Diari Kurus

8 Rahsia Cuka Yang Anda Tak Tahu Untuk Anda Kurus, Langsing Dan Sihat

77

1

Cuka epal atau apple cider bukan sahaja dapat membantu kita untuk kurus. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan. Sudah pasti kosnya sangat jimat untuk mebantu kita mengatasi masalah kolestrol dan memecahkan molekul lemak di dalam badan. Selain itu, ia kaya dengan zat besi, sodium,kalsium,magnesium dan ia juga mengandungi lecithin. Cuka epal memng sangat sesuai untuk program diet anda.

Trend membentuk badan kurus bukan sekadar untuk penampilan yang bergaya tapi juga untuk tujuan kesihatan. Ukur lilit pinggan hendaklah dikecilkan jika tidak mahu penyakit penyakit yang merbahaya muncul seperti peningkatan kolestrol,penyakit jangtung, kecing manis dan darah tinggi.

sekarang ini pelbagai cara digunakan semata-mata untuk mengatasi masalah kegemukan. Samada menggunakan cara tradisonal, menjalani rawatan di pusat-pusat kecantikan menguruskan badan atau melalui pelbagai produk yang memaparkan jenama dan harga yang berbeza, namun natijahnya hannya satu untuk kuruskan badan.

Salah satu dari pemakanan tradisi yang didapati berkesan untuk menurunkan berar badan ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal. Cuka epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu. Cuka epal dihasilkan melaui proses penapaian dimana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang bewarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan.

Antara khasiat cuka epal ialah:

  1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidal langsung membantu proses penurunan berat badan.
  2. Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun persekitaran. Ia bagus untuk menyembuh jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout, dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  3. Membantu meningkat kadar metabolisme badan. Dengan itu kadar pembakaran lemak menjadi lebih cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.
  4. Membantu menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan yang disebabkan pengumpulan lemak.
  5. Sebagai tambahan, jika cuka epal diambi setengah jam sebelum makan. Akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.
  6. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam
  7. Meningkatkan system imun badan.
  8. Membersihkan buah pinggan.

22

Oleh itu, jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional. Jawapanya adalah cuka epal. Pengambilan cuka epal dengan madu yang disertakan senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk turunkan berat badan. Kepada mereka yang tidak mempunyai masalah berat badan, anda jangan risau cuka epal ini tidak akan membuatkan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah lemak bukannya tisu otot.

• Meet the Author ➞ aziemah



2 comments… add one
  • I’m thinking of writing a blog post in response. Would you mind if I url to your website from my article?

    Reply
  • Info yang menarik. Memang asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat membantu membakar lemak dan mengurangkan penghasilan kolesterol di dalam badan. Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan metabolisme.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x