Diari Kurus

Alamak! Naik berat lepas sebulan raya. Nak diet macam mana ni?

Sad fat women

1

Hi!

Ok, dah hampir sebulan kita berhari raya. Sudah pasti ramai yang menghadapi masalah kenaikan berat badan. Termasuk saya sendiri. Naik hampir 3kg dari berat badan biasa. Fuh…

Jadi sampai takut nak timbang berat badan sendiri.

Jadi, selepas sebulan dan berat badan dah naik sebegini, bagaimana nak kembali ‘on track’ diet kita?

Ini adalah cara yang saya amalkan. Secara teknikalnya, ia tidak susah untuk dilaksanakan, cuma ‘part’ yang susah adalah komitmen, istikhamah yang diperlukan.

Buat permulaan, ini yang saya amalkan:

  1. Minum air kosong 3 liter ke atas sehari. Ya, ini penting untuk pastikan tubuh cukup air dan proses untuk singkirkan lemak lebih mudah. Kalau nak mudah, beli terus 1 botol air 1.5 liter, pastikan minum 2 botol setiap hari.
  2. Saya elakkan dari makan malam. Kalau nak makan pun, saya makan pada jam 6 petang. Malam hanya makan buah-buahan dan minum air sahaja. Lagipun tidur awal supaya tak adalah lapar sangat.
  3. Bangun tidur awal pagi. Sebolehnya solat tahajud. Solat pun boleh bakar lemak di badan.
  4. Bersukan – awal pagi atau petang. Ikut nasihat doktor pakar, kalau tubuh tak biasa bersukan, mulakan dengan berjalan kaki dahulu. Berjalan 30 minit setiap hari supaya keluar peluh. Naikkan target selepas itu bila dah selepas. Contohnya jogging 5 minit, jalan 25 minit. Hari berikutnya jogging 10 minit jalan 20 minit dan seterusnya. Jangan terlalu mendadak takut nanti badan tak boleh handle.
  5. Cari kawan yang nak diet bersama. Ia lebih mudah. Setiap hari, masing-masing boleh bagi semangat dan sokongan. Jika suami isteri, lebih bagus anda compete each other.
  6. Sediakan hadiah jika berjaya turun 1kg. – Hadiah mungkin pergi shopping baju atau berjalan-jalan. Elakkan hadiah berunsur makanan ya.
  7. Setiap hari beri masa 5-10 minit untuk tonton video motivasi di youtube untuk kuruskan badan. Saya sangat suka teknik ini sebab secara tidak langsung ia membakar semangat dan kepercayaan untuk kurus.
  8. Makan oat setiap hari. Ya.. ini sangat penting. Resepi mudah, ambil oat, masukkan susu, kismis, kacang, siap! Yum.. yum.. yum..
  9. Hidup dengan riang dan ceria. Jangan terlalu stress dengan perkara yang terjadi dalam hidup. Releks, lambat laun masalah akan selesai juga. Cuba fikir ia sebagai mimpi aja. Kalau nak marahkan seseorang, lihat muka mereka, dan bayangkan muka mereka seperti perkara yang melucukan. Jika anda banyak senyum, anda happy, berat badan akan turun lebih cepat. Kalau anda ‘bad mood’, anda cenderung untuk makan dan makan untuk ‘menipu’ minda anda.
  10. Cari health consultant untuk bantu anda kurus. Sebaiknya yang berdekatan dengan anda. Mereka boleh plan kan diet untuk anda.

Dan banyak lagi tips untuk kurus.

Apa pandangan akan? Jom share di bawah! Saya teruja nak tahu.

• Meet the Author ➞ diarikurus



3 comments… add one
  • Alhamdulillah, walaupun selepas raya berat badan masih kekal 60 kg. Lagipun saya mengawal makan waktu raya, sebab penat dan susah nak kurus jadi rasa termotivasi utk berdiet . Ikutkan hati memang nak amakan segala-galanya…. Saya baru selesai makan assy.slim yang telah anda syorkan tapi saya hanya mengambilnya waktu pagi … belum sampai seminggu. Setiap pagi memang saya amalkan oat bersama susu, kekadang letak je dlm assy,slim. Makan betik… bila betik dah habis ambil je apa-apa jenis buah yang berserat seperti epal. Dah dua minggu tak timbang… Misi saya sekarang untuk turunkan berat hingga 55 kg. Proses sedang berjalan. Saya beri masa sebulan utk turunkan berat badan saya. Yang penting bila saya betul-betul bersedia untuk kurus barulah saya lakukan(nekad).

    Reply
    • Alhamdulillah! Jangan lupa, minum air mesti banyak. 1 liter untuk 25 kg berat badan. Jadi kalau 60kg, perlu minum minimum 2.4 liter. Okay? 🙂

      Reply
  • alhamdulillah kenaikan berat cuma 1kg seminggu pas raya.. memang kena kawal nafsu makan.. tambah tengah pregnant lagi lah kene kawal. hihi

    Tingkatkan Metabolisme dengan 4 Cara Mudah!

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x