Diari Kurus

9 Khasiat Buah Belimbing Yang Jarang Kita Tahu

belimbing

1

Anda suka makan buah belimbing? Sedap, dan menyejukkan badan. Itu dua manfaat buah belimbing yang terus kita ingat bila orang tanya tentang manfaatnya. Sebenarnya ada banyak. Di dalam ini kami senaraikan 9 khasiat buah belimbing yang perlu anda tahu. Kita tidak sangka buah ni banyak betul khasiatnya…

  1. Mengurangkan Mabuk Dan Kepanasan

Buah ini boleh membantu untuk mengurangkan mabuk dan kepanasan. Untuk hilang mabuk, anda boleh makan belimbing masam, stimkan dalam air, dan makan. Ini pun tip daripada dunia Barat. Kalau anda tiba-tiba mabuk-mabuk (ataupun betul-betul rasa mabuk), anda bolehla cuba.

  1. Mengurangkan tahap kolestrol

Kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Kalau anda rasa jantung anda perlu “dibersihkan”, buah ini dapat membantu anda.

  1. Menyembuhkan sakit kepala, panau atau cacar air

Merebus daun dan akarnya (boleh disediakan bersama ataupun berasingan) boleh membantu menyembuhkan sakit kepala, panau atau cacar air. Jarang kita dengar tip ini di dalam Malaysia tetapi di luar negara ini adalah salah satu cara tradisional untuk kurangkan sakit di kepala.

  1. Merawat sakit mata

Dengan memakan buah belimbing dapat juga merawak sakit mata ,hirisan buah belimbing boleh juga diletakkan di atas kelopak mata untuk menyejukkan mata.

  1. Mengstimulasi pengaliran susu badan

Jika diberikan kepada ibu yang menyusukan anak kerana ia dipercayai boleh mengstimulasi pengaliran susu dalam badan.

  1. Merawat loya dan senak perut

Untuk loya dan senak perut, makan separuh daripada buah belimbing dan makan bahagian satu lagi selepas tiga jam.

  1. Kaya dengan kandungan vitamin C dan boleh membantu menangkis Selsema

Buah belimbing kaya dengan kandungan vitamin C dan boleh membantu menangkis selsema musim sejuk,Seperti yang diketahui, vitamin C sangat penting untuk kulit dan tubuh badan manusia.

  1. Buah untuk diet

Disyorkan sebagai buah untuk diet kerana kandungan fiber yang tinggi dan kalori yang rendah.Fiber yang tinggi membolehkan perut anda memproses makanan dengan lebih efisen. Senang untuk anda hilangkan berat anda.

  1. Kaya dengan antioksidan

Seperti yang anda tahu, antioksidan adalah penting untuk penjagaan kulit dan melindungi sel daripada dirosakkan oleh oksigen.

 

Banyak kan sebenarnya khasiat buah belimbing ni? Kami dah buat kajian di Google dan baru tahu rupanya banyak manfaat buah belimbing ni… Kalau ada kawan-kawan anda yang suka makan buah ini, anda boleh kongsikan info ini kepada mereka.

 

 

 

 

 

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x