Diari Kurus

9 Tips Ini Harus Diberi Perhatian Jika Anda Cuba Untuk Hamil

1

Jika anda sedang merancang untuk hamil tidak lama lagi, anda mungkin sedar bahawa kesihatan anda akan menjadi penting dalam kedua-dua peringkat iaitu pada tahap merancang untuk hamil serta sewaktu kehamilan itu sendiri.

Ramai wanita diberi cadangan oleh doktor mengenai cara untuk menjaga diri sendiri, tetapi kadang-kadang nasihat kesihatan yang bermanfaat ini boleh terlepas pandang atau tidak disebut oleh sesetengah doktor.

Berikut 9 tips kesihatan yang anda perlu tahu untuk diberi perhatian jika anda cuba untuk hamil dan mahu meningkatkan kesihatan anda serta mengoptimumkan peluang anda untuk hamil.

Tips ini juga berguna untuk semua wanita tanpa mengira usia dan ia dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam diet harian anda sahaja.

1) Makan 9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran

Cadangan minimum pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari adalah 9 hidangan, walau bagaimanapun, anda boleh makan lebih daripada ini jika anda mahu.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting untuk kesihatan yang optimum; ia juga penting untuk mengekalkan mood yang baik, berat badan yang sihat, dan boleh membantu anda meningkatkan peluang anda untuk hamil kerana buah-buahan dan sayur-sayuran meningkatkan kesuburan.

Ia mudah untuk anda makan buah-buahan sepanjang hari dan lupa tentang sayur-sayuran, tetapi kena pastikan yang anda makan sayur-sayuran tidak berkanji dan berkanji setiap hari untuk mendapat serat yang optimum memandangkan ia penting untuk fungsi organ badan.

Berikut adalah sebahagian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran paling berkhasiat untuk dimakan : pisang, buah beri, mangga, nenas, epal,  buah pir, lada merah, brokoli, kobis, kangkung, saderi, zucchini, tomato, timun, ubi keledek, buah oren, tembikai, avokado dan kelapa

Ia mudah untuk memasukkan makanan ini ke dalam diet harian anda sama ada pada waktu makan atau dimakan begitu sahaja. Kesihatan anda akan bertambah baik!

2) Asid Folik

Asid folik adalah vitamin B yang hadir secara semula jadi dalam banyak makanan seperti asparagus, tauge, sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang seperti kacang tanah dan kacang hitam.

Ia juga diperlukan oleh badan untuk menghasilkan DNA dan membantu pembentukan sel-sel dalam badan kita.

Pengambilan asid folik yang tidak betul boleh menyebabkan masalah perkembangan pada anak. Itulah sebabnya mengapa wanita yang cuba untuk hamil dan yang sedang hamil disarankan oleh doktor untuk mengambil asid folik. Asid folik adalah salah satu suplemen tambahan yang banyak dijumpai di kaunter ubat.

Diet yang kaya dengan asid folik iaitu yang penuh dengan pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan boleh memberi anda semua yang anda perlukan, iaitu 400 mcg (mikrogram) asid folik sehari.

3) Makanan Kaya Zat Besi

Zat besi dalam badan hilang semasa haid dan ia adalah penting untuk anda mendapatkannya melalui diet harian ketika anda sedang merancang untuk hamil.

Sekali pun anda mengandung, ia adalah penting untuk mengoptimumkan diet anda supaya anda berada dalam keadaan terbaik dan sel-sel darah merah berfungsi secara optimum.

Walaupun kebanyakan zat besi didapati dalam produk haiwan, anda juga boleh mendapatkan zat besi melalui makanan berasaskan tumbuhan seperti oat, biji chia, kekacang, dan bijirin lain. Juga, sayur-sayuran seperti kentang kaya dengan zat besi!

Untuk membantu badan anda menyerap zat besi dari tumbuh-tumbuhan, pastikan anda makan makanan yang tinggi Vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Vitamin C berfungsi untuk membantu tubuh anda menyerap zat besi berasaskan tumbuhan dengan lebih berkesan.

4) Lemak Sihat

Lemak yang sihat adalah penting untuk fungsi sel, kesihatan otak, dan ia penting kerana untuk hamil, anda perlu pastikan hormon dalam badan anda untuk berfungsi pada tahap optimum. Lemak yang sihat membantu menghasilkan tindak balas hormon tertentu dalam badan kita dan boleh meningkatkan kesuburan.

Makanan yang baik sebagai lemak sihat adalah avokado (juga sumber yang baik asid folik), kacang mentah, buah zaitun, dan kelapa.

Cuba elakkan penggunaan minyak dan gunakan yang berasaskan sumber lemak sihat untuk kesihatan jantung yang optimum. Ia juga amat membantu jika anda lebihkan makan yang berasaskan tumbuhan berbanding lemak haiwan.

5) Protein tanpa lemak

Protein tanpa lemak daripada kekacang, bijirin dan ikan adalah sumber protein tanpa lemak untuk dimakan oleh orang wanita. Protein tanpa lemak akan membantu anda mengekalkan kekuatan badan serta memastikan jantung dan otak mendapat nutrisi mencukupi seperti yang diperlukan.

Elakkan sumber lemak yang tinggi protein seperti daging, telur, dan lemak ayam atau ternakan lain. Ia juga baik untuk mengambil lebih banyak sumber makanan protein tanpa lemak dan bukannya memilih untuk mengambil makanan yang diproses seperti bar protein.

Sesetengah wanita mungkin memilih untuk menggunakan serbuk protein di dalam smoothies jika berasa terlalu malas untuk makan sarapan pagi; jika ini yang berlaku, anda haruslah memilih yang tidak diproses dan protein yang berasaskan tumbuhan.

6) Serat

Serat terdapat dalam semua makanan tumbuhan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan bijirin. Serat adalah penting untuk kesihatan usus yang optimum, kesihatan pencernaan, kesihatan jantung, dan untuk nyahtoksin dalam badan setiap hari.

Bagi wanita yang merancang untuk hamil atau sedang hamil, pengambilan serat yang mencukupi boleh membantu membaiki sistem pencernaan, tahap tenaga, dan kesihatan jantung mereka, supaya mereka merasa yang terbaik.

Pengambilan serat juga boleh mengelakkan komplikasi disebabkan diet rendah serat seperti kolesterol tinggi, sembelit, kelaparan, dan tahap gula dalam darah yang tidak teratur.

Sarapan tinggi serat seperti oatmeal dengan buah-buahan, atau smoothie dengan sayur-sayuran serta buah-buahan, adalah cara terbaik untuk menambah lebih banyak serat di permulaan pagi anda. Lebihkan mengambil sayur-sayuran, salad, dan buah-buahan sebagai ganti makanan yang diproses, dan nikmati sayur-sayuran yang dimasak setiap malam sewaktu makan.

7) Dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam

Mendapatkan rehat yang cukup juga sangat penting jika anda cuba untuk hamil.

Tidur membantu memulihkan hormon anda dan akan mengurangkan tahap kortisol anda. Kortisol adalah hormon tekanan dan apabila ia meningkat, badan anda tidak menghasilkan tahap optimum progesteron yang diperlukan untuk hamil.

Kurang tidur juga boleh mengganggu perasaan anda, tahap tenaga, menyebabkan gula dalam darah anda gagal berfungsi dengan baik, dan ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda yang lain.

Jika anda susah untuk mendapatkan rehat yang cukup, cuba gunakan cara semulajadi untuk tidur lebih cepat seperti mencalit sedikit minyak pati lavender di pergelangan tangan dan cuba senaman yoga – lima regangan sebelum tidur.

Lapan jam ialah target yang besar untuk mendapat tidur yang cukup, tetapi jika anda rasa badan anda memerlukan lebih banyak, benarkan ia berehat seberapa banyak yang diperlukan, terutama apabila anda sedang hamil.

Ia sangat penting untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan anda dengan mendapatkan rehat yang cukup; ini dapat membantu meningkatkan fungsi hormon dan boleh meningkatkan ovulasi.

8) Pergerakan dan Senaman

Menggerakkan badan anda adalah cara yang baik untuk meningkatkan fungsi hormon anda!

Gaya hidup yang tidak aktif juga berbahaya untuk kesihatan jantung anda dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang mengganggu fungsi hormon yang optimum.

Pilih jenis senaman yang anda nikmati; beberapa idea yang hebat adalah yoga, berjalan 30 minit sehari, dan mengangkat berat, gunakan trampolin atau keluar berjoging.

Melakukan senaman berat badan seperti yoga dan pilates jika anda tidak suka aktviti berkaitan pemberat, dan cuba untuk masukkan aktiviti regangan ke dalam rutin anda pada setiap malam atau pagi untuk meningkatkan fleksibiliti dan aliran darah.

9) Kurangkan tekanan

Oleh kerana tekanan boleh memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan anda, jadi ia sangat penting untuk sederhana dan mengurangkan tekanan dalam hidup semampu mungkin.

Beberapa cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dalam hidup adalah untuk bersenam, bermeditasi, dan lakukan aktiviti yang anda nikmati seperti hobi anda. Luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga juga merupakan idea yang hebat.

Apabila kurang tekanan, hormon anda akan berfungsi dengan lebih baik, dan dengan itu, lebih mudah untuk anda mengandung dan kandungan akan lebih sihat.

Jangan Lupa!

Kehamilan yang sihat adalah untuk kebaikan kedua-dua kehidupan ibu dan anak, jadi jika anda cuba untuk hamil, teruskan dan prepare untuk sebarang kemungkinan. Kesihatan anda dan anak anda di masa depan adalah di tangan anda!

• Meet the Author ➞ diarikurus



3 comments… add one
  • perkongsian yang menarik

    Reply
  • Registering with the local government is needed to operate the shop legally. The game offers close similarities to any other infiniminer sport and it can be played either by multiple or solitary players. Among these cultural sites are The Theatre Royal, Glasgow Royal Concert Hall,adidas nmd xr4 ireland, Mitchell Library, and Cineworld,under armour outlet, the world’s tallest cinema.6 pounds for Thirtyone days due to this product. It is also the area where Glasgow’s Arts Quarter is located. Likew

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x