Diari Kurus

7 Rahsia Kebaikan Minyak Zaitun

olive oil on wooden table

1

Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi daripada buah Olea europaea (pokok zaitun) yang banyak ditanam di kawasan Mediterranean. Selain untuk masakan, minyak zaitun juga digunakan untuk kosmetik, perubatan, sabun dan juga bahan api untuk lampu tradisional. Biarpun minyak zaitun berasal daripada kawasan Mediterranean, ianya telah digunakan oleh penduduk di serata dunia. Terdapat banyak kebaikan minyak zaitun yang boleh anda perolehi dan sehingga ke hari ini, para penyelidik masih melakukan kajian unutk mendedahkan lebih banyak kebaikannya.

1. Menguruskan Badan

minyakzaitun1

Kajian yang menunjukkan dengan menggantikan lemak tepu ( minyak kelapa dan minyak kelapa sawit) dengan lemak tidak tepu (unsaturated fat) terutamanya minyak zaitun, dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan tanpa perlu berdiet atau melakukan senaman yang berat. Selain itu, minyak zaitun juga dapat mengurangkan tahap kolestrol yang dimana dapat mengurangkan risiko anda daripada menghidapi sakit jantung.

2. Kecantikkan

Close-up, beauty portrait of a smiling, beautiful, young woman gently holding her face between hands. Shallow DOF. Developed from RAW; retouched with special care and attention; Small amount of grain added for best final impression. Adobe RGB color profile.

Minyak zaitun yang kaya dengan pelbagai nutrisi dapat memberi anda kecantikan daripada hujung rambut ke hujung kaki. Bahan-bahan antioksidan yang terkadung didalam minyak zaitun antioksidan dapat melindungi kulit wajah anda daripada proses penuaan kulit. Selain itu, minyak zaitun yang juga kaya dengan vitamin E dapat melembutkan dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang dimana boleh menyebabkan anda mendapat kanser kulit. Selain untuk kulit wajah anda, minyak zaitun juga boleh disapu di bibir anda. Jika bibir anda mudah kering terutama sekali dengan cuaca yang panas sekarang, anda boleh gantikan lip balm anda dengan bahan yang lebih semulajadi seperti minyak zaitun. Pada zaman Mesir dahulu kala sehinggalah sekarang, minyak zaitun juga digunakan untuk merawat rambut.

3. Menguatkan Tulang

kari2.1

Minyak zaitun yang kaya dengan lemak tidak tepu dapat meningkatkan ketumpatan tulang anda. Selain itu, dengan pengambilan minyak zaitun, ia dapat membantu wanita yeng mengalami tempoh menopaus untuk mendapat tulang yang sihat.

4. Menghalang Risiko Alzheimer

minyakzaitun3

Minyak zaitun dapat memulihkan fungsi kognitif tertutama kepada golongan warga emas. Kajian yang dilakukan oleh Unversiti Florence menunjukkan dengan pengambilan minyak zaitun kedalam diet, dapat mengurangkan atau risiko untuk menghidapi penyakit Alzheimer. Dengan pengambilan minyak zaitun, ianya dapat menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan dengan otak seperti ketidak seimbangan kandungan air dan tidak keseimbangan aktiviti sistem saraf.

5. Memperbaiki Penglihatan

minyakzaitun5

Dengan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, ianya dapat menghalang daripada mendapat penyakit mata. Terdapat kajian yang menunjukkan, diet pemakanan yang mengandungi Omega 3 seperti minyak zaitun dapat menhindari mata anda menjadi kering. Selain itu, minyak zaitun juga disarankan jika anda jika anda inginkan penglihatan yang sihat.

6. Bantuan Ketika Kehamilan

minyakzaitun6

Selain daripada menghilangkan kesan regangan ketika mengandung, khasiat-khasiat yang terkandung didalam minyak zaitun juga dapat memberi kebaikan bukan sahaja kepada ibu mengandung tetapi juga dapat memberi kebaikan kepada anak di dalam rahim. Vitamin A yang terkandung didalam minyak zaitun dapat melindungi bayi di dalam rahim anda darida jangkitan dan juga dapat mempertingkatkan penglihatan bayi anda. Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan tumbesaran bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengamalkan minyak zaitun kedalam diet lebih baik berbanding ibu yang tidak mengamalkan pemakanan minyak zaitun.

7. Baik Untuk Jantung

Woman Making Heart Shape with Hands

Umum ketahui, jantung anda akan berusia seiring dengan umur anda. Jantung anda kemungkinan tidak berfungsi seperti ketika anda muda jika tidak dijaga dengan baik dan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Terdapat kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa dengan memasukkan minyak zaitun kedalam diet anda, ia dapat memperbaiki fungsi arteri dan seterusnya dapat menghalang anda daripada penyakit jantung.

• Meet the Author ➞ diarikurus



2 comments… add one
  • Hi admin, do you need some fresh posts on your blog? Daily updates will rank your blog higher in google, if you are too lazy to write everyday, search
    in google for:
    Turus’s Essential Tool

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x