Diari Kurus

3 Cara Mudah Wanita Ini Hilangkan 46 Kg Berat Badannya

Foto Tamar Ward sebelum (kiri) dan selepas (kanan) penurunan berat badannya

Tamar Ward kehilangan berat badannya sebanyak 46 kg melalui banyak percubaan dan kesilapan 

1

Setiap orang menginginkan susuk tubuh yang menarik langsing dan berat badan yang ideal. Memiliki tubuh badan yang besar dan gempal ibarat satu kecacatan besar dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, golongan bersaiz XL ini selalunya sering disisihkan masyarakat, sering dikeji, mudah dibuli dan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Mereka sepatutnya dibimbing dan diberikan semangat untuk terus berjuang sama-sama mendapatkan kehidupan yang sihat dan berkualiti bersama insan-insan tersayang.

Tamar Ward merupakan salah seorang daripada antara berjuta-juta orang yang menghadapi dilema bertubuh badan besar dengan berat badan yang membimbangkan. Melalui pengalaman hidupnya, beliau telah berusaha untuk menurunkan berat badannya tetapi akibat ‘menuntut tanpa guru’, usahanya sia-sia sahaja.  Kisah inspirasi ini telah dikongsikan sendiri oleh Tamar Ward dalam Women’s Health.

Sebelum : 125 kg
Selepas : 79 kg

Lihat pada foto sebelum beliau mengalami penurunan berat badan, beratnya sekitar 125 kg berbanding dengan selepas mengamalkan diet pemakanan sihat, kekal senaman dan mengamalkan tiga cara mudah untuk kurus, akhirnya berat badannya yang terkini adalah 79 kg. Penurunan sebanyak 46 kg. Ia sesuatu yang menakjubkan!!!!

Kisah bagaimana bermulanya krisis berat badan Tamar adalah ketika beliau mula meninggalkan zaman kolejnya, berat badannya mencecah 104 kilogram (kg). Jadualnya yang padat sebagai seorang juruteknik telah menyebabkannya beliau mengabaikan penjagaan berat badan dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat melalui pengambilan makanan yang diproses. Tamar turut mengetepikan semua aktiviti kardionya kerana kesibukan kerjayanya. Sehinggalah pada Januari 2013, berat badannya naik mendadak sehingga mencecah 125 kg.

Tamar pernah menyertai Weight Wathers, berjalan-jalan dan bersiar-siar dengan anjing kesayangannya, serta melakukan aktiviti kardio empat kali seminggu. Pada Mac 2013, Tamar mencuba pakaian perkahwinannya dan malangnya baju tersebut masih tidak dapat dipakainya walaupun ketika itu beliau telah kehilangan 15 kg daripada berat badan asalnya.

Pada Jun 2013, Tamar telah menyertai YMCA di tempatnya dengan melakukan aktiviti berbasikal empat kali seminggu. Menjelang hari perkahwinannya pada Oktober 2013, berat badannya berkurangan lagi sebanyak 20 kg.

Walau bagaimanapun, kerana tidak konsisten dengan aktiviti senamannya, berat badan Tamar kian bertambah tiga kali dalam seminggu. Akhirnya, beliau memutuskan untuk menumpukan perhatian pada pengambilan diet pemakanannya. Pada dua bulan pertama, beliau cuba menghindarkan dari mengambil makanan yang berkarbohidrat. Kemudian cuba dengan tidak mengambil protein tinggi. Namun, berat badannya masih juga tidak berkurangan. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar pemakanan yang meletakkan beliau pada pengambilan diet sihat sebanyak 1700 kalori setiap hari.

Antara diet pemakanan yang diamalkannya adalah dalam bentuk tenusu dan karbohidrat kompleks. Untuk sarapan pagi, beliau akan mengambil makanan yang berprotein. Pada waktu makan tengah hari, menunya ialah sepotong ayam, beras perang dan sayur-sayuran. Manakala pada sebelah malamnya, beliau hanya mengambil protein dan sayur-sayuran sahaja. Diet pemakanan yang diamalkannya itu berjaya membantu berat badannya turun sebanyak 9 kg.

Ditanya mengenai aktiviti senamannya, Tamar Ward, 27, mengakui bahawa beliau sering berlatih membuat marathon selama setengah jam dan beliau selesa dengan berat badannya sekarang.

Kejayaan Tamar dalam menurunkan berat badan sebanyak 46 kg membuatkan beliau ingin berkongsi beberapa perkara yang membantunya mencapai berat badan yang diinginkannya.

1. Elakkan godaan. “Ianya tidak akan berhasil sekiranya ada gula-gula. Jadi saya tidak menyimpan apa-apa manisan di rumah saya.”

2. Mempunyai teman senaman. “Teman saya, Lauren, melakukan semua aktiviti larian bersama-sama. Dia banyak memberikan saya motivasi dan membantu saya agar lebih bertanggungjawab.”

3. Sentiasa memantau. “Saya mempunyai beberapa pasang seluar jeans dan pastinya saya akan cuba untuk memakainya. Jika saya rasakan seluar-seluar itu ketat, maka saya akan tingkatkan aktiviti senaman saya.

Jadi, kepada anda yang dalam proses menurunkan berat badan yang diinginkan, jadikan kisah inspirasi Tamar Ward ini sebagai pendorong untuk anda kekal bersemangat dan tidak mudah putus asa. Nak dapatkan hasil yang menggagumkan bukanlah secara drastik, tetapi perlahan-lahan dan konsisten. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak anda.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x