Diari Kurus

8 Faktor Menghalang Anda Daripada Kurus

Penat bersenam dan berdiet mengalahkan atlet sukan tetapi masih tidak dapat turunkan berat badan? Berikut mungkin satu atau lebih faktor yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda.

1

1. Terlebih Makanan Sihat

takkurus1

Kekacang, minyak zaitun dan roti whole grain adalah makanan yang sihat dan semula jadi tetapi kesemuanya tetap mempunyai kalori. Anda masih perlu mengawal pengambilan makanan-makanan yang sihat. Contohnya, umum ketahui kacang almond amatlah sihat untuk badan anda tetapi secawan kacang almond mempunyai 529 kalori, lebih daripada 30% keperluan kalori seharian anda.

2. Anda Stress

takkurus2

Jangan stress jika anda ingin kurus! Kerana apabila anda tertekan ianya akan menyebabkan pengeluaran kartisol secara berlebihan dan akan mengakibatkan tahap metabolisme anda berkurang dan menggalakkan anda untuk makan lebih banyak. Cuba kurangkan tekanan anda dengan melakukan yoga atau meluangkan lebih masa dengan orang tersayang.

3. Anda Tidak Bersarapan Pagi

takkurus3

Pengambilan kalori mungkin dapat dikurangkan jika anda tidak bersarapan tetapi kebanyakkan orang yang bersarapan selalunya akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih banyak. Mulai pagi esok, pastikan anda bersarapan pagi untuk meningkatkan tahap metabolism anda. Jangan hanya makan apa sahaja untuk sarapan tetapi cuba anda selitkan protein dalam diet anda seperti telur untuk kekalkan tenaga anda dan serat seperti lobak untuk mengenyangkan perut anda lebih lama.

4. Minum Kopi Terlalu Banyak

takkurus4

Sesetengah pakar nutrisi menggalakkan anda meminum kopi untuk mengurangkan berat badan kerana ia akan meningkatkan tenaga seharian anda. Tetapi pengambilan yang banyak juga tidak sihat untuk badan anda. Ini kerana kaffein meransang pengeluaran adrenalin yang dimana akan meningkatkan gula dalam darah. Jika kebanyakkan masa anda hanya duduk bersahaja, gula dalam darah yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak di dalam badan anda.

5. Anda Tidak Mengamalkan Sukatan Makanan

takkurus5

Dalam mengamalkan diet seimbang, kita ketahui bahawa sukatan makanan adalah satu kunci untuk berjaya. Pastikan anda tegas dalam menyukat makanan anda seperti menggunakan tapak tangan untuk menyukat jumlah nasi yang diperlukan dalam sehari.. Pastikan anda tidak mengambil makanan lebih daripada sukatan dalam pelan diet anda.

6. Pengaruh Rakan

takkurus6

Rakan anda mempunyai pengaruh besar dalam anda menjalani kehidupan seharian anda. Diet pemakanan mereka berbeza dengan anda. Mereka mungkin akan memesan pizza daripada Domino’s Pizza atau ayam goreng daripada KFC diwaktu malam. Amatlah penting anda berkongsi matlamat anda untuk menguruskan badan kepada rakan anda supaya mereka dapat membantu anda dalam mencapai matlamat anda.

7. Kurang Tidur

takkurus7

Anda yang bekerja mengikut waktu pejabat, kebanyakkan akan memilih waktu malam untuk bersenam. Komitmen dalam bersenam boleh membuat masa anda untuk tidur berkurang. Penting bagi anda untuk mempunyai tidur cukup jika ingin kuruskan badan. Anda memerlukan tenaga tambahan untuk seiring dengan rutin senaman anda dan tidur yang kurung boleh mengganggu kebolehan badan anda untuk mengawal selera makan.

8. Kerap Makan Diluar

takkurus8.1

Disebabkan kerja dan kekangan masa, ramai mengambil pilihan untuk makan diluar berbanding memasak dirumah. Apabila anda makan diluar, anda tidak dapat mengawal kandungan kalori dalam makanan sepertimana yang anda mahukan. Kebanyakkan kedai makan menggunakan garam, MSG dan minyak yang banyak dalam penyediaan masakan. Selain membantu anda mengurangkan berat badan, makan masakan di rumah dapat mambantu anda berjimat.

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one
  • Salam… Saya baru memulakan proses menguruskan badan sejak 2 minggu lalu (start pertengahan ogos 2015), target saya nak dapatkan semula berat badan unggul saya iaitu sekitar 65-70 kg dalam masa 3 bulan. Sekarang ni berat saya dah hampir cecah 90 kg. Buat masa ni saya cuba amalkan joging, berbasikal, berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Tapi saya selalu keliru bab makanan, saya tak berapa paham tentang sumber karbohidrat dan protein. Mungkin sebab tu sampai hari ni berat badan saya tak berubah. Jadi, saya nak mintak nasihat tentang pemakanan yang sesuai untuk proses penurunan berat badan, contohnya sarapan pagi kena makan apa, tengahari, petang, malam kena makan apa dsb… Harap sifu-sifu semua dapat bagi saya panduan. Terima kasih…

    P/s: this is the best fitness blog i found so far. Keep up the good work.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x