Diari Kurus

Cara Pemakanan

9 Tips Ini Harus Diberi Perhatian Jika Anda Cuba Untuk Hamil

1

Jika anda sedang merancang untuk hamil tidak lama lagi, anda mungkin sedar bahawa kesihatan anda akan menjadi penting dalam kedua-dua peringkat iaitu pada tahap merancang untuk hamil serta sewaktu kehamilan itu sendiri.

Ramai wanita diberi cadangan oleh doktor mengenai cara untuk menjaga diri sendiri, tetapi kadang-kadang nasihat kesihatan yang bermanfaat ini boleh terlepas pandang atau tidak disebut oleh sesetengah doktor.

Berikut 9 tips kesihatan yang anda perlu tahu untuk diberi perhatian jika anda cuba untuk hamil dan mahu meningkatkan kesihatan anda serta mengoptimumkan peluang anda untuk hamil.

Tips ini juga berguna untuk semua wanita tanpa mengira usia dan ia dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam diet harian anda sahaja.

Continue Reading ➞

7 Makanan Sihat Dan Sedap Untuk Merawat Tekanan Darah Tinggi

Darah tinggi membunuh secara senyap!

Ia pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk seluruh dunia.

Tekanan darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack), lemah jantung (heart failure) dan kegagalan buah pinggang.

Makanan yang anda makan dengan ketara ia memberi kesan terhadap tahap kesihatan tekanan darah anda; ubat-ubatan juga turut memberi impak kepada kesihatan anda keseluruhannya.

Jika berterusan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan batu karang, penyakit arteri koronari, kehilangan ingatan, serangan jantung, strok, kehilangan penglihatan, dan banyak lagi yang anda tidak jangka!

Continue Reading ➞

11 Gaya Hidup Ini Akan Turunkan Berat Badan Tanpa Anda Sedari. Jom ubah!

Diet dilakukan memang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Tapi kebanyakan orang gagal meneruskan proses diet atau dengan erti kata lain tidak konsisten. Cara mudah untuk anda turunkan berat badan adalah dengan perbetulkan amalan gaya hidup anda. Kerana gaya hidup menjadi satu kebiasaan dan ia akan membuat anda tidak rasa terbeban untuk diet semata-mata.

Apa yang kita perlu untuk penurunan berat badan yang optimum bukanlah mengurangkan pengambilan kalori semata-mata; kita memerlukan satu gaya hidup sebagai penyelesaian yang akan menyokong usaha kita supaya lebih mudah.

Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang melibatkan diri dalam gaya hidup tertentu dapat menurunkan berat badan lebih mudah dan lebih semulajadi daripada yang lain.

Continue Reading ➞

5 Minuman Panas Ini Berkesan Untuk Bantu Anda Kurus

Setiap wanita mengidamkan berat badan yang ideal. Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu anda ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah. Yang paling penting SELAMAT. Ada cara yang boleh anda amalkan untuk menurunkan berat badan tanpa diet.

Jika anda tidak mempunyai banyak waktu untuk selitkan senaman sebagai rutin harian, anda pasti berminat untuk mencuba minuman panas ini bagi membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya ada beberapa jenis minuman panas yang ramai orang tidak tahu ia mampu menjadikan anda kurus tanpa perlu bersusah payah. Ia tidak hanya sedap diminum tetapi juga boleh menghilangkan lemak dalam badan, dan membuat anda tampil ramping. Minuman panas apakah itu? Jom kenalpasti.

Continue Reading ➞

Anda Selalu Berasa Lapar? 7 Penyebab Utama Dan Cara Berkesan Mengatasinya

makan banyak

Adakah anda pernah duduk dalam keadaan yang tenang dan sunyi dikelilingi orang-orang tetapi perut anda merintih minta diisi dan memalukan bagi semua orang untuk mendengar?

Walaupun anda cuba untuk mengabaikannnya, sebenarnya secara rahsia anda sedang melawan perasaan yang tidak selesa dengan perut kosong, hampir tidak mampu untuk memberi perhatian, dan berkhayal tentang makanan yang sedap-sedap.

Kemudian anda sedar bahawa anda mendapati diri anda berada dalam situasi begini terlalu kerap. Mengapa anda sentiasa lapar?

“Kelaparan adalah keperluan fisiologi terhadap kalori, garam, dan air, dan ia didorong oleh gabungan faktor, termasuklah diet anda, hormon selera makan, dan juga faktor-faktor emosi, seperti tekanan,” kata Maggie Moon, RD, pakar pemakanan yang berpusat di Los Angeles. Continue Reading ➞

11 Makanan Rahsia: Untuk Anda Yang Suka Makan Dan Kekal Kurus

makanan sihat

Membakar kalori dan membuang lemak pada masa yang sama masih menikmati makanan yang lazat? Ia kedengaran terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan bukan?

Tetapi sebenarnya, ia berkesan!

Malah, jika anda makan secara bijak, ‘Kajian menunjukkan anda boleh membakar sehingga 300 kalori tambahan sehari’, kata Dr Pamela Peeke, pengarang ‘The Hunger Fix’.

300 kalori tambahan sehari bukan lah sesuatu yang susah, apabila digabungkan dengan perubahan diet dan senaman yang kerap, anda akan menurunkan berat badan yang berlebihan dalam hanya beberapa minggu.

Continue Reading ➞

Punca Perut Anda Buncit Dan 7 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

perut kempis

Pernah tak anda rasa seperti bertambah dua kilo setiap kali selepas makan? Sedangkan hidangan anda biasa-biasa sahaja dari segi kuantitinya kan. Macam pelik!

Masalah perut buncit merupakan perkara biasa bagi ramai orang. Ia sudah tentu tidak menyenangkan, tetapi jika anda mengalaminya secara kerap, apa yang anda boleh lakukan?

Kami kongsikan terlebih dahulu antara punca-punca yang menyebabkan anda mengalami masalah perut buncit dan kembung. Antaranya adalah:

  • makan berlebihan
  • kurang olahraga dan senaman
  • pemanis tiruan
  • gaya hidup
  • stress
  • kerap mengambil minuman bergas
  • perubahan hormon

Berikut adalah 7 tips untuk membantu anda mengurangkan masalah perut buncit yang membuat anda rasa tidak selesa dan mendapatkan perut kempis yang diidamkan:

Continue Reading ➞

Jauhi 7 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Perut Buncit

cara-mengecilkan-perut

Memiliki perut buncit memang sesuatu yang menggerunkan bukan sahaja lelaki, malahan juga buat kaum wanita. Tiada siapa yang menginginkan perut sedemikian rupa, apatah lagi seakan menjadi trauma jika dilabel ‘mengandung gajah’. Jika anda memiliki perut yang buncit, itu tandanya anda memiliki tahap kesihatan yang tidak baik.

Bagi kebanyakan orang, semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan. Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada beberapa faktor atau tabiat yang tanpa sedar kita telah melakukannya sehari-hari sehingga akhirnya mengundang kepada pelbagai masalah lain teurtamanya masalah berperut buncit. Apa tabiat tersebut? Jom kita semak sama-sama.

Continue Reading ➞

Konsep 8 + 6 : Cara Hebat Melawan Diabetes Melalui Diet dan Senaman

kencing-manis

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok atau angin ahmar, jantung, kanser, darah tinggi, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

Continue Reading ➞

11 Tips Tingkatkan Metabolisme Dan Bakar Lemak Dengan Cepat

wellness_fitness1

Topik kali ini kita akan membincangkan mengenai metabolisme atau dalam bahasa Yunani ia membawa maksud sesuatu perubahan atau transformasi. Jika seseorang merancang untuk meningkatkan metabolisme tubuhnya, maka itu bererti pembakaran kalori dalam tubuhnya turut meningkat. Jika metabolisme tubuh baik, maka anda akan lebih bertenaga, kualiti kesihatan yang baik, cergas serta mendapat berat badan yang ideal.

Metabolisme membantu pencernaan dalam menyerap nutrisi yang diambil, hidrasi dan aktiviti fizikal yang dilakukan. Sekiranya salah satu tidak mencukupi bagi keperluan tubuh badan, maka ia akan menurunkan kadar metabolisme anda.

Continue Reading ➞