Diari Kurus

9 Jenis ‘Superfood’ Untuk Kuruskan Badan

superfood

1

Kebanyakan orang yang mengalami masalah pertambahan berat badan selalunya risau untuk makan apa sahaja yang diingini, lebih-lebih lagi jika dalam proses menguruskan badan. Pelbagai cara sudah pasti akan dicubanya, sehingga ada yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi menjaga atau mengekalkan kecantikan paras rupa dan bentuk fizikal.

Sebenarnya banyak cara atau tips yang boleh diikuti untuk menguruskan berat badan. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat di samping makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang berbahaya kepada tubuh. Jika terpaksa menggunakan ubat-ubatan, pastikan anda mendapat nasihat prekrispsi yang betul dari doktor atau ahli farmasi.

Topik kali ini kami akan memperkenalkan kepada anda beberapa jenis superfood. Apa itu ‘superfood?’ Superfood merupakan makanan yang terbaik untuk membantu anda mengekalkan bentuk badan yang langsing dan kurus. Di sini, kami senaraikan 9 jenis superfood dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pelan diet pemakanan anda.

  1898248_208850225988606_1920761730_n1. Coklat Hitam

Coklat hitam dan ternyata dapat menurunkan berat badan. Dalam sebuah penelitian telah menemukan orang yang memakan coklat hitam (dark chocolate) 2 jam sebelum makan nasi dapat menyerap 17%  kalori lebih sedikit berbanding dengan seseorang yang memakan coklat susu.

Hal ini disebabkan kerana kandungan cocoa butter yang terkandung di dalam coklat hitam tersebut dapat melambatkan proses pencernaan dan ini akan menyebabkan anda lebih cepat berasa kenyang. Sedangkan coklat susu yang mengandungi lebih banyak kandungan minyak menteganya akan membuatkan anda lebih menyukai manisan dan berkemungkinan besar akan mengambil makanan manis dengan lebih banyak. Apabila anda lambat berasa lapar, maka keinginan untuk makan makanan berat turut berkurangan. Lama-kelamaan nafsu makan anda dapat dikawal dan ini akan membantu mempercepatlan lagi proses penurunan berat badan.

 

blueberries-large2. Bluberi

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh journal ‘Molecular Nutrition and Food Research’, para penyelidik mendapati bahawa buah bluberi boleh membantu menjaga kesihatan anda. Para penyelidik mendapati bahawa sebatian yang dipanggil ‘pterostilbene’ bekerja dengan vitamin D akan bertindak balas dalam tubuh badan untuk meningkatkan sistem imunisasi anda dalam melawan jangkitan. Selain itu, bluberi juga boleh membantu anda langsing dengan memenuhi tahap manis yang diperlukan oleh tubuh anda kerana hanya melibatkan 44 kalori. Selain bertindak sebagai anti-oksidan, membantu mengawal kolesterol dan menstabilkan metabolisma badan, bluberi juga dikatakan boleh menajamkan fikiran manusia selain mampu meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran. Bagi yang cepat lupa, rajin-rajinlah makan bluberi ya.

Tomato-693. Tomato

Tomato boleh dipelbagaikan cara hidangannya sama ada boleh terus dimakan begitu sahaja, dibuat jus, sos, masakan bergoreng atau berkuah, dibuat sambal goreng mahupun dijadikan salad.  Buah tomato kaya dengan pelbagai jenis vitamin, seperti A, C, K, Asid folat dan ‘potasium’. Dengan pelbagai kandungan yang dimiliknya, maka tidak hairanlah khasiatnya jika mengamalkan memakan buah tomato ia akan meningkatkan daya ketahanan tubuh anda.

Tomato juga mengandungi ‘naicin’ dan kaya serat yang boleh menurunkan kolesterol jahat seterusnya menstabilkan kadar kolesterol dalam tubuh anda. Selain itu, tomato juga menjadi sumber vitamin B6 yang boleh menjaga sel-sel darah merah anda daripada kerosakan. Selain itu, tomato juga kaya dengan kalium yang boleh menstabilkan tekanan darah anda.

Amalan minum jus tomato secara teratur adalah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori di samping membantu membuang racun dalam tubuh anda. Mengambil jus tomato bukan sekadar menyihatkan, malahan akan membuatkan anda tetap langsing!

640xauto-dari-seledri-hingga-kemiri-3-bahan-alami-untuk-rawat-rambut-bayi-140428q-34. Seledri

Ramai di kalangan kita tidak suka makan seledri kerana aromanya yang agak kuat. Namun begitu, di sebalik baunya itu jika dicampurkan ke dalam menu masakan seperti sup,soto atau salad, ia pasti membangkitkan selera. Batang saledri amat baik dan sihat kerana mengandungi rendah kalori selain kaya dengan air dan serat.

greentea35. Teh hijau

Banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau, antaranya hasil kajian yang dijalankan di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati bahawa teh hijau dapat menjaga berat badan dengan lebih stabil dan boleh meningkatkan metabolisme di samping ia turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains pula mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan sebarang aktiviti fizikal untuk meningkatkan lagi kesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

grapefruit white background6. Limau gedang

Beberapa hasil penyelidikan telah menunjukkan buah  jenis ini sangat baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus untuk membakar lemak dalam tubuh. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California yang mana pengkaji tersebut mendapati bahawa pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan.

Namun, menikmati grapefruit atau limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya.Ini kerana limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan. Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

blog-post-9-image7. Cuka

Cuka memang mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir. Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL). Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.

Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami. Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

1173289_474375998. Halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

 

diabetes9. Kekacang

Kacang adalah satu lagi superfood yang kaya dengan lemak sihat dan salah satu cara kuruskan badan dengan sihat diet. Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

Badam khususnya dapat membantu anda menguruskan badan. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyuk (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda.

 

Sumber
Mommy Georgeous mysupervitamins

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x