Diari Kurus

7 Rahsia Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Selamat

Close-up of a woman in sportswear measuring her waist

1

Semasa didalam proses berdiet, masalah yang selalu dihadapi oleh anda adalah ianya sering kali dikaitkan dengan proses tersebut terlalu sukar untuk dilaksanakan dan mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil yang diingini. Tetapi terdapat pelbagai cara untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan anda dengan selamat dalam tempoh yang singkat. Amatlah diingatkan, untuk memastikan anda sentiasa menurunkan berat didalam tempoh masa yang lama dengan konsisten dan secara sihat, anda perlu mengambil berat tentang permakanan anda dan bukannnya mengamalkan prinsip “makan sedikit, bergerak banyak” kerana badan anda memerlukan nilai-nilai nutrisi yang terkandung didalam pemakanan sihat anda. Maka, penting untuk anda mengamalkan kaedah-kaedah berikut untuk menguruskan badan dalam masa yang cepat dengan selamat.


1. Bahagi 2 Pengambilan Karbohidrat Anda

kuruscepat

Tidak perlu anda tinggalkan terus karbohidrat seperti nasi, roti dan pasta daripada pelan menu makanan anda unutk menurunkan berat badan , cuma cukup hanya dengan mengurangkannya separuh daripada pengambilan anda yang biasa. Ini kerana karbohidrat amat penting kepada tubuh badan anda untuk membekalkan anda tenaga. Dengan pengambilan karbohidrat, badan anda memproses kabohidrat tersebut untuk ditukarkan menjadi glukosa (gula), yang digunakan sebagai tenaga kepada sel-sel didalam tubuh badan anda seperti otak dan otot.

2. Kurangkan Pengambilan Sodium

kuruscepat2

Sodium mempunyai 0 kalori dan tidak memberi kesan secara lansung kepada lemak badan anda. Walau bagaimanapun, terdapat makanan segera yang mengandungi tinggi kandungan sodium dan juga kalori yang akan menyumbang kepada kenaikan berat badan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk menghadkan pengambilan sodium bagi orang dewasa hanya sebanyk 5 gram sehari tetapi satu kajian dijalankan, menunjukkan pada tahun 2012, secara purata pengambilan garam orang dewasa di Malaysia adalah sebanyak 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan saranan WHO. Pengambilan sodium berkait rapat dengan kadar penyimpanan air didalam tubuh badan anda. Dengan menghadkan pengambilan sodium sebanyak 1.5 gram sehari dapat mengurangkan jumlah air dalam badan anda lebih kurang 600 ml dan 0.57kg berat badan anda dihari pertama. Jika anda mengamalkan kaedah ini selama seminggu, berat badan anda akan berkurang lebih kurang sebanyak 1.4 kg.

3. Minum Air Kosong

young teenager drinking water after exercise.

Mungkin sudah beribu kali anda mendengar tentang kepentingan meminum air jika anda ingin menurunkan berat badan. Ini kerana, dengan meminum air kosong yang banyak, ianya dapat membantu mengurangkan rasa lapar anda dan meningkatkan tahap metabolisme anda sebanyak 3%. Apabila tubuh badan anda kekurangan air, ia akan memperlahankan tahap metabolisme anda dan menyukarkan tubuh badan anda untuk membakar kalori. Untuk menghalang anda daripada bosan meminum air, anda boleh perahkan sedikit lemon kedalam minuman anda.

4. Kawal Persekitaran Anda

kuruscepat4

Anda tidak akan dapat mengawal persekitaran diluar kawasan rumah anda, tetapi anda dapat mengawal apa yang ada dan terjadi didalam rumah atau ruang peribadi anda. Apa yang terdapat didalam rumah anda seperti makanan semuanya bergantung kepada keputusan anda. Jika rumah anda penuh dengan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan dan segera, kemungkinan impian anda untuk menguruskan badan tidak akan tercapai. Perbanyakkan makanan sihat dirumah anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dijadikan snek apabila anda lapar.

5. Sibukkan Diri

kuruscepat5

Dihari minggu ramai diantara anda memilih untuk berehat dirumah setelah penat bekerja selama berhari-hari. Sementara anda berada dirumah, cuba anda sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang sihat seperti mengemas rumah atau berkebun. Dengan melakukan kaedah ini, ia dapat membantu menyibukkan diri anda dan mengelak anda daripada makan secara berlebihan. Tambahan, dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut ia dapat membantu anda untuk membakar lebih banyak kalori.

6. Mengangkat Berat

kuruscepat6

Dengan mengangkat berat, ia dapat membantu tubuh anda untuk membina otot tanpa lemak (lean muscle). Otot tanpa lemak dapat membantu anda untuk membakar lebih banyak kalori dan membantu anda untuk mempunyai tubuh badan yang ideal dalam masa yang singkat. Anda boleh membeli alat pemberat 5kg atau hanya gunakan peralatan dirumah seperti tong minyak masak untuk melakukan senaman tersebut.

7. Bersenam

kuruscepat7

Tiada jalan pintas untuk anda menguruskan badan dalam masa yang singkat dengan selamat. Senaman amat diperlukan jika anda ingin mengurangkan berat badan dalam masa singkat. Hanya peruntukkan 20 minit daripada jumlah masa anda untuk bersenam (bergantung kepada jenis senaman) sudah dapat membantu anda membakar lebih kurang 100 kalori. Bukan alasan untuk anda tidak bersenam walaupun anda sibuk dengan kerja contohnya anda boleh menggunakan tangga untuk naik ke pejabat atau meletakkan kenderaan anda jauh daripada pejabat anda untuk menggalakkan anda berjalan lebih banyak. Berikut adalah jumlah kalori yang anda dapat dibakar jika anda melakukan aktiviti tersebut selama 20 minit.

kuruscepat7.8

*Pengiraan berdasarkan wanita yang mempunyai berat 60kg

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x