Diari Kurus

Badan Menawan Dengan Tumbuhan Semulajadi

Sepertimana yang kita tahu, banyak manfaat jika kita mengamalkan tumbuhan semulajadi. Selain boleh digunakan dalam masakan, ia turut digunakan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui, terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan masalah berat badan. Diantara, tumbuh-tumbuhan semulajadi yang sering digunakan untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan ialah:

1
  • LIMAU NIPIS

 

5
Salah satu nya ialah limau nipis. Buah ni mengadungi vitamin C yang tinggi dan mempunyai banyak air. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat.
Bagi yang mengalami berat badan yang berlebihan, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Jadikan ia sebagai air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Bagi yang ingin kempiskan perut pula, anda perlu mencampurkan limau nipis dengan teh tanpa gula. Kemudian air tersebut diminum tiap-tiap hari sehinggalah perut anda kelihatan menarik.

  • NANAS

3
Buah nanas mengandungi serat yang sangat tinggi dan amat sesuai bagi orang yang ingin menjalani program diet. Selain itu, buah nanas juga mampu mengurangkan rasa lapar dan menahan diri dari makan dengan cepat. Ini kerana, kandungan nanas yang tingi kandungan vitamin, mineral, dan juga serat mampu memperlambatkan lapar.
Untuk mengurangkan obesiti, sediakan buah nanas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

  •  BUAH DELIMA

4

Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat dua jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya.
Sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua helai daun delima muda. Kemudian bersihkan dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

  • TIMUN

images

Timun dapat digunakan bagi mengubati masalah obesiti dengan menjadikan ia jus. Ia mengandungi banyak air, iaitu hampir 95%. Ditambah lagi dengan serat yang paling efektif untuk membersihkan tubuh dari racun berbahaya yang akan dilepaskan melalui sistem pencernaan. Selain itu timun juga mempunyai kalori yang rendah dan amat sesuai untuk orang yang mengamalkan diet.
Caranya, ambil sebiji timun berukuran sederhana, parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.

  •  DAUN KARI

Daun salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita

  •  HALIA

1

Halia dapat meningkatkan metabolism dan juga membakar kalori keran sel tubuh harus mengeluarkan tenga ekstra hingga 20%. Selain itu, halia juga dapat meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Halia juga sangat berkhasiat dalam membuang angin serta dapat menurunkan berat badan.
Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk.

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x