Diari Kurus

Berapa Jumlah Air Yang Optimum Perlu Diambil Setiap Hari?

image511202x

1

Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk membolehkan badan kita terus berfungsi dengan betul, kita perlu mengimbangkan bekalan air kita dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi air. Namun begitu, ramai di antara kita yang masih lagi keliru dan tertanya-tanya berapa banyak jumlah air yang perlu diambil dalam sehari bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Ada yang berpendapat pengambilan 1 liter air pada setiap 25kg dari berat badan. Ada juga yang mengatakan perlu minum sekurang-kurangnya lapan 8 gelas air atau bersamaan dengan 2 liter air pada setiap hari.

Masing-masing punya pendapat tersendiri. Bagaimana pula dengan anda? Berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari agar kesihatan terus terjaga? Mari, kami kupaskan persoalan ini serba sedikit sebagai pencerahan semua masalah anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda telah hilang setiap hari, sama ada dalam bentuk peluh, air kencing (urine), pernafasan, dan beberapa proses tindak balas tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 hingga 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda perlu menambah sekurang-kurangnya 4 hingga 6 gelas air lagi.

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 hingga 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Faktor Yang Mempengaruhi Kuantiti Pengambilan Air

Terdapat faktor-faktor lain turut mempengaruhi jumlah air yang perlu kita ambil dalam sehari. Antaranya adalah faktor :

1. Berat Badan
Semakin besar atau lebih berat badan seseorang itu, maka lebih banyak air yang diperlukan.

2. Tahap senaman yang dilakukan
Apabila membuat senaman atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membuatkan kita berpeluh, kita perlu minum air tambahan bagi mengimbangi kehilangan cecair. Tambahan air sebanyak 400-600 ml (kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan) adalah mencukupi untuk senaman yang ringkas, tetapi senaman yang berpanjangan yang lebih daripada satu jam (contohnya, berlari marathon) akan memerlukan pengambilan cecair yang lebih banyak.

urine

3. Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi memerlukan cecair tambahan untuk sentiasa terhidrat. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa wanita hamil minum 2.3 liter (kira-kira 10 cawan) cecair setiap hari dan wanita yang menyusukan bayi mengambil 3.1 liter (kira-kira 13 cawan) air sehari.

4. Berada pada tempat yang amat tinggi
Tahap ketinggian yang lebih daripada 8200 kaki (2,500 meter) boleh mengakibatkan pembuangan air kecil yang lebih kerap serta pernafasan yang lebih cepat. Penggunaan rizab cecair yang berlebihan akan mendorong kita untuk minum air yang lebih.

5. Pengambilan minuman beralkohol
Pengambilan minuman beralkohol akan mendatangkan perubahan kimia dalam darah kita dan merangsang buah pinggang kita untuk menghasilkan lebih banyak air kencing. Minuman segelas alkohol sudah cukup untuk mendorong seseorang berkencing dalam masa 20 minit. Kencing yang berlebihan akan menyebabkan tubuh badan kita dehidrasi.

6. Berada dalam iklim yang sangat panas atau sejuk
Cuaca yang panas atau lembabp boleh membuat kita berpeluh dan memerlukan pengambilan tambahan cecair. Udara dalaman yang dipanaskan juga boleh menyebabkan kulit kita kehilangan kelembapan semasa musim sejuk.

7. Ketika sakit atau kurang sihat
Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah atau cirit-birit, badan kita kehilangan banyak cecair (dehidrasi). Dalam keadaan ini, anda mesti minum lebih banyak air. Dalam kes jangkitan pundi kencing atau batu saluran kencing, cecair tambahan juga diperlukan.

Apa akan terjadi jika minum lebih air?
Sekiranya badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia terpaksa bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Jika keadaan ini berlarutan, lama kelamaan ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya boleh mendapat sakit buah pinggang.

Walau apapun, bersederhanalah dalam pengambilan air yang mencukupi iaitu antara 2 hingga 4 liter air sehari bagi terutamanya jika anda berdiet atkins. Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Awas!!!! Dahaga Tandanya Dehidrasi

  • Sesetengah yang percaya bahawa rasa dahaga tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
  • Ada juga yang berpendapat warna air kencing juga boleh menandakan sama ada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna air kencing anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik, manakala warna urine yang agak kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
  • Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambil kira kalori atau diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air tanpa perlu meminum air, anda juga boleh mendapatkan bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.
  • Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 22.7 kg atau 50 lb. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.
  • Jadi jom kita main kira-kira. Sekiranya berat badan terkini anda 55 kg (atau 120 paun), jadi setiap hari anda perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air. Jumlah 2.4 liter jika disukat mengikut cawan, ia bersamaan dengan 250 ml, maka anda perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.
  • Jadi, cuba bayangkan jika anda atau kawan yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga 100kg (atau 220paun)? Ini bermakna dia perlu minum sebanyak 4.4 liter air. Wah! banyak betul, kan.

Peringatan!!!

Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.

Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, iaitu ia bukan semata-mata air kosong.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x