Diari Kurus

Amalkan 5 Langkah Ini Untuk Elakkan Penyakit Kronik

Memiliki kualiti hidup yang sihat dan sejahtera serta bebas daripada penyakit berbahaya merupakan impian setiap orang. Isu ini sering kali diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat di mana mengamalkan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu mendapat kelangsungan hidup yang lebih lama mahupun sihat sepanjang hayatnya. Terdapat banya pendapat berkaitan dengan gaya hidup sihat. Jadi, kami kongsikan kepada anda lima langkah mudah untuk hidup sihat yang boleh kita sama-sama amalkan mulai dari saat ini.

1

1.  Bersenam atau Beriadah

Salah satu daripada bentuk gaya hidup sihat adalah dengan melakukan aktiviti senaman atau beriadah. Aktiviti seperti ini sangat baik untuk jantung kerana jantung akan menjadi lebih kuat kerana setiap gerakan yang kita lakukan akan membuatkan jantung bekerja atau mengepam darah dan oksigen dengan lebih aktif. Apabila kita mula berpeluh, maka toksin dalam badan akan turut keluar bersama. Hal ini membolehkan darah mengalir dengan lancar, malahan menguatkan lagi tulang dan otot-otot badan.

2. Menjaga Pemakanan Seharian

Menjaga pemakanan seharian uga merupakan salah satu daripada gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan. Amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang membolehkan tubuh badan kita lebih sihat, bertenaga dan memiliki berat badan yang ideal. Salah satu contoh diet makanan sihat adalah seperti mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam makanan, namun lebihkan serat sayuran, buah-buahan dan pengambilan air kosong adalah amat digalakkan. Elakkan juga makanan segera yang diproses, makanan di dalam tin serta MSG kerana ini akan memudaratkan kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

 

3.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Selai ini, untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik kita juga hendaklah membuat pemantauan sendiri melalui pemeriksaan kesihatan dua kali setahun. Biasanya pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta. Tindakan ini perlu diambil untuk mengetahui tahap kesihatan kita, iaitu sekiranya mempunyai penyakit dan dapat dikesan pada peringkat awal, rawatan dan langkah pencegahan akan menjadi mudah berbanding tidak membuat apa-apa pemeriksaan malahan membiarkan penyakit itu melarat sehingga boleh meragut nyawa.

4.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

Perbuatan atau sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesihatan perlulah dihindari segera. Misalannya adalah seperti pengambilan alkohol berlebihan, penyalahgunaan dadah dan juga merokok. Ketagihan minuman alkohol dan penyalahgunaan dadah menyumbang pelbagai penyakit dan masalah sosial, manakala tabiat merokok boleh menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit jantung, paru-paru, kecacatan atau kematian janin dalam kandungan. Jauhilah tindakan-tindakan ini bukan sahaja untuk kesejahteraan diri sendiri, malahan demi kehidupan insan-insan di sekeliling kita.

 

5.  Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Tip menjaga kebersihan rumah dan persekitaran juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan kita. Bersihkan kawasan perumahan dan persekitaran dengan menghapuskan tempat nyamuk membiak, kumpul dan asingkan segala sampah-sarap sebelum membuangnya di tempat yang telah dikhaskan. Jangan sesekali membuang sisa makanan dan sampah-sarap ke dalam sungai atau membakarnya di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran dan mengganggu ekosistem alam sekitar.

Jadi, sebagai kesimpulan, untuk hidup lebih sihat. patuhi disiplin dan lima gaya ini secara konsisten. Amalan gaya hidup sihat ini perlu disemai dan dipupuk sedari kita kecil dan ibu bapa serta anggota keluarga yang lainnya perlulah bersama-sama memainkan peranan mereka demi kelangsungan sebuah kehidupan yang sihat dan selamat. Bukankah ada pepatah mengatakan ‘mencegah itu lebih baik dari mengubati’. Ayuh, kita ubah!!!

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x