Diari Kurus

Biji Chia, Kecil Tetapi Besar Manfaatnya Terhadap Kesihatan.

Chia seed” dipanggil “biji chia” dalam Bahasa Melayu. Sama seperti biji bunga matahari yang merupakan bijian,  Ia merupakan makanan yang boleh dimakan tanpa dimasak, dikisar atau diproses. Biji chia berasal daripada pokok Salvia Hispanica yang merupakan ahli keluarga pudina. Salah satu sebab mengapa biji chia begitu popular di kalangan masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat adalah kerana biji chia menyihatkan, mudah dan serba guna. Berikut adalah kebaikan biji chia untuk kesihatan.

1

Turunkan berat badanchia-seed-puddingBijih chia dapat membantu menurunkan berta badan kerana dalam biji chia terdapat karbohidrat,vitamin, mineral dan lemak. Dengan mengamalkan biji selasih ia akn membuatkan perut anda rasa kenyang. Untuk menyediakn biji chia anda tidak perlu mencampurkan biji chia gula dan santan. Tetapi anda boleh menyediaknya sebagai campuran di dalam agar-agar. Buat agar-agar dengan menggantikan gula dengan madu atau masukkan buah-buahan yang manis dan berkhasiat seperti laici,mangga, longan dan sebagainya.

Mengawal gula dalam darah

yogurt-fruit-chia-bowlMengekalkan dan menyeimbangkan tahap kandungan gula dalam darah adalah penting untuk kesihatan dan sumber tenaga. Gula dalam darah boleh naik secara mendadak terutamanya selepas makan makanan yang berkanji atau makanan dan minuman yang manis. Ini boleh membawa kepada kemerosotan produktiviti disebabkan anda merasa letih dan tidak bertenaga. Dengan mengimbangkan gula dalam darah, anda bukan sahaja dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit Diabetes (Jenis 2), tetapi anda juga dapat menstabilkan kandungan glukosa dan seterusnya membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari anda. Jadi bagaimana Biji Chia ini dapat membantu? Kombinasi unik serat larut dan tidak larut yang dihasilkan oleh Biji Chia ini akan bergabung bagi melambatkan proses penukaran kanji kepada gula oleh tubuh. Jika anda makan Biji Chia atau mencampurkannya dengan makanan, ia akan membantu anda menukar makanan tadi untuk memberikan tenaga yang berterusan dan stabil. Ia akan menghalang satu siri kenaikan dan penurunan gula yang mendadak yang akan menyebabkan anda menjadi cepat letih.

Penyumbang Omega-3

womans-jointsMinyak Omega-3 yang penting untuk kesihatan ini selalunya diperolehi daripada makanan yang berasaskan ikan. Biji Chia adalah salah satu makanan yang berasaskan tumbuhan yang kaya dengan Omega-3. Jika dibuat perbandingan mengikut berat, sebenarnya Biji Chia ini mengandungai lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding ikan salmon. Omega-3 ini amat penting untuk kesihatan jantung dan mampu mengawal kadar kolestrol. Kini ia juga sering dikaitan dengan kemampuanya untuk mengurangkan berat badan. Majalah ‘USA Weekend’ juga pernah melaporkan tentang satu penyelidikan dimana sekumpulan individu yang melakukan diet dan menambahkan Omega-3 ini didalam menu makanan mereka mengalami penurunan berat yang lebih banyak setiap bulan berbanding kumpulan lain yang tidak mengambil Omega-3.

Bahan antioksidan

woman-eating-chiaSeperti Kopi Hijau, Biji Chia juga mampu menyumbang terhadap antioksidan. Bahan ini sering menjadi topik yang sering diperkatakan ketika ini kerana sumbangannya yang tinggi kepada kesihatan. Adakah anda tahu bahawa kandungan antioksidan didalam Biji Chia ini juga adalah tinggi. Disebabkan oleh bahan yang istimewa ini, maka ia mampu menjadikan Biji Chia sentiasa segar untuk satu tempoh masa yang lama. Jika diletakkan pada suhu bilik, Biji Chia ini mampu mengekalkan kesegarannya dan masih boleh lagi dimakan dalam tempoh masa 2 tahun, tanpa dicampur dengan sebarang bahan pengawet ataupun bahan kimia yang lain. Kemampuan antioksidan seperti ini tidak mampu diperolehi daripada sumber bijian yang lain, kerana bijian-bijian tersebut tidak diperkaya dengan antioksidan sepertimana yang terdapat pada Biji Chia.

Kalsium untuk kesihatan tulang.

chia-seeds-jarSebenarnya mengambil satu hidangan biji chia , mampu memenuhi satu per lima keperluan kalsium harian seseorang . Kalsium membantu menguatkan gigi dan tulang , serta mencegah osteoporosis . Selain itu biji chia juga kaya akan mangan , fosforus , dan magnesium yang semuanya baik untuk kesihatan tulang . Sedangkan kandungan serat , juga dapat mengurangkan keradangan badan , menurunkan kadar kolesterol , dan meningkatkan pergerakan usus .

 

 

 

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x