Diari Kurus

7 Tips Gempak Untuk Maintain Seksi & Kurus Selepas Hari Raya!

Belum terlambat jika nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin. Semoga hari raya tahun ini lebih meriah dari tahun sudah. Insya- Allah!

1

kurus selepas hari raya diari kurus

Ok, topik ini agak ‘hot’ selepas hari raya. Badan naik, badan naik, badan naik! Selepas 30 hari berpuasa, sudah tentu ada pengurangan berat badan yang dialami. Badan jadi ringan dan perut makin kempis. Pun begitu, tiba sahaja 1 Syawal, nafsu yang dikawal selama 30 hari bagai tidak boleh dibendung. Mulalah pesta makan besar besaran hingga berat badan naik mendadak.

Jangan risau, jika anda alami masalah sebegitu, kami akan kongsikan kepada anda 7 tips gempak dan awesome untuk anda maintain berat badan, kurus dan seksi walaupun banyak rumah terbuka untuk anda hadiri! 

Tips 1 : Banyakkan minum air kosong

Ini tips paling senang. Serius. Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.

Tips 2 : Detox! Detox! Detox!

Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan. Resepinya ada kami kongsikan disini

Tips 3: Makan dalam pinggan kecil

Yup! Elakkan ambil pinggan besar. Serius!

Tips 4: Beritahu kawan anda tengah diet

Kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin mereka akan ejek anda, tapi jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5!

Tips 5: Makan buah-buahan

Makan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi.

Tips 6: Berhenti sebelum kenyang!

Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan amalan ini.

Tips 7: Puasa 6

Ya.. ini tips paling agung sebenarnya. Puasa 6. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar diri erti sabar…

Tips ekstra : Gunakan formula atau makanan tambahan

Sesetengah dari kita sukar untuk menurunkan berat badan. Ia mungkin berkaitan dengan metabolisma badan, anda tidak boleh mengawal nafsu makan atau boleh jadi anda kurang bergerak setiap hari. Justeru, pengambilan makanan tambahan seperti ‘fat burner’ dibolehkan. Dengan syarat, ia bukan hanya membakar lemak, tetapi ia mempunyai kandungan untuk mengenyangkan anda selepas anda mengambilnya. Kami cadangkan anda mengambil ASSEZ SLYMM untuk tujuan itu.

Jadi.. anda ada cadangan lain untuk tips kurus selepas raya ini? Jom kongsi dengan kami di bahagian komen di bawah.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x