaitun pada menu makanan, contohnya pada yogurt dan oatmeal. Minyak zaitun tidak hanya baik untuk diet malah turut bermanfaat untuk kesihatan jantung.

 

9.1

Sedarkah anda masalah perut buncit boleh disebabkan oleh masalah penyerapan dalam sistem pencernaan.Kebanyakan individu merasa susah untuk mengempiskan kembali perut mereka tanpa mereka sedar mereka hanya perlu mengambil makanan yang mempunyai kaya serat. Dengan pengambilan makanan yang mempunyai serat yang tinggi, anda akan merasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan juga dalam masa yang sama anda boleh menjaga sistem pencernaan anda.

• Meet the Author ➞ diarikurus



2 comments… add one

Leave a Comment

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x