Diari Kurus

8 khasiat Anggur penyembuh penyakit.

anggur

1

 

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan.anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungisional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. Dalam artikel ini anda dapat mengetahu bagaimana Anggur memberi kesan yang positif terhadap kesihatan anda.

  • Melindungi kulit dari kanser.

Kajian menunjukan bahawa anggur mengandungi Resveratrol yang positif untuk melawan penyakit kanser. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B. iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser. Penggunaan ekstrak biji anggur pada kulit dapat melindungi radiasi sinaran uv matahari. Dengan itu, dapat melindunginya daripada kanser kulit.

  • Melindungi jantung

Dalam satu kajian menunjukkan bahawa resveratrol yang terkandung dalam anggur mampu meningkatkan pelebaran pembuluh darah yang membolehkan darah mengalir dengan lebih mudah melalui pembuluh darah. Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah serta melancarkan peredaran oxygen dan nutrisi ke setiap bahagian dalam tubuh badan kita. Kajian lain juga, menyatakan bahawa dengan 10mg resveratrol anggur mampu menghasilkan penurunan yang dramatik terhadap risiko serangan jantung.

  • Melawan Diabetes.

Resveratrol yang terkandung dalam anggur mampu mengurangkan paras gula dalam darah sebanyak 10%.

  • Merangsang penurunan berat badan.

Resveratrol yang terkandung dalam anggur memberi kesan penurunan berat badan yang positif melalui 2 cara yang berbeza – iaitu pengurangan secara drastic dalam mengurangkan keupayaan sel untuk menyimpan lemak dan ia akan merangsang pemecahan lemak di dalam badan.

  • Menguatkan ingatan.

Buah yang kecil dan manis ini juga sangat bagus dalam meningkatkan daya ingatan kita. Tidak kiralah anggur yang berwarna apa pun, kandungan antosianin dan quercetin di dalamnya diyakini mampu menguatkan daya ingatan.

  • Mengaktifkan Gen.

Dalam satu kajian saintis mendapati kandungan resveratrol yang terdapat dalam anggur adalah nutrient yang mengaktifkan gen manusia untuk terus aktif yang memungkinkan usia lebih panjang.

  • Menolong memulihkan otot.

Sebagai antioksidan ia menyokong sel-sel dan organ-organ untuk menghapuskan asid urik dan toksin lain di dalam badan dan ia juga membantu memulihkan otot-otot rosak yang di alami oleh para atlet.

  • Menigkatkan kuasa minda.

Dalam satu kajian di British, pelajar yang diberikan jus anggur (resveratrol) dapat meningkatkan aliran darah ke otak mereka sehingga 200%. Ahli-ahli sains percaya resveratrol boleh membantu mempercepatkan tindak balas mental kita.

khasiat-anggur-untuk-atasi-berbagai-penyakit-1

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x