Diari Kurus

8 Cara ‘Shopping’ Bantu Anda Kurus Dan Lebih Cergas

women-entrepreneurs-Retail-Shopping-and-Tourism

1

Wanita mana yang tidak suka jika diajak keluar shopping atau membeli-belah. Wanita dan shopping memang sukar untuk dipisahkan. Apabila menyebut perkataan shopping ini, seakan ada magnet yang menarik lantas membuatkan wanita akan berasa gembira dan bersemangat apatah lagi jika ada yang sudi menampung perbelanjaannya. Jika tidak membeli sekalipun kerana kekangan kewangan, mereka tetap juga masih gemar untuk keluar window shopping dan sekadar mencuci mata. Bagi mereka, walaupun tidak membeli barang, berjalan-jalan di pusat membeli belah sudah memadai. Shopping itu dianggap terapi, namun tahukah anda aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk kekal langsing secara tidak langsung?

Topik tips jadi langsing dan kurus kali ini, kami kongsikan 8 cara bagaimana dengan membeli-belah ia dapat membantu anda lebih cergas dan cepat kurus.

1. Alas perut sebelum keluar

Pastikan sebelum keluar membeli-belah, anda sudah mengalas perut anda dengan makanan. Ini untuk mengelakkan anda dari membeli makanan ringan yang banyak dijual di kedai-kedai dalam pusat membeli-belah. Jika berasa lapar atau inginkan kudapan, beli dan makan buah-buahan potong untuk kekalkan tenaga. Jangan lupa bawa sekali air putih.

2. Pakai kasut yang selesa
Pastikan anda memakai kasut yang selesa seperti flats atau sneakers. Ini penting untuk anda kekal selesa untuk berjalan lebih jauh dan lama. Sudahlah anda berjaya membakar banyak kalori, kaki juga tidak sakit.

3. Parkir kenderaan jauh

Letak kenderaan anda di kawasan yang agak jauh dari lif atau eskalator. Lebih bagus jika anda parkir kereta di luar kawasan pusat membeli-belah. Ini memerlukan anda untuk berjalan lebih jauh dan berpeluh.

200142266-001

4. Gunakan tangga

Jika boleh, gunakan tangga berbanding naik lif atau eskalator bagi setiap tingkat di pusat membeli-belah itu. Anda mungkin tidak sedar, ini akan membuatkan otot-otot kaki dan paha anda lebih kuat dan sihat. Ditambah pula jika anda mengangkat barangan yang dibeli. Pendek kata, ini seperti latihan untuk bisep dan trisep anda!

5. Bawa shopping bag bersama

Pastikan anda membawa troli, bakul atau ‘shopping bag’ bersama anda. Ini  boleh dikatakan sebagai beban dan anda secara tidak langsung menolak badan anda untuk membawa beban ini. Jika ada anak kecil, elakkan dari membawa trolinya. Lebih baik anda bergilir-gilir mendukung si kecil kerana dengan cara ini turut membantu anda lebih dekat selain mengeratkan hubungan dengan anak dan pasangan.

6. Pusing setiap tingkat

Jika anda ingin membeli sesuatu barang, pastikan anda berjalan-jalan dan pusing di setiap tingkat. Kemudian, barulah anda menuju ke kedai yang anda inginkan. Ini cukup untuk buat lemak-lemak anda dibakar dengan cepat dan keluar peluh.

7. Berdiri sebelah kaki

Ketika anda beratur untuk membayar di kaunter,  seeloknya anda berdiri dengan sebelah kaki dan selang-selikan dengan sebelah lagi kaki. Ini untuk kekuatan kaki dan otot-otot. Tapi janganlah terlalu ketara. Bimbang orang memandang serong pula pada anda.

8. Postur badan ketika memilih barang

Jika anda ingin mengambil barang di rak yang paling rendah, anda secara tidak langsung boleh duduk dalam posisi squat dan tahan untuk beberapa saat.

Kesemua cara ini bukan ditujukan khas buat kaum wanita sahaja. Kaum lelaki juga boleh praktikkan sama ada keluar bersendirian atau bersama rakan-rakan. Tetapi, lebih seronok kalau dapat keluar membeli-belah dengan pasangan masing-masing. Jika boleh elakkan dari menjadi ‘penunggu kaku’ yang menghabiskan masa dengan telefon bimbit. Sebaiknya anda juga turut berada di samping pasangan kerana dari situ anda bukan sahaja dapat membakar lemak-lemak di tubuh, malahan dapat mengawal perbelanjaan masing-masing.

Sumber

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x